Misteri Coklat Yang Kita Mesti Tahu - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Wednesday, 15 February 2017

Misteri Coklat Yang Kita Mesti Tahu



Dalam filem Forrest Gump,  Tom Hanks mengatakan bahawa ...."Mama always said life is like a box of chocolates. "

Dan selain itu juga, pernahkah anda dengar ayat-ayat ....

Life is like a chocolate box,
Each chocolate is like a portion of life,
Some are crunchy,
Some are nutty,
Some are soft,
But all are delicious!

Ini bermakna dalam hidup kita memerlukan coklat. Hidup kita semisteri setiap rasa coklat yang kita makan. Kita mesti makan coklat untuk hidup. Oh tidak!

Tetapi yang mungkin ada benarnya .... coklat mampu membuatkan kita gembira! Oh really ???

The Love Drug. Inilah dalam erti kata lain bagi sejenis bahan kimia bernama Phenylethylamine dan tyramine yang dijumpai dalam coklat yang membuatkan rasa sayang dan berahi. Phenylethylamine juga yang berkait dengan amphetamina boleh meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah di samping mencipta satu kesan yang dipanggil stimulan. Mungkin kerana itu ramai yang mengakui merasa seronok, lega, dan gembira ketika menikmati coklat.

 
Inovasi Coklat

Coklat atau Chocolate dalam bahasa Inggeris atau ringkasnya choc terkenal sebagai kegemaran serata dunia terutama bagi kanak-kanak. Selain kita makan begitu saja, sekarang sudah ada hasil ciptaan kreatif mereka terutama ke atas produk makanan dengan gabungan coklat sebagai tarikan dan mencipta kelainan dari segi rasa. Dua yang semakin popular adalah apam balik coklat dan pisang goreng coklat yang boleh kita buat sendiri ala-ala homemade.

10 Perkara Mengenai Coklat Tanpa Kita Sedari

  1. Coklat memberikan kesihatan yang baik pada jantung.
  2. Coklat hitam dikatakan mampu mengurangkan berat badan
  3. Coklat boleh mengurangkan stres.
  4. Coklat baik untuk wanita hamil untuk anak lebih ceria
  5. Coklat bagus dalam meningkatkan fungsi otak
  6. Minuman coklat panas melegakan batuk
  7. Coklat boleh mengatasi masalah diarrhea
  8. Coklat sebagai pencetus ghairah atau aphrodisiac
  9. Coklat sesuai dijadikan hadiah  
  10. Coklat salah satu bisnes

Toblerone & Daim Selamat Dimakan Oleh Orang Muslim

Bagi yang biasa mendapatkan coklat di Langkawi mungkin sudah biasa dengan pilihan yang ada dari kumpulan import dan local. Coklat import yang sering menjadi pilihan adalah Daim, Ferrero Rocher, Cadbury, Toblerone, Kinder, Hershey's. Manakala yang 'ok jer' dengan buatan local antara jenama yang ada adalah Tango, Alfredo, Checkers, Millton, Beryl's. Cadbury Malaysa, Kopiko, Apollo.

Ada berita baik untuk peminat Daim & Toblerone kerana mungkin masih ada yang ragu-ragu dengan informasi yang mengatakan ia tidak halal dimakan penganut Islam. Madam sendiri pada mulanya juga tidak pasti. Namun maklumat terbaru oleh JAKIM  dalam www.astroawani.com ada memberitahu umum mengenai tidak ada masalah pula dengan jenama coklat berkenaan. Baca artikel Coklat Daim dan Toblerone selamat dimakan orang Islam - Pengeluar.

PS.; Madam bukan peminat Daim !

2 comments:

  1. Kalau pergi Langkawi, memang tak sah kalau tak borong coklat. Kalau beli kat luar, mahal sangat ha ha

    ReplyDelete
  2. Yup...madam pun kirim choc je senang kalau ada family members gi sana. Sah coklat!

    ReplyDelete