Advertiser Vs. Publisher - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 30 January 2017

Advertiser Vs. Publisher



http://www.slideshare.net/umei423/clipboards/my-clips

Bagi anda yang biasa atau pernah mendaftar pelbagai program untuk jadi agen affiliate di luar sana mesti pernah lihat perkataan advertiser atau publisher. Untuk pengetahuan umum, sebenarnya tidak semua program atau penyedia program menggunakan perkataan 'affiliate' sebagai butang untuk kita klik ketika proses pendaftaran. Ada yang memilih untuk menggunakan 'publisher. Jom kita lihat apa bezanya dan pastikan anda klik butang Sign Up As Publisher atau Publisher jika berniat mendaftar sebagai affiliate untuk program tersebut. Contohnya program Mobicow.

Lazada Malaysia

Taken From: KnowOnlineAdvertising.Com
Berdasarkan infografik di atas, kita perhatikan perbezaan antara advertiser dan publisher. Kita mulakan dengan advertiser yang bermaksud pengiklan. Pengiklan adalah pemilik pengiklanan atau pihak yang sediakan program affiliate dengan produk sendiri untuk dijual. Dengan produk yang tersedia pengiklan  bertanggungjawab membayar kepada pihak lain yang bersetuju mengikut terma syarat bagi mempamerkan iklan tersebut kepada umum dalam memulakan aktiviti jualan produk.  Seorang pengiklan atau pemilik produk juga yang akan mengawal setiap proses pengiklanan bagi produk dan perkhidmatan yang diiklankan. Pengiklan juga dikenali sebagai peruncit atau merchant. Yang membuat duit dari hasil pulangan pelaburan (ROI)  yang dijalankan dari pengiklanan produk yang berjaya mendapat hasil jualan. Selalunya seorang pengiklan ini sering menggunakan kemudahan Google AdWords sebagai strategi pengiklanan berkesan.

Publisher pula membawa maksud penerbit. Penerbit dalam program affiliate yang akan mendapat ganjaran wang sebagai upah setiap kali menunjukkan atau mempamerkan iklan-iklan produk pihak pengiklan di laman sesawang mereka sendiri. Peranan penerbit seperti promoter yang mesti mempamerkan iklan produk dan perkhidmatan dalam usaha menarik pelanggan berkunjung ke laman pengiklan seterusnya klik pada maklumat produk untuk membuat pembelian. Penerbit adalah seorang affiliate atau penjual semula atau pun secara asasnya laman yang mempromosikan sesuatu produk atau perniagaan. Penerbit berkemampuan membuat duit yang lumayan hasil dari penyiaran iklan jika bijak melakukan promosi di mana-mana sahaja secara atas talian. Selain itu penerbit biasanya suka mendaftar di Google AdSense di mana mereka juga berpeluang menjana wang hasil menjalankan pengiklanan dan berjaya membuat pengunjung laman menjadi pembeli produk.


No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!