'Jom Kurus' Kevin Zahri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Thursday, 22 October 2015

'Jom Kurus' Kevin Zahri



 
Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) adalah satu inisiatif Kevin Zahri yang dicipta untuk seluruh rakyat Malaysia yang bercita-cita 'mahu kurus' atau dalam kata lainnya mengurangkan berat badan.

Dikenali sebagai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia  ini adalah program kurangkan berat badan terbesar di Malaysia dengan lebih 150 kawasan seluruh negara.

Aktiviti fitness JK1M dilakukan hanya pada hujung minggu dan ini sesuai dengan keadaan para peserta yang kebanyakan sudah berumahtangga atau yang terikat dengan komitmen lain seperti bekerja tetap pada hari Isnin hingga Jumaat.

Paling menarik, cabaran JK1M ini menyediakan ganjaran wang tunai kepada pemenang mencecah RM5000. mengikut pecahan kategori seperti individu, pasangan dan keluarga.


Kevin Zahri Bercakap Tentang Cabaran Jom Kurus




Bagi anda yang mempunyai harapan ingin dapatkan berat badan yang ideal dan kembali 'fit' lagi cergas, jom .jom jom


No comments:

Post a Comment