8 Blog Lelaki Pilihan Madam Mengenai Affiliate - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 16 January 2017

8 Blog Lelaki Pilihan Madam Mengenai Affiliate



Entri bertajuk Senarai Entri Terpilih Berkenaan Ilmu Affiliate Oleh Affiliaters madam nyatakan akan berkongsi tentang lelaki dan affiliate. Hari ini adalah hari yang sesuai setelah agak lama tak menulis.Oleh kerana anda semua sudah terlalu lama menunggu entri terbaru madam maka jom kita saksikan siapakah jejaka bloggers pilihan madam untuk kali yang pertama ini.


Ahmad Faizal

http://ahmadfaizal.com/
Di luar sana ada yang bernama Faizal. Mungkin anda yang sedang baca entri ini sekarang, dia atau sesiapa sahaja. Tetapi Faizal yang dimaksudkan adalah Encik Titan yang mempunyai trademark tersendiri .... 'Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel.'  99.99% madam setuju. Rasanya lelaki memang dilahirkan bersama ego. Fitrah untuk kaum adam. Oh yes...lelaki sejati biasanya menjadi tarikan semua wanita tak kiralah sweet or less sweet. Yang penting ego lelaki bertempat dan terarah pada benda yang positif. AhmadFaizal.Com Powered by Wordpress blog Encik Titan blog yang mempunyai ramai peminat. Macam-macam Encik Titan kongsikan di blog. Best belake! Serius, madam masih belum sempat baca semua entri. Untuk yang baru meminati blogging dan affiliate...ini blog konsep 'relax but get ready' sebagai inspirasi. Anda akan berasa seronok dan dapat rasa 'blog with style' berada di blog Titan dek kesantaian belia menulis tapi ada pengisian walau pun ada masanya santai habis. Madam jadikan blog pilihan kerana memang terdapat entri-entri affiliate. Nak tahu lebih lanjut baca satu persatu apa yang si kacak Titan bebelkan untuk bertemu dengan info affiliate. Seperti yang beliau dah pesan hanya 'mengarut pasal buat duit dan blog aje' bukan MLM. Selain itu anda akan jumpa banyak Benda BEST. Selamat membaca blog si kacak lagi ego yang sangat menarik lagi tertarik. Yang penting Boleh Kaya Ke Dengan Affiliate? You'll love him!


PS: Baca blog ini teringat pada The Other Khairul yang madam suka ikuti satu ketika dahulu.

Azzahairi Sulaiman

http://www.azzahairi.com/

Madam mula sedar akan kewujudan nama ini kerana beliau pernah Follow blog madam satu ketika dulu di saat baru bermula menulis. Dengan slogan ' Blog perkongsian ilmu dan refleksi kehidupan' sangat dalam bunyinya. Nak Belajar Buat Duit Online? Anda boleh dapatkan tip di blog sini dengan masukkan nama dan emel kemudian klik Download Percuma. Adanya senarai My Blog List kita beliau berkongsi nama-nama lain sebagai rujukan inspirasi. Bagus kan? Dan akhir sekali, seperti biasa...blog ini memang ada perkongsian tentang affiliate yang anda mesti skrol setiap entri dan baca dengan baik untuk faham.

PS: Kena rajin ikuti entri dan tinggalkan komen untuk jadi Top Commentator.

Azian Usman (Cybername: Zyan)


Selamat datang ke blog Zyan! Awas penulis blog ini lelaki dengan nama timangan sangat unik. Blog yang  menjadi inspirasi madam sebab penggunaan perkataan 'internet mudah' membuatkan kita rasa belajar Internet itu sangat mudah. Boleh -Berkenalan Dengan Zyan- di blog InternetMudah Dot Com. Hebatnya Zyan dan madam respek sebab ada produk sendiri dan seorang coach dalam bidang wordpress dan email marketing. Sesiapa yang berminat nak belajar one-to-one dengan Zyan boleh hubungi sekarang. Produk Zyan adalah ebook dan video. Kalau nak tahu memang kena beli. Tak beli memang tak tahulah jawabnya. Klik Sini. Madam paling suka bila blog ada kemudahan pautan yang membolehkan kita tahu perkembangan entri yang popular dan terkini.Semua orang nak cepat dan info pantas. Boleh tengok entri apa yang anda mahu tahu di pautan Artikel Terkini atau Artikel Popular.

Produk Zyan Sedang 'Hot' Mesti Beli Salah Satu 2017
Pakej Combo Pemasaran Email & Wordpress
Pakej Video Pemasaran Email
Pakej video Wordpress

PS: Belajar buat blog Wordpress dengan Coach Zyan.

Faiz Alias

http://www.faizalias.com/

Tahun 2016 merupakan tahun madam teringin kembali ke dunia blogging. Itu pun setelah melahirkan anak pertama pertengahan 2016. Setelah sekian lama (sejak 2009) meninggalkan dunia blog "Menulis Untuk Berkongsi" berjaya membuatkan madam mahu menulis semula ketika mencari info affiliate. Faiz juga orang pertama yang madam hubungi untuk dapatkan servis Custom Domain Name pada November 2016. Semua kepakaran Faiz boleh dilihat dalam website iLancee.  Maka lahirlah www.jomaffiliate247.com sentuhan kepakaran jejaka Tanah Merah Kelantan. Gracias Faiz!!!

PS: Kreativiti Faiz terserlah dalam SM Creative Studio.

