Affiliate dengan Klikjer.Com - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 18 October 2015

Affiliate dengan Klikjer.Com


Salam hormat untuk semua pembaca Jom Affiliate 24/7...

Pernah dengarkah anda dengan Klikjer.Com? Klikjer adalah sebuah syarikat penerbitan produk digital di Malaysia yang dibangunkan oleh Shuhaimy a.k.a Shuth. Produk yang menjadi fokus Klikjer adalah ebook dalam bahasa Melayu yang dipasarkan dalam talian begitu mengkhususkan panduan dan persediaan dalam melakukan sesuatu bisnes demi menjana keuntungan. Ada dua perkara yang saya nampak ada pada Klikjer dan mungkin berguna untuk anda jadikan sebagai satu cara menambah pendapatan. Pertama sebagai affiliate dan kedua menjadi penulis ebook untuk mereka terbitkan.

Mendaftar Affiliate
Anda berminat buat duit dalam talian? Semestinya anda mesti suka untuk menjadi affiliate di bawah Klikjer. Satu sebab mudah dan murah adalah anda tak perlu bayar 1 sen pun. Tindakana pertama anda hanya perlu daftar dan promosikan produk digital yang ada dalam senarai Klikjer di blog, Facebook, Twitter, Instagram atau di mana-mana yang sesuai. Seronoknya anda akan dapat keuntungan setinggi 70% (Pay-Per-Sale) bagi setiap hasil jualan yang anda berjaya jual menerusi link affiliate anda. Ini cukup bagus!


Menulis eBook Klikjer
Sesiapa pun boleh jadi penulis ebook jika ada idea yang ingin dikongsikan dengan pembaca selagi diterima pihak Klikjer. Syaratnya sangat mudah di mana produk ebook dalam bentuk informasi digital yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain yang memerlukan. Ebook tersebut hanya dalam kategori non-fiksyen sahaja buat masa ini dan mesti berunsurkan cara untuk buat sesuatu perkara, persediaan tertentu untuk menghadapi sesuatu atau panduan memulakan sesuatu. Untuk maklumat lanjut anda boleh masukkan nama dan emel aktif DI SINI. Sebaik selesai daftar, anda bolehlah memuat turun fail penting (Author Kit) sebagai rujukan yang mengandungi panduan am penulis, borang proposal ebook, templet dan checklist.


Para Penulis Klikjer
Kalau anda sudah biasa singgah di Klikjer sudah tentu dapat lihat senarai nama penulis yang sudah berjaya menulis ebook untuk Klikjer terbitkan. Nama-nama seperti Jud Ramli, Nigel Ong, Ustaz Hasnan Kasan, Aqif Azizan, Nazrin Nasser dan ramai lagi yang pasti akan membuatkan anda mahu sangat menulis ebook anda sendiri
.
Jom Menulis
Saya doakan anda berjaya hasilkan ebook sendiri tidak lama lagi. Kalau rasa anda tidak layak menulis ebook itu 100% tuduhan yang kejam untuk diri sendiri. Selalu ingat bahawa, "Jika bukan kita yang mesti menulis semua itu, siapa lagi bukan?"

Jumpa lagi di lain entri!

 

No comments:

Post a Comment