Jom Kurus Bersama Kevin Zahri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 7 February 2017

Jom Kurus Bersama Kevin Zahri



JK1M

Tahukah anda bahawa kira-kira 30% atau 3 daripada 10 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas berdepan masalah berat badan berlebihan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam kajian telah menunjukkan 18% - 20% rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai obesiti atau gemuk disebabkan terdapat lemak berlebihan. Baca seterusnya BHOnline 2016.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas daripada sebarang penyakit.

Persoalannya, adakan anda rasa diri anda gemuk dan sukar melakukan aktiviti harian? Kerap berasa penat atau sukar mendapatkan saiz pakaian yang betul-betul fit dengan tubuh anda? Ini bermakna anda berdepan masalah berat badan. Sudah tiba masanya anda bertindak dan sertai program kecergasan seperti Jom Kurus bersama Cikgu Fitness Malaysia.

Jom Kurus Bersama Cikgu Fitness
JK1M (Jom Kurus 1Malaysia) adalah program fitness pertama di Malaysia yang diasaskan Kevin Zahri untuk semua rakyat Malaysia yang mahu mencapai matlamat kurus, sihat dan cergas. Kevin Zahri Abdul Ghaffar kacukan Melayu-Jerman yang juga terkenal dengan jolokan 'Cikgu Fitness Malaysia' mempunyai sekitar 10 tahun pengalaman sebagai penceramah, penulis, perunding kecergasan dan pakar nutrisi. Terbaru dalam Kevin Zahri.Com untuk cabaran JK1M 2017 iaitu musim ke-8 sudah pun bermula 14 Januari lalu.  Cabaran JK1M yang berlangsung selama 6 minggu meliputi 150 kawasan seluruh negara terbukti mendapat respon positif hinggakan sudah membuka peluang peserta dari negara Brunei dan Singapura.

Jom Mendaftar JK1M

Dodgeball

Objektif JK1M
Membantu dan membimbing rakyat Malaysia tentang cara pemakanan (diet sihat) dan senaman yang betul seterusnya mengurangkan berat badan dalam masa 6 minggu. Juga membantu mereka yang berdepan berat badan berlebihan untuk mencapai kembali berat badan ideal demi generasi akan datang lebih sihat dan cergas. Program JK1M juga mampu mendidik dan memberi kesedaran pada rakyat Malaysia agar mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat menerusi aktiviti riadah atau senaman yang betul.

Kevin menunjukkan senaman yang betul.

Kelebihan Peserta Menyertai Cabaran JK1M
  1. Seminar dan senaman bersama pengasas Kevin Zahri termasuk sesi Q & A.
  2. Cabaran selama 6 minggu pada hujung minggu dengan aktiviti telah ditetapkan. 
  3. Percuma pakej ebook dan video bernilai RM100.
  4. Pecuma bimbingan oleh Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus.
  5. Kelayakan sertai pertandingan cabaran Jom Kurus.
  6. Keahlian percuma seumur hidup sebaik sahaja anda mendaftar sebagai peserta dengan caj sekitar RM300 selama 6 minggu cabaran.

E-book Kevin Zahri Berkaitan Fitness

 free ebook


Selain jurulatih kecergasan Kevin juga aktif menghasilkan ebook dalam berkongsi tip dan panduan  berkaitan bidang kecergasan, senaman dan nutrisi. Koleksi ebook beliau menumpukan kepada panduan pemakanan sihat, senaman di rumah, cara turun/naik berat badan, cara elak gemuk, cara kawal nafsu makan dan cara senaman abs serta banyak lagi.

Jom dapatkan ebook terbaru Kevin bertajuk 20 Suplemen Popular Malaysia

Success Stories: Aizat Razak Kongsikan 10 Tip Kurangkan 125kg.



Apa lagi yang anda tunggu? Jom cabar diri !

4 comments:

  1. This really replied my problem, thank you!

    ReplyDelete
  2. It’s hard to locate well-informed folks on this issue, but
    you seem like you comprehend what you’re talking about!

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank goodness, i am big fan of Kevin.

      Delete