Hasrul Hassan

http://www.hasrulhassan.com

Blog jejaka bernama Hasrul ini madam dapat tahu hasil pautan dan perkongsian dari blogger lain. Brother Hasrul kiranya sangat popular di kalangan blogger yang dah lama menetap dalam alam maya kerana ilmu Search Engine Optimization (SEO). Madam suka sebab ada elemen rare, cool dan informative walau title yang obvious House Husband. Nak tahu perkongsian Hasrul paling mahal adalah mengenai SEO. Pada madam pemilik blog agak berbeza dengan yang lain selain pakar dan berminat dalam buat duit online, affiliate, SEO, blogging tapi masih boleh menulis hal lain termasuk anak-anaknya, makanan, percutian, membeli-belah, dan kecantikan. Wow!

PS: CJ Wow Shop selalu cakap..."Hidup Mesti Ada Wow".

Mohd Fairiz

http://mohdfairiz.com/

Dalam blog kepunyaan Fairiz anda akan mula sedar apabila blog betul-betul mampu bercerita. "Dalam blog Ada Ceritanya" ini penulis memilih untuk bercerita macam-macam kategori seperti blogging, bisnes, fotografi, hiburan, kerjaya, kesihatan, makan, sukan , teknologi , makan angin dan semestinya affiliate. Selain info affiliate madam pilih blog ini sebagai Selected 8 Blogs sebab ada kategori 'Affiliate' yang mudah untuk kita cari. Dari sisi lain, rupanya Fairiz adalah Reez seorang Wedding Photographer.Seperti yang anda akan dapat rasai, Reez sangat berminat kongsikan tip-tip blogging dan apa sahaja topik lain dari sudut positif. Jangan lupa baca kebanyakkan entri yang Reez telah kongsikan dulu, kini dan selamanya diharapkan. Lagi satu, untuk makluman kita semua buat masa ini Reez turut menyediakan bantuan perkhidmatan mengembangkan bisnes menerusi media blogging untuk perniagaan bagi sesiapa yang berminat. 

PS: Yang mahu bisnes guna kaedah media sosial blog / fotografi boleh berguru dengan Reez.

Nick Nashram

http://nicknashram.blogspot.my/
Nick Nashram nama yang tidak asing dalam dunia blogger sejak 2012. Jejaka smart yang bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris ini turut menulis menggenai teknik SEO, tutorial blog, affiliate dan macam-macam lagi termasuk tip bercinta. Kalau nak baca entri Nashram tentang affiliate anda mestilah baca satu persatu untuk dapatkannya. Artikel Terbaru dan Artikel Random adalah bahagian yang menarik untuk lihat koleksi entri terkini dan paling lama. Yang menarik Nashram letakkan khas satu bahagian untuk pembaca lihat Tip Buat Duit Dengan Mudah di sudut paling bawah. Oleh kerana Nashram guru bahasa maka yang nak mendalami Bahasa Inggeris pun boleh ke menu Learn English. Sebarang pertanyaan tentang produk review, advertorial, iklan dan sebagainya, boleh hubungi Nashram melalui nick87siriusblack@gmail.com .

PS: Bangga dengan guru bahasa juga seorang blogger.

Sabree Hussin

http://www.sabreehussin.com/

Blog yang dimiliki jejaka berkulit cerah dari Klang ini adalah saudara Sabree Hussin. Menurut beliau pada mulanya memasuki dunia blogging sebagai hobi dan suka-suka. Kemudian membuat keputusan meneruskan minat berkongsi maklumat tanpa sempadan mengenai apa yang beliau tahu dan minat dengan orang lain dalam talian. Ternyata apa yang Sabree lakukan akhirnya mendapat perhatian dan memberi ruang pada mereka yang memerlukan khidmatnya. Di sudut menu 'Tentang Saya' Sabree dengan jelas ada menyatakan bahawa blog ini memang ada menyediakan tip , panduan, teknik atau strategi untuk memulakan affiliate. Blog ini turut menyelitkan ruangan khas bertajuk 'Tanya Sabree Hussin' di mana apa persoalan pembaca akan cuba beliau jawab dan kongsikan bersama. Ada satu lagi halaman madam rasakan bagus untuk pembaca semua tahu iaitu 'Perkhidmatan Iklan' di mana beliau sertakan semua senarai syarikat yang pernah dibantu dari segi promosi. Termasuklah AirAsia, Emelmatik, Lazada dan NuffNang. Sesuai bagi anda yang sukakan blog berkonsepkan 'good boy' tapi sangat terperinci dan jelas berinformasi. Ada banyak lagi kategori lain yang boleh pembaca ikuti di bawah label advertorial, bekerja dari rumah, dropship, blogging, copywriting, pemasaran affiliate, saham dan sebagainya.

Baiklah itu sahaja perkongsian madam tentang lelaki dan dunia affiliate yang diterjemahkan ke dalam blog. Banyak lagi nama-nama besar dan professional di luar sana yang hebat-hebat cuma kali ini madam rasakan ini yang paling sesuai untuk permulaan yang gemilang untuk cemerlang! 

PS: Untuk anda yang mahu beli buku online.

 ...it always seems impossible until it is done.
JUSTDOIT!

Sitegiant E-commerce

3 comments:

  1. Blogger ni memang hebat2..yg tak hebat ni siapa lah nk pilih kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...hai mister elih! actually madam just drop by your blog. nay ...everyone has their own writing style. good sharing n keep on writing bro!

      Delete
  2. Fuh pilihan yang tepat.. Senarai blog tu memang antara yang saya akan pilih juga..

    mungkin suatu hari nanti madam akan pilih saya :P

    ReplyDelete

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!