Apa Yang Anda Perlu Untuk Mulakan Blog Affiliate - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 20 January 2017

Apa Yang Anda Perlu Untuk Mulakan Blog Affiliate


Sudah baca apa yang tertulis di atas?
Entri ini khas untuk 'Newbie Affiliate' yang mahu memulakan blog pertama agar menghasilkan wang semasa mereka sedang tidur. Jom lihat apakah perkakasan (tools) asas yang paling mudah bagi menghasilkan sebuah blog jana wang yang anda impikan.

Gmail
Mulai sekarang jika belum ada emel boleh mula cipta satu yang khas untuk tujuan blogging dan affiliate. Gmail buat masa ini yang terbaik pilihan ramai orang. Pergi ke Google dan klik pada Gmail untuk mula Sign Up.

Blog
Untuk yang baru dan belum biasa dengan blog gunakan apa yang percuma iaitu Blogspot. Ada emel Gmail maka bolehlah cipta satu blog dari situ. Taip sahaja www.blogger.com dan Sign Up. Selain itu boleh gunakan Wordpress. Tak tahu nak guna Wordpress anda kena dapatkan Ebook Pakej Video Wordpress untuk tahu cara paling mudah membangunkan blog guna Wordpress.

Domain 
Pilih domain name yang mudah untuk diingati dan dapatkan hosting dengan harga bajet sesuai dengan keperluan kali pertama anda sebagai newbie di Sempoi Hosting atau Syok Host.



Idea
Idea amat perlu untuk bermula. Paling berkesan dapatkan idea sebaik sahaja sudah buat keputusan ingin memulakan sebuah blog dan pilih satu bidang yang anda benar-benar suka untuk buat dan sangat mahir untuk hasilkan informasi sebagai perkongsian. Contohnya anda suka mencuba resepi baru dan masak sendiri. Jadikan blog tentang masakan anda bersama resepi dan kongsikan gambar menarik.

Tajuk Blog
Cipta satu nama sebagai tajuk yang menarik dan mudah untuk orang ingat. Pastikan ia catchy. Jadikan ia unik dan lain dari yang lain kalau mampu. Sekiranya hampir sama dengan mana-mana blog yang sedia ada, jadikan tajuk anda tetap berbeza dengan yang lain dari segi persembahan dan gaya penulisan kandungan. Rare dan differ itu penting!

Ilmu
Sebelum bermula pastikan anda sudah ada asas tentang affiliate walau sedikit. Carilah maklumat tentang ini di mana sahaja dengan sumber berbeza sebagai bekalan. Tak dinafikan dalam dunia affiliate dan blogging ini macam-macam ilmu kita kena ambil tahu dan perlu belajar untuk kejayaan blog menghasilkan wang. Antara ilmu yang seorang affiliate itu kena tahu adalah teknik dan strategi penting mengenai pemasaran emel, pemasaran atas talian, teknik SEO, teknik menulis entri, tip menggunakan katakunci dan produk digital yang biasa dipasarkan atas talian. Ini baru sedikit....ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup dahulu untuk kickstart.

Niche
Maksud yang seakan yang boleh kita fahami adalah fokus atau spesifik. Dalam dunia online perkataan niche sangat biasa digunakan bagi menerangkan topik, subjek atau kategori tertentu secara khusus atau narrow. Contohnya  anda buat carian dan taip perkataan 'pinch yum' anda tentu akan dibawa ke satu blog bernama Pinch And Yum sebuah blog affiliate yang memaparkan perkongsian Food & Recipe yang turut menjana wang dari situ.

Online Guru
Mentor sangat mustahak. Pilihlah siapa yang anda suka dan selesa untuk jadikan idola dan mentor bagi dapatkan ilmu. Ada ramai di luar sana. Dengan katakunci yang sesuai dan kalau pandai mencari di atas talian anda pasti berjumpa. Dari satu blog ke blog lain anda kena rajin mencari dan membaca untuk dapatkan  mesej dan petunjuk 'tersembunyi' dalam membuat pilihan siapakah bakal 'guru' anda yang sebenarnya. Baiklah madam kongsikan bebrapa 'otai' atau specialist yang pakar affiliate seperti Rahman Basri, Zul SmartUsaha, Shamsuriyadi, Ammar Zahar, Gobaa Krishnan, Encik Titan, Adly FlareBiz...oh dan banyak lagi. Selamat berguru!

Autoresponder 

Email marketing atau pemasaran produk menggunakan emel. Kebanyakkan sudah ramai orang gunakan kemudahan automatik ini untuk menguruskan 'senarai emel' orang lain untuk pemasaran produk dan perkongsian informasi. Anda boleh mendaftar di Aweber atau Get Response.


Kesimpulannya untuk hasilkan satu blog sendiri dan mahu hasilkan wang dari blog tak semestinya anda perlu pakar dalam IT dan kena tahu semua benda dalam dunia ini. Pada madam cukup anda mahu buat, ada minat dan sanggup berusaha dari peringkat bawah. Untuk permulaan gunakan apa yang anda miliki setakat ini, gunakan apa yang Tuhan kurniakan, kemudian kongsikan saja ilmu serta pengalaman yang anda tahu. Percayalah apa yang anda ada dan tahu buat masa ini In Syaa Allah memadai sebagai permulaan yang hebat untuk dijadikan isi kandungan entri.

PS: Teruskan mencari ilmu berkaitan blogging dan affiliate. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

1 comment:

  1. Blog affiliate ni, kalau kita very spesifik dengan niche yang kita nak dominate tu, trafik tak banyak pun still boleh buat duit :D

    ReplyDelete