Rich Woman Kim Kiyosaki Mengajar Wanita Kebebasan Kewangan - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 22 January 2017

Rich Woman Kim Kiyosaki Mengajar Wanita Kebebasan Kewangan



 Madam sudah pun dapatkan Rich Woman pada 17 Februari 2016. Buku ini terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Rich Woman dalam Edisi Bahasa Melayu tulisan Kim Kiyosaki antara buku yang mesti wanita baca untuk ketahui tip memulakan pelaburan pertama dalam hidup. Siapa tidak tahu Kim adalah isteri kepada penulis Rich Dad Poor Dad iaitu Rebert  Kiyosaki. Buku ini setebal 353 muka surat sangat bagus untuk dijadikan panduan untuk kaya dan bebas kewangan. Sesuai untuk wanita kerana ini hasil tulisan dari hati seorang wanita kaya yang ingin memberitahu (sebagai pesanan dan nasihat) kepada wanita lain yang mungkin tidak sedar mengenai kemampuan wanita dalam melabur seperti lelaki.

"Saya tidak berharap (wanita) mempunyai kuasa mengatasi lelaki, tetapi mengatasi diri mereka sendiri." - Mary Wollstonecraft

Mengapa Wanita Mesti Belajar Melabur & Buat Pelaburan?
  1. Untuk kebebasan kewangan di usia 40-an, 50-an dan 60-an.
  2. Supaya tidak bergantung terhadap lelaki yang belum tentu akan mampu menyara wanita seumur hidup.
  3. Sebagai persediaan jika ditakdirkan lelaki yang menyara hidup mereka selama ini tidak lagi memerlukan wanita tua yang kehilangan daya tarikan seksual di sampingnya.
"Kita boleh memiliki semua. Kita cuma tidak boleh memiliki semua pada satu-satu masa." -Oprah Winfrey

Seks Memberi Kuasa Ketika Muda & Wang Mengawal Keadaan Ketika Tua
Dari segi sejarah, mustahil untuk bercakap mengenai lelaki, wanita dan wang tanpa bercakap berkenaan seks. Rasanya semua orang tahu wanita, wang, dan seks saling berkait rapat. Tahukah anda wanita di usia muda 20-an dan 30-an tarikan seks di usia muda sebegini bagi mendapatkan perhatian dan pengaruh yang mereka  mahukan hanya akan berkesan pada usia ini sahaja. Tetapi formula ini tidak lagi berkesan biasanya apabila wnaita mula mencecah usia 40-an, 50-an dan 60-an. Wanita kena sedar yang hanya membuang masa jika mengharapkan lelaki akan berubah. Sudah tiba masanya wanita berubah terlebih dahulu demi kepentingan dirinya sendiri kelak. Formula yang berkesan pada usia muda tidak lagi berkesan di usia tidak lagi muda. Maka wang memainkan peranan penting dalam situasi ini. Sekiranya seks memberikan wanita kuasa ketika muda, wang pula membuatkan wanita mampu mengawal keadaan ketika meniti usia tua. Wanita boleh buat pilihan sekarang jika mahu.

" Saya fikir apa yang penting adalah supaya wanita tidak meletakkan sebarang had." - Martina Navratilova

Senarai Bodoh Wanita Lakukan Apabila Berdepan Isu Wang

Antaranya....
  1. Wanita berkahwin kerana wang. 
  2.  Wanita biarkan lelaki buat keputusan kewangan yang penting.
  3. Wanita terima mitos bahawa lelaki lebih pandai kendalikan wang.
  4. Wanita terima nasihat kewangan dari pakar kerana berfikir diri sendiri tidak cukup bijak.
  5. Wanita bertahan terlalu lama...dan akhirnya ditinggalkan kerana wujud lelaki mengejar wanita lebih muda.
  6. Wanita bertahan dengan ketidakadilan tempat kerja semata-mata gaji.
  7. Wanita berasa bersalah bila kerja lebih masa dan tidak bersama anak-anak.
...dan banyak lagi.

