Affiliate Simple Tapi Power - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Thursday, 2 February 2017

Affiliate Simple Tapi Power


Hai selamat datang ke blog Madam Affiliate!

OK hari ini kita nak bincang tentang e-book ye...bukan e-makeup. 😄

Pembuka bicara. Pernah beli e-book? Ikutlah tajuk apa-apa pun asalkan e-book yang anda pilih dalam talian, bayar, kemudian muat turun ke dalam komputer atau gajet bijak pintar. Panduan Affiliate Simple Tapi Power (ASTP) ialah satu lagi ebook dengan harga 'sempoi'. E-book sama juga macam tudung dan stuff lain ada macam-macam harga. Ada mahal, ada murah. Paling mahal madam pernah beli sekitar MYR100. Jadi MYR10 (promosi setakat ini)  adalah pelaburan sangat kecil. E-book boleh dikategorikan sebagai satu panduan yang mengandungi tip, panduan dan juga rahsia berkenaan apa sahaja perkara. Keunikan e-book sebab didalamnya biasanya padat dengan informasi penting yang sangat kita mahukan dan mungkin tiada di tempat lain.

Kembali ke tajuk entri....

Pagi ini madam mahu berkongsi mengenai Ebook ASTP oleh jejaka Sabah bernama Oswald Justin (OJ) yang dipercayai simple dan sempoi. Ebook ASTP ditulis OJ mengenai asas affiliate khas untuk amateur affiliate atau newbie yang mahu memasuki dunia affiliate. Semua info terkandung boleh kita anggap back-to-basic. ASTP menjelaskan apa yang pemain affiliate junior kena faham cara sertai dunia affiliate dan bagaimana mempromosi cara terbaik untuk peringkat awal. Kenapa kena keep it slow and steady but keep learning...sebab ramai sangat pemain affiliate yang otai, senior atau pro di luar sana. Kiranya sangat kompetitif. Tapi yang penting atasi diri sendiri dahulu dan bersainglah dengan semangat anda sendiri untuk berjaya. Maka sesiapa yang nak sertai affiliate kena banyak bersabar dan rajin mencari ilmu. Mudah sangat. Dapatkan ASTP.



Video YouTube



Teknik Penyampaian 4 Wife 1 Husband  (4W 1H )
Ditulis telus dan menjawab terus macam format karangan zaman sekolah menengah dulu di mana sangat jelas tentang apakah affiliate, siapakah affiliate, definisi terma wajib tahu dalam dunia affiliate, bila masa nak bermula, dan bagaimana nak jana wang dari aktiviti affiliate. OJ juga menulis cara promosi pautan gaya newbie dan pro, ditambah bonus seperti ciri-ciri affiliate berjaya dan kelebihan jana wang secara online.

Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain perkongsian.




1 comment:

  1. Yang baru nak belajar, elok la baca.

    benda asas nih.

    ReplyDelete