eBook - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 22 August 2016

eBook




Hari ini kita borak tentang ebook. Apa itu ebook dan apakah tip yang boleh kita guna pakai untuk hasilkan ebook sendiri. Or at least....kita dapat idea what it is all about. Setelah baca-baca dan renungkan perkongsian artikel orang lain maka saya percaya ebook sesiapa pun boleh tulis. Dengan syarat betul-betul mahu tulis dan niche pun sesuai dengan minat dan kepakaran si penulis ebook. Ebook adalah satu bentuk karya atau tulisan yang boleh dibaca dalam gajet yang kita ada seperti handphone, tablet,iPad, dan komputer. Kita tak perlu pegang buku tersebut secara fizikal kerana apa yang kita perlu buat adalah muat turun ke dalam peranti elektronik, simpan dan baca. Mudah kan?

Percayalah bahawa kita semua ada 'something' dalam diri masing-masing yang mahu dilontar dan diluah. Betul tak? Jom fikir apa yang perkara kita 'master' dan tahu sangat sampaikan kita mampu kongsi sesuatu dengan pembaca di luar sana.

Tip  Tulis Ebook

Di bawah ni saya kongsikan beberapa pautan oleh blogger yang sudi menulis info asas tentang panduan membuat ebook. Jom kita baca ....

Affifuddin Dot Com
Ahmad Faiz Dot Com
Asmawati Dot Com
Buatusaha Dot Com 
Hairizal Dot Com 
Irfan Khairi (Ebook Shortcut)
Irmaweb Dot Com
Relaksminda Dot Com 
Suhiminain Dot Com
WikiHow Dot Com

Laman Free Ebook

Kalau anda perasan, kita sudah ada eSentral Dot Com iaitu satu laman yang menempatkan ribuan ebook mula diperkenalkan pada 2011. eSentral adalah tempat terbaik bagi peminat ebook dalam negara yang mahu dapatkan ebook RM0 atau berbayar. Apa-apa pun kena Sign Up (Free) untuk pembelian.

So....selamat menulis ya! Yang penting mulakan buat research tajuk apa yang anda mahu tulis, buat perancangan , dan mulakan menulis.

Adios.



No comments:

Post a Comment