Dato' Aliff Syukri Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016 - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 24 January 2017

Dato' Aliff Syukri Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016

 "Golongan muda, terutama Bumiputera perlu mengambil peluang ini untuk bekerja sendiri, mencipta pekerjaan dan bukan sebaliknya menjadi pencari kerja." Ini adalah kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu ucapan pada majlis 'Makan Malam Gala' bagi meraikan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (The 100 MIYE) 2016 bertempat di Hotel St. Regis Kuala Lumpur.

Seramai 100 individu hebat dan berjaya diraikan pada malam yang dinamakan sebagai The 100 Most Influential Young Entrepreneur merupakan satu pengiktirafan khas kepada individu yang berjaya dalam industri dan bidang masing-masing dengan cara tersendiri. Selain kejayaan mereka yang bersifat peribadi secara tidak langsung turut memberi impak besar dari aspek sosial, ekonomi dan seni tanah air. Antara nama yang diiktiraf dan terpahat di hall of fame board antaranya Dato'Aliff Syukri, Amber Chia, Marion Caunter, Nora Danish, Nur Fazura, Awi Rafael, Dato' Fazley Yaakob, Dato'Hans Isaac, Jonathan Quek, K Anandraj, Diana Danielle, Dynas Mokhtar, Fizo Omar, Mira Filzah, Caprice, Dennis Lau dan ramai lagi.

The 100 MIYE adalah salah satu inisiatif pihak Entrepreneur Insight dalam memberi inspirasi pada usahawan Malaysia yang ada kualiti dan memiliki karisma dalam menjadi seorang pengasas dan contoh dalam bidang industri masing-masing iaitu seni dan stail, hiburan, rekaan fesyen, kewangan , pelaburan, makan dan minuman, pendidikan, pemasaran, pengikanan, perdagangan, sains, sukan, perubatan dan banyak lagi.

'Abang Kosmetik' Antara The 100 MIYE 2016
Tidak ada rasanya rakyat Malaysia yang tidak mengenali Dato' Aliff  D'Herbs yang muncul jutawan pada usia 22 tahun selain popular dengan tagline 'Terlajak Laris' dan yang terkini kemunculan rancangan khas berkisar kehidupan peribadi dan kerjaya Dato'  boleh ditonton setiap Isnin jam 9:30 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD123. Dalam 'Oh Abang Kosmetik' yang akan ditayangkan 7 episod memberi peluang kepada penonton dan peminat beliau  menyaksikan beberapa perkongsian beliau tentang program, aktiviti, dan gaya hidup Dato' yang juga pandai memasak. Jangan lupa saksikan aksi mencuit hati antara Dato' dan kucing kesayangan termahal bernama Dody  yang masih 'garang' walaupun sudah dimanja-manja mengikut kata Dato'. Jom saksikan Episod 1  Episod 2  Episod 3 (Saksikan bagaimana Dato' menyamar sebagai peminta sedekah untuk melihat reaksi orang ramai.) di YouTube atau klik untuk muat turun di Kepala Bergetar.

"Bila kita terasa ingin manisnya madu,  kita terpaksa rasa sakitnya disengat lebah." - Aliff Syukri



Senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Di Malaysia Dalam Bidang Keusahawanan 2016


Sumber: Bernama  Entrepreneur Insight  Kepala Bergetar

PS: Siapakah personaliti yang akan terpilih bagi The MIYE 2017?

4 comments:

  1. Harapan saya nak ada dalam senarai tu suatu hari nanti.. doakan kejayaan saya k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...baiklah. we all doakan dedauncomel berjaya 1 sweet day. all da'best!

      Delete
  2. Hari tu ada tengok pasal ni kat Astro. Nampak seronok betul beliau dapat anugerah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...oh i see. he is always smiling. aura jutawan....senyum sokmo deh!

      Delete