Peta Minda Matematik & Sains UPSR - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 5 February 2017

Peta Minda Matematik & Sains UPSR

Hai adik-adik!

Adik semua tahu tak cara belajar guna peta minda? Pernah guna tak di sekolah? Mungkin ya mungkin ada yang tidak biasa. Kalau nak tahu masa madam sekolah dulu kami sudah didedahkan dengan kaedah mind-mapping. Kiranya macam smart learning.  Mudah sangat. Semua subjek boleh kita buat peta minda  dan adik boleh buat sendiri di rumah atau bersama rakan-rakan. Apa yang best apabila adik buat sendiri nota kecil macam ni adik sudah pun belajar dan mengkaji setiap topik secara tidak langsung. Dengan cara ini adik mungkin lebih mudah dapat gambaran dan dapat kaitkan satu topik ke topik yanng lain. Hari ini madam nak kongsi dua mind map yang sedia ada di Internet. Adik kreatif dan rajin boleh buat sendiri untuk lebih faham guna sendiri. Bagi adik yang nak dapatkan yang sudah siap boleh rujuk peta minda di bawah. Caranya adik save dan print.  Lipat comel-comel dan bawa ke mana-mana sahaja sebagai rujukan kecuali ke dewan peperiksaan. Jom tengok sama-sama.

    Peta Minda Matematik
    Kalau adik-adik kaji semula topik yang diajar guru dari Tahun 4 hingga 6 ada sebelas kesemuanya topik yang adik kena belajar dan fahamkan untuk skor A. Antaranya nombor, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa, ukuran, berat, isipadu cecair, bentuk dan data. Peta minda ini lengkap, simpel, dan menarik sebab berwarna. Yang penting ada formula penting di situ yang perlu adik faham dan hafal. Selebihnya adik kenalah banyak buat latihan barulah mahir dan cekap dalam pengiraan. Dulu pun madam banyak buat latih tubi, habis semua buku latihan madam buat. Madam skor A dalam Matematik!
    Download Here



    Peta Minda Sains by Ameer Firdaus 
    Dalam e-book Pdf  ini pula saudara Ameer telah pun menulis nota berkaitan topik seperti kemahiran saintifik, peraturan bilik sains, proses hidup manusia, proses hidup haiwan, proses hidup tumbuhan, pengukuran, sifat bahan, pengaratan, sistem suria, teknologi, tenaga, cahaya, elektrik, haba, jirim, asid dan alkali, mikroorganisma, interaksi antara hidupan, pemeliharaan dan pemuliharaan, daya, kelajuan, pengawetan makanan, