Jom Affiliate - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 9 October 2015

Jom Affiliate

Teks: Jom Affiliate 24/7


Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini. Kepada yang baru tiba di blog ini, selamat datang! Kali ini saya mahu kongsi mengenai affiliate berpandukan pengalaman terbaru. Ada yang tak pernah dengar perkataan ini? It is O.K. Yang pernah dengar? Mesti sudah sertai mana-mana affiliate-kan? Kepada yang sudah lama berada dalam dunia affiliate Tahniah ! Kepada yang saat ini mahu mencuba, usah ragu dan gentar kerana anda mesti boleh. Go affiliater go!

Jom ikut saya.........

Apakah maksud affiliate?
Dalam erti kata paling mudah sebanyak empat huruf ia bermaksud agen. Dalam erti kata lain lagi adalah 'orang tengah'. Jadi kita kini tahu affiliate sebenarnya merangkap 'penjual' atau 'pemasar'. OK untuk nampak lebih professional kita biasanya menamakan penjual yang kita maksudkan affiliate ini sebagai 'Affiliate Marketer'.  Dan apabila digabungkan semuanya bersama peranan, affiliate adalah seorang agen yang dengan sukarela akan mencari dan memilih program affiliate yang ada di Internet kemudian mendaftar bagi memasarkan produk pihat tersebut secara online. Pemasaran ini kita namakan juga sebagai promosi, dan aktiviti ini kita boleh lakukan di media sosial yang popular seperti emel, Fb Ads, blog, web, atau forum.Terpulang kepada kita, kerana lagi banyak cara kita promosikan ia lebih cerah peluang kita untuk menjana komisen.


Bagaimana pemasaran berlaku?

Pertama sekali kita perlukan talian Internet. Oleh sebab pemasaran produk memang berlaku secara online maka kita sebagai agen mestilah mendaftar dengan mana-mana program yang menyediakan affiliate untuk mendapatkan link affiliate yang unik untuk dipromosikan. Bermakna kita tidak berkongsi link itu dengan individu lain. Ini bagi memudahkan pengesanan apabila berlakukan transaksi pembelian produk individu A (pembeli) melalui link kepunyaan individu B (agen) dan pembayaran komisen atau ganjaran. Dan apa yang kita dapat adalah 'upah' dalam bentuk komisen dengan jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh pemilik affiliate tersebut. Kebiasaannya jumlah komisen yang kita perolehi akan dinyatakan semasa kita mendaftar.


Siapa boleh menyertai affiliate? 
Sebenarnya sesiapa sahaja boleh dan layak sertai affiliate. Tidak kira apa latar belakang anda sama ada yang sudah ada pekerjaan tetap / tak tetap termasuklalah wanita yang tidak bekerja atau pelajar khususnya yang bercita-cita mempunyai side-income sendiri. Apa yang mustahak anda yang 'berminat' dengan Internet, duit, promosi, kesabaran dan kesungguhan layak menyertainya.

Peralatan diperlukan memulakan affiliate.
Keperluan asasnya kita memerlukan komputer/laptop dan boleh mengendalikan komputer dengan baik, tidak terlalu 'buta IT', mempunyai akaun emel dan juga akaun bank , dan beberapa perkara bonus lain seperti mengaktifkan akaun bank online contohnya Maybank2U/CIMB Clicks atau pun PayPal.


Kriteria seorang affiliate

Ada beberapa kriteria yang diperlukan. Tapi secara peribadi pada saya mungkin 5 perkara ini sudah cukup diperlukan.
  1. Kemahuan yang tinggi dan kuat untuk mencipta side-income untuk diri sendiri secara pasif.
  2. Sanggup belajar ilmu affiliate marketing dengan pakar-pakar atau yang sudah berjaya.
  3. Tidak berkira untuk melabur sejumlah wang tertentu untuk membeli ilmu dalam bentuk / pakej yang diyakini sudah berjaya di pasaran affiliate.
  4. Mencari produk affiliate yang terbaik dan terbukti berkesan di pasaran.
  5. Rajin mempromosikan link affiliate tanpa jemu.