Apa Maksud Kebebasan Kewangan
Baiklah jika ada wanita yang masih belum faham apa definisi bebas kewangan madam kongsikan sedikit apa apa yang Rich Woman katakan. Ada banyak idea di luar sana berkaitan maksud sebenar 'kebebasan kewangan'. Mengikut Kim apa yang beliau faham dah sudah gunakan selama bertahum-tahun dan berjaya membolehkan beliau bersara di usia seawal 37 tahun adalah pertama sekali Kim sarankan wanita membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan suami beliau Robert Kiyosaki. Ia adalah kisah benar tentag dua bapanya. Poor Dad adalah bapa kandung Robert yang berpendidikan tinggi hingga mendapat Ph.D. dan berkerja sebagai nazir di sebuah sekolah negeri Hawaii. Tetapi Robert beranggapan bapanya sebagai Poor Dad kerana sering kehabisan wang tidak kira berapa banyak wang yang diperoleh setiap bulan. Rich Dad pula  adalah bapa kepada rakan baiknya yang tidak berpendidikan tinggi tetapi berjaya membina empayar hartanah di Hawaii. Kini anda faham bukan Rich Dad Poor Dad mengisahkan dua orang lelaki (bapa) yang mengajar anak-anaknya iaitu Robert dan rakan baiknya mengenai subjek wang. 

"Saya percaya kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan kita, dan kita harus menerima akibat setiap perbuatan, perkataan dan fikiran sepanjang hidup kita." - Elizabeth Kubler-Ross

Apa Sebenarnya Aset
"Aset adalah sekiranya kita berhenti bekerja adanya sesuatu yang menyumbang wang ke dalam poket kita." Noktah. Mudah. Sekiranya kita berhenti bekerja pda hari ini, bermaksud gaji bulanan kita hilang, dari manakah wang akan mengalir masuk ke dalam poket kita? Ada wanita percaya aset mereka adalah gelang berlian atau emas. Tetapi sebenarnya belum tentu juga kerana jika wanita tidak sanggup menjual gelang berlian tersebut bagi menyumbangkan wang dalam poket mereka maka itu bukan dinamakan aset. Kecuali wanita sanggup menjualnya kembali bagi mendapatkan wang baru ia dinamakan aset. Contoh paling mudah hartanah sewa termasuk rumah lelong yang ada kualiti adalah aset yang memberikan aliran tunai positif. Untuk ketahui lanjut mengenai Aliran Tunai dapatkan Rich Woman (Book Cafe).

" Wanita akan sentiasa bergantung pada seseorang sehingga dia memegang beg duit kepunyaan dia sendiri." - Elizabeth Cady Stanton 

Mengapa Wanita Mesti Beli Buku Rich Woman'?
  1. Ketahui 4 tip penting pertama bagi  menjadi pelabur berjaya.
  2. Ketahui 5 tip  penting seterusnya bagi menjadi pelabur berjaya.
  3. Ketahui mengapa wanta boleh jadi pelabur yang hebat.
  4. Bagaimana menjadi lebih bijak.
  5. Ketahui cara tulis pelan diri sendiri.
  6. Ketahui 3 jenis lelaki dan 3 jenis pelaburan pada masa yang sama.
  7. Bagiamana menarik minat pasangan yang tak berminat dalam pelaburan.
"Wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi wang dapat membuatkan kita berasa betul-betul selesa sementara kita dilanda dukacita." - Clare Boothe Luce

Beli Buku Rich Woman Di Book Cafe


TAWARAN HEBAT UNTUK PELANGGAN BERDAFTAR
1. Penghantaran percuma
2. Hadiah eksklusif
3. Cabutan bertuah
Hanya pelanggan berdaftar diberi peluang menikmati keistimewaan ini dari semasa ke semasa.
*Mengikut terma & syarat
"Sekiranya kita mematuhi semua peraturan, kita terlepas semua keseronokan." - Katherine Hepburn

No comments:

Post a Comment