Maksud Affiliate Dan Bagaimana Ia Menyelesaikan Masalah Anda - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 9 December 2016

Maksud Affiliate Dan Bagaimana Ia Menyelesaikan Masalah Anda




Hai bloggers, readers & affiliate sekalian!!!
Apa khabar dengan projek affiliate anda?  Best tak cuti-cuti sekolah 2016? Dah tempah hotel dengan Agoda sebelum pergi bercuti?


Entri ini bercakap tentang 'tukang' yang dengan sukahati menjadi agen . Agen apa? Agen promosi dan penjual untuk barang atau produk orang lain. Tapi namanya kita panggil macam best sikit iaitu ... affiliate. 


Apakah Affiliate
A.F.F.I.L.I.A.T.E. Whoops! Macam mana nak sebut ? Jom kita dengar bagaimana affiliate disebut. Perkataan yang terdiri 9 huruf ini mempunyai kategori maksud dari sudut kata nama (noun) dan kata kerja (verb).

Kata nama: Individu atau organisasi yang bersetuju (sukarela) menyertai sebuah organisasi lain yang lebih besar atau stabil berdasarkan syarat tertentu. Kata kerja: Individu atau organisasi yang menyertai organisasi lain yang menyediakan satu platform untuk pihak lain mendapat pulangan apabila melakukan promosi iklan dan jualan produk mereka. 

Siapa Dan Apa Itu Affiliate
Affiliate boleh jadi sesiapa sahaja. Individu yang minat dalam mempromosikan produk orang lain untuk mendapatkan pulangan. Biasanya dalam bentuk wang. Produk yang dipromosikan pula boleh jadi pelbagai. Contoh yang biasa kita lihat adalah produk digital termasuk ebook dan services.biasanya seorang blogger atau penulis online yang mempunyai blog mahupun laman sesawang personal memang mempunyai ruang pada blog mereka bagi mempromosikan produk pihak lain.

Bagaimana Projek Affiliate Berlaku
Affiliate biasanya popular pada masa sekarang kerana ianya berjalan secara atas talian iaitu online.  Kita sedia maklum yang zaman kini adalah zaman teknologi dan komunikasi. Aktiviti harian manusia berlaku sangat pantas dan ada sahaja perubahan dan kreativiti berlaku dalam setiap masa. Perubahan ini termasuklah dari segi cara dan gaya kita berhubung, berkomunikasi, bekerja dan mencari pendapatan sampingan. Affiliate melibatkan kerjasama lebih dari seorang individu dala menjayakan sesuatu sehingga memperolehi pulangan.
'Sesuatu' bermakna mungkin sebuah projek, produk, atau idea yang mempunyai potensi untuk dikongsikan dengan masyarakat luar. Dan 'pulangan' itu pula biasanya dari segi wang atau upah.

Saya Minat Menjadi Affiliate
Sekarang rasanya ramai juga yang 'menaruh hati' untuk jadi affiliate. Sebenarnya sangat mudah untuk sesiapa yang berminat menjadi affiliate. Dengan satu klik kita sudah berjaya didaftarkan sebagai affiliate dengan mana-mana pihak yang kita mahu. Anda hanya perlu Google atau taipkan kata kunci yang membawa kepada penyedia affiliate yang sangat banyak di dunia maya. Contohnya cuba taip 'affiliate Malaysia' , 'affiliate 2016', 'affilaite program' dan sebagainya untuk lihat apa yang ada. Tetapi untuk menjadi affiliate yang berjaya mendapat pulangan yang memberangsangkan bukan mudah seperti mendaftar. Maknanya apabila anda nak jadi affiliate dan jana wang dari situ anda harus berusaha mencari ilmu, tip & trik, teknik, dan semua panduan berkaitan affiliate dan cara 'marketing'dengan tepat dan efisien. Yang penting tidak putus asa dan jangan takut mencuba kerana sudah ada orang yang berjaya dengan affiliate.

Cara Bermula Sebagai Affiliate
  1. Cari produk yang anda mahu promosikan dan betul-betul berminat dan mungkin ada pengetahuan tentang produk tersebut mungkin disebabkan anda pernah membelinya atau menggunakannya.
  2. Mendaftar sebagai seorang affiliate dan isikan maklumat diri. Secara asasnya seperti nama penuh, URL blog / website, emel, dan cara pembayaran. Bergantung pada keperluan.
  3. Pilih cara promosi kebiasaannya seperti banner, text-link, atau video.
  4.  Dapatkan kod HTML untuk promosi di blog/website.
  5. Jika ada pengguna yang klik dan beli produk dari pautan kod HTML, komisyen akan diperolehi.
Ebook Produk Popular
Buku elektronik (e-buku) adalah produk sangat laris dalam arena affiliate. E-book adalah salah satu produk digital yang mudah untuk dibeli bahkan boleh dibaca di mana sahaja selepas pembayaran dilakukan secara online dan dimuat turun ke dalam telefon pintar. Mungkin ini alasan paling tepat kenapa e-book menjadi pilihan untuk dikongsikan oleh para affiliate. Kalau dilihatkan, e-book memang saling berkaitan dengan program affiliate. Sedar tak kebanyakkan tajuk e-book yang terpapar menunjukkan solusi kepada sesuatu permasalahan. Inilah strategi pintar yang menjadikan e-book dan affilate  serasi bersama. E-book Rahsia Temuduga ini jelas ingin berkongsi panduan dan tip menghadapi temuduga jawatan kerajaan dan persediaanya.



Kenapa Affiliate?
Bagusnya affiliate ini adalah bertindak sebagai solusi. Kita tahu masalah sentiasa ada dan tidak semua benda kita tahu.  Maka kita sangat perlukan jawapan kepada masalah tertentu bagi menyelesaikan masalah demi menjimatkan masa dan kos. Contoh kita mahu beli rumah murah-murah tapi yang ada kualiti walau sedikit. Sudah tentu kita akan tercari-cari panduan bagaimana mendapatkan Rumah Lelong. Dan hanya teknik step-by-step dari yang pakar sahaja yang kita mahukan sebab kita tiada pengalaman. Kemudian, disebabkan perubahan dan revolusi perniagaan, bisnes dan gaya urus niaga dijalankan demi mendapat keuntungan maka kita mesti selari dan mengikut arus yang sama jika mahu berjaya. Jika dulu aktiviti jualan produk berjalan secara luar talian, tetapi kini banyak jualan berlangsung atas talian. Sambungan Internet diperlukan. Emel menjadi nadi komunikasi. Kalau dulu kita membaca dengan pegang buku di tangan, namun kini kita membaca dengan pegang iPad atau tablet pintar. Ini tak termasuk lagi bayar bil dan tempah simkad menggunakan sistem sendiri menerusi telefon pintar di mana jua kita berada selagi ada sambungan internet. Sangat revolusi bukan? Ruang blog dan website menjadi sumber informasi terbaru termasuklah kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, dan sebagainya sudah menjadi perantara kita dalam menjalankan sesuatu perkara dan bisnes. Dan yang paling penting program affiliate sangat membantu dalam penjualan produkdan membantu orang lain yang memerlukan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Maksud Affiliate atau Affiliate Marketing
by Wikipedia
by CJ Dot Com
by Clixgalore Dot Com  
by Whatis 

Banyak Masalah Dapat Selesai Dengan Affiliate
Teknik Berjaya Formula Naga

Bina Minisite Jualan Sendiri 
Teknik Ramai Folowwer Instagram
Panduan Pendekkan URL
Bisnes Air Balang
Free Delivery Shopping Online 
Minat Buat Duit Dengan Kamera
Bekerja 2 Jam Jana RM2K Dalam 2 Bulan
Panduan Didik Anak Pintar & Cerdas

Beli Domain Dengan Harga Sempoi
Bekerja Di Rumah Dengan Komputer

Simkad RM10 Tempoh Sah 28 Bulan
Jana Wang Dengan Jemputan  
Jom Kurus Dalam Masa 5 Minggu
Rahsia Borong Barang Murah Dari China


Suka atau tidak, kita boleh percaya yang affiliate membantu dalam kehidupan kita masa kini. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai keperluan untuk menjalani hidup dengan lebih selesa dari sebelumnya. Selain membantu menjana kewangan sampingan secara tak langsung ia membawa kita kepada panduan tetang sesuatu perkara. Dengan affiliate, kalau buat dengan betul dan percaya diri tak mustahil kita boleh jadi 'agen penjual' yang hebat secara online. Selamat ber-affiliate!

No comments:

Post a Comment