Pakar affiliate tempatan dan antarabangsa
Jawapannya, YA agak ramai individu yang pakar dalam bidang affiliate ini tidak kira dalam atau luar negara. Malaysia juga tidak kurang hebatnya kerana setakat tahun 2015 ini kini kita sudah ada pakar dan pejaya dalam arena affiliate. Semakin hari semakin meningkat hasil didikan dan perkongsian ilmu beberapa orang pakar. Paling menarik ada antara mereka yang sudah banyak kali membuka peluang kepada newbies (orang baru yang tiada pengalaman dalam sesuatu perkara) lain dengan perkongsian menerusi seminar, klinik, talk atau program tidak kira secara offline atau online. Oleh sebab wujudnya pakar affiliate tempatan rasanya tidak sukar untuk kita mendalami dunia affiliate berkonsepkan Malaysia sebelum ke peringkat antarabangsa. Kita bertuah dengan kepakaran yang ada mereka sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan newbies dalam affiliate. Salah seorang pakar dalam bidang affiliate yang saya sertai program beliau di Sistem Pasif Affiliate pernah dinobatkan sebagai 'Top Affiliate' iaitu Tuan Rahman Basri. Beliau juga kini sedang mengadakan Projek Pasif Affiliate bagi yang serius ingin terjun ke dunia affiliate.Dan jika anda tanya siapa pula pakar affiliate antarabangsa, saya suka kongsikan Pat Flynn sebagai orangnya.


Bagaimana cara sertai affiliate?


Caranya sangat mudah seperti 123 dan ABC. Kerana untuk daftar begitu mudah cuma untuk mengekalkan momentum dan semangat itu yang sedikit sukar. Anda hanya perlu cari program affiliate yang popular dan terbukti efektif di pasaran dan baca apa yang ditawarkan. Bila sudah yakin, klik pada butang daftar dan masukkan maklumat penting yang diperlukan. Secara asas pihak yang menyediakan affiliate memerlukan informasi  seperti username, password, first name, last name, address, phone number, URL blog, bank name dan account number. Bagaimana pun ada kemungkinan maklumat yang diminta tidak sama bagi setiap program yang kita sertai. Nasihat saya...anda daftar dulu baru anda tahu.


Senarai affiliate di Malaysia

Ada banyak juga program affiliate di negara kita cuma mungkin tak sebanyak seperti negara luar. Walau bagai mana pun affiliate kini seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan'.Di antara program affiliate yang wujud aadalah Klikjer, Ashadee, Zalora, Lazada, Sweet Muslimah, Nuffnang, ToneExcel, Sistem Duit Cepat dan BookCafe.

Senarai affiliate antarabangsa

Untuk program affiliate luar negara pula jika berminat boleh sertai Amazon, eBay, Clickbank, Bluehost, HostGator, dan Alibaba. Ada banyak lagi program dan kalau anda mahu tahu gunakan inisiatif sendiri untuk dapatkan maklumat yang terbaik.

Teruskan usaha dalam affiliate
OK, setakat ini sahaja perkongsian sedikit ilmu daripada Jom Affiliate. Kepada yang sudah lama mahu mencuba affiliate teruskan niat itu dengan segera mencipta akaun blog dan emel serta pilihlah program affiliate yang sesuai untuk anda. Memandangkan lambakan maklumat yang informatif tentang affiliate boleh didapati di dunia maya ini memberi kemudahan sebagai rujukan. Nasihat saya teruskan belajar menggunakan apa sahaja perkakasan yang ada. Untuk lebih faham silalah 'berguru' dengan mana-mana pakar affiliate yang sudah sukses dan berjaya menjana ribuan ringgit dengan affiliate.

P.S: "Jom jom jom ... jom affiliate!"

"You can, you should, and if you are brave enough to start , you will!" - Stephen King

No comments:

Post a Comment