Tip Bercuti - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 26 August 2016

Tip Bercuti











Bercuti dan melancong atau pun berjalan-jalan dan sambil makan angin adalah sesuatu yang membuatkan sesiapa sahaja berasa seronok. Tidak kiralah di dalam dan luar negara, rasanya kita semua sangat meminati akan aktiviti yang sangat memberi seribu satu keseronokkan ini. Bagi yang ingin bercuti anda perlu tahu bahawa untuk memulakan percutian yang cukup bermakna kita perlu bersedia dan merangcang terutama sekali dari sudut sumber kewangan. Bagi yang begitu berkeinginan untuk bercuti anda perlu bersedia lebih kurang 10 hingga 12 bulan dari awal. Mengapa? Kerana persediaan kewangan yang cukup selain kesihatan badan yang baik adalah syarat yang mesti dipenuhi. Kecuali jika percutian anda ditaja oleh mana-mana pihak. Namun begitu kita masih tetap mempunyai wang dalam poket sendiri bagi menjamin percutian kita di tempat orang.Mari kita lihat apa yang diperlukan sebelum memulakan percutian.

Hot Escape Prices by Agoda. Book Now!

Simpanan

Apa yang dimaksudkan adalah wang yang anda perlu kumpul untuk memulakan percutian. Caranya adalah menyimpan dan simpan di satu lokasi yang khas sebanyak 10% daripada pendapatan.

Contoh: Dengan gaji RM1, 000.00 anda boleh mula menyimpan RM100 sahaja dan jangan usik wang berkenaan. Terpulang pada kemampuan masing-masing, jika terlalu banyak komitmen boleh ketepikan RM50 sahaja pun sangat memadai. Yang penting konsisten menyimpan!

Bajet

Setelah kita menyimpan, kita perlu buat keputusan dengan duit yang tersimpan untuk bajet. Kemampuan kita yang tidak sama tidak semestinya keinginan kita juga tidak sama. Bagi yang sangat mampu tiada masalah untuk menentukan bajet percutian mereka. Bagi yang kurang mampu bagaimana? Berbalik pada tip No.1 simpanan yang ada mestilah sesuai dengan jumlah simpanan. Fungsi bajet untuk mengelakkan pembaziran yang tidak sepadan dengan kemampuan dan keperluan anda.

Masa

Waktu yang tepat dan sesuai sangat penting untuk memulakan percutian. Jangan bercuti pada waktu yang tidak sesuai atau terkejar-kejar. Pastikan anda siapkan urusan dan komitmen yang sepatutnya terlebih dahulu. Bercuti mengikut keperluan, kesesuaian dan kemampuan. Jangan bercuti kerana mengikut orang lain yang sering pergi bercuti. Biasanya waktu bercuti ‘wajib’ adalah musim cuti sekolah dan cuti umum perayaan yang sedikit panjang. Dan buat keputusan selama mana anda ingin bercuti. Untuk pengetahuan, bercuti selama 3 hingga 5 hari cukup baik.

Destinasi

Ini pilihan anda sendiri. Anda yang mahu bercuti dan anda tentukan lokasi yang terbaik sepanjang bercuti. Pemilihan destinasi ibarat ‘pelaburan’ kerana anda bayar untuk mendapatkan keseronokkan, kepuasan dan ketenangan. Bergantung pada matlamat anda, pemilihan destinasi sangat penting kerana setiap lokasi bercuti tidak sama impak momen yang dirasai sebaik sahaja pulang bercuti. Untuk yang berkeluarga dan punya anak-anak kecil, pilih destinasi yang lebih selamat dan mampu menceriakan hati si kecil. Bagi yang ingin berbulan madu bagi meraikan ikatan suci bersama pasangan, pilihlah destinasi yang lebih romantik. Apa-apa pun berbincang sesama pasangan dan ahli keluarga atau secara berkumpulan sangat disyorkan.


Promosi (Pakej)

Promosi dalam negara sangat banyak. Anda cuma perlu rajin bertanya, peka dan buat carian sendiri daripada sumber dan rujukan yang boleh didapati di mana-mana. Contohnya majalah khas Libur atauTime Out Malaysia mahu pun laman sesawang berkaitan percutian. Pasti seronok apabila anda baca dan cari sendiri informasi percutian. Dengan memilih promosi yang ditawarkan pasti membuka mata dan minda anda untuk bercuti setiap tahun.

Tempahan

Sebaik sahaja anda rangcang dan buat keputusan destinasi bercuti, tiba masanya anda membuat tempahan seawal mungkin. Digalakkan anda lakukan ini dalam masa bebrapa bulan lebih awal. Langkah ini bagi mendapatkan pakej istimewa iaitu lebih murah berbanding hari biasa. Kita semua sedia maklum dengan tempahan secara atas talian (online), bayaran keseluruhan juga jauh lebih murah.


Kelengkapan

Bawa barang yang dirasakan penting seperti pakaian yang diperlukan , gajet komunikasi, ubat asas, dan barang lain yang perlu. Mulakan kemas barang dengan buat senarai ‘Barang Mesti Bawa’ bagi memudahkan anda mengesan apa yang benar-benar perlu sahaja. Pilih untuk ‘travel light’ seberapa yang boleh bagi mengelakkan anda ‘stres’ dengan barang yang tak perlu lagi mengganggu semangat bercuti anda kelak.

Pengangkutan

Ini melibatkan mod bagaimana anda ingin sampai ke destinasi percutian bermula dari pintu rumah hingga ke pintu bilik hotel anda. Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri pastikan servis kereta dilakukan bagi keselamatan lebih terjamin. Sekiranya anda memilih pengangkutan awam sama ada udara, jalan atau air lakukan pengiraan bajet dengan sebaiknya. Sama juga bagi yang bercadang mahu memandu (menyewa) kereta apabila tiba di sana pemilihan kenderaan dibahagikan kepada jenis seperti ekonomi, kompak, standard, full size, full size wagon, 4WD, premium, dan yang terkini motorhome atau campervan.

Wang

Bercuti dan wang tidak dapat dipisahkan. Tetapkan berapa jumlah wang tunai dan pastikan ada simpanan lain dalam mana-mana akaun bank. Semua ini akan memainkan peranan di saat kecemasan yang tidak dapat kita jangka. Berbalik kepada tip kedua iaitu bajet, pengiraan wang yang teliti dan perbelanjaan yang berhemah amat disarankan.

Peta

Ada baiknya sebelum bercuti anda dapatkan peta destinasi bagi merangcang aktiviti dan mengetahui kedudukan lokasi menarik di sekitarnya. Sekurang-kurangnya anda dapat gambaran sebenar tempat yang ingin dilawati dari lokasi penginapan. Bagusnya dengan ada peta di tangan anda mungkin dapat mengelak berlakunya kesilapan dari segi jarak perjalanan. Selain peta fizikal yang boleh dibeli, kini terdapat pilihan aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar. Bagi yang belum ada anda boleh cuba aplikasi Waze, Instago di Google Play atau NearMe di Apple Store.

Suvenir

Perkara terakhir yang perlu anda lakukan iaitu membawa pulang suvenir untuk diri sendiri sebagai kenang-kenangan berada di tempat orang untuk dihadiahkan kepada orang lain. Sememangnya sangat banyak pilihan untuk dibawa pulang namun anda perlu bijak dan menggunakan deria keenam dengan sebaiknya bagi membeli suvenir yang tidak terlalu memakan bajet anda sebelumnya. Sentiasa ingat bahawa tidak perlu benda yang mahal kerana paling mustahak adalah keikhlasan anda.
Ok ta-ta...selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment