Pelaburan Emas Untuk Kita - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 14 February 2017

Pelaburan Emas Untuk Kita

TIME FOR GOLD

"Bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat 
dan mengelak kesilapan-kesilapan yang besar."

Ada sesiapa yang suka dengan emas? Anda berminat sangat dengan emas dan mahu buat duit dengan emas? Jawapannya boleh! Tetapi pastikan kena tahu caranya dan mesti ada pengetahuan mengenai emas. Sejauh mana kebaikan melabur dalam emas? Sama atau tidak dengan pelaburan wang? Semestinya tidak. Nak tahu lanjut jom baca Rahsia Usahawan Emas.

Emas atau nama Latinnya aurum bermaksud 'sinaran fajar' adalah sejenis logam kuning yang tidak tercemar  dimamah air, udara, panas atau sejuk. Emas juga tidak berkarat, luntur, atau kusam bahkan boleh dibengkokkan, ditebuk, ditegang mahu pun dipintal. Emas yang bersinar bak cahaya matahari juga tahan selama-lamanya. Dan kerana kelebihan inilah emas 'ditabalkan' sebagai barang perhiasan diri yang menonjolkan kemewahan untuk kelihatan menawan seperti  cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher, dan subang.


Boleh ke melabur dalam emas? Pasti ada di antara kita sudah tahu mengenai pelaburan emas yang pernah popular satu ketika dahulu. Ada yang tidak berminat dan ada yang mahu mencuba. Setakat hari ini walau ada yang kerugian dalam emas, masih  ada yang percaya emas boleh mencipta keuntungan. Tak kurang juga ramai juga yang masih sangsi dan takut-takut melabur dalam emas. Sebenarnya kita tidak dapat membuat pilihan yang tepat kerana tiada maklumat jelas tentang emas atau teknik melabur dengan baik.

Entri kali ini jom kita lihat apa yang pakar hartanah bernama Azizi Ali kongsikan dalam Masa Untuk Emas. Dalam buku ini Azizi memberitahu bahawa beliau kerugian wang pada kali pertama melabur dalam emas disebabkan dua perkara ini: 1-Pengetahuan berkenaan emas terlalu cetek. 2-Masa yang tidak sesuai. Selepas beliau membuat kajian dan mencari ilmu tentang emas Azizi dapati masa sudah berubah dan emas kini menju ke tahap yang lebih baik. Yang penting beliau tahu mengapa harga emas menigkat dan mahu lakukan sekali lagi.

Tujuan Masa Untuk Emas ditulis adalah membantu sesiapa untuk membuat keputusan yang lebih baik mengenai emas. Ini kerana prospek emas sangat cerah dan kita patut membelinya. Walau bagaimana pun, mana-mana pelaburan yang memberi peluang untuk membuat banyak duit juga memberi peluang untuk kerugian banyak duit! Menurut Azizi Ali, ada satu benda penting kita kena faham sebelum membeli emas dan terlibat dengan pelaburan dan kelebihan yang dinyatakan hanya akan menjadi kelebihan sekiranya anda memilih produk yang betul. Poin yang kritikal kerana wujudnya produk emas yang pelbagai dan banyak di pasaran. Dan produk yang pelbagai sudah tentu memberi kesan atau kepuasan yang tidak sama, walau pun semuanya diperbuat daripada emas. Ini bermakna jika anda salah pilih, anda mungkin tidak dapat peroleh keuntungan daripada kenaikan harga emas itu kelak. Atau boleh jadi mengalami kerugian besar ketika kejatuhan harga emas pula. Maka caranya, pilihlah dengan berhati-hati!



Kelebihan Melabur Dengan Emas

Antaranya .........
-Nilai emas akan kekal ketika inflasi hiper
-Emas ialah pelaburan berdiri sendiri
-Emas berfungsi mempelbagaikan aset unggul
-Emas diterima di seluruh dunia
-Emas menjadi kebanggaan si pemilik


Kekurangan Melabur Dalam Emas

Antaranya......
-Emas tidak memberi pulangan (contoh paling jelas:tiada dividen/faedah)
-Emas melibatkan kos simpanan
-Emas boleh hilang atau dicuri
-Emas merugikan jika si pembeli tidak tahu apa yang dia lakukan
-Mungkin tidak mendapat untung sekiranya melabur dalam produk yang 'salah'
-Sekiranya membeli emas pada masa yang 'salah'

Masih berminat mahu melabur dalam emas? Tanyakan Soalan Penting Untuk Diri

Seperti.........
-Mengapa saya melabur? Selain mahu dapat keuntungan....jom fikir sedalamnya sama ada untuk tujuan persaraan, pendidikan anak, melancong atau ada yang lain.
-Berapa lama tempoh saya boleh menyimpannya?
-Adakah dengan membeli emas ini sesuai dengan kedudukan kewangan saya?
-Bolehkah saya tidur pada waktu malam ?
-Bolehkah saya menjualnya kelak untuk mendapat keuntungan?
Dan yang terakhir, bolehkah saya menjual semula emas itu dengan mudah?

Setelah cukup yakin dan ada pengetahuan mengenai emas, mungkin inilah masa yang sesuai sebab 'masa itu emas'!

"Apabila kita miliki emas, kita berada dalam ketakutan.
Apabila kita tiada emas, kita berada dalam bahaya."-Peribahasa Inggeris



1 comment:

  1. Memandangkan nilai rinngit kita asyik merosot je baru2 ni.. Rasanya pelaburan emas memang jalan yanng terbaik. Tapi sebelum labur tu kena ada ilmu yang betul juga kan?

    ReplyDelete

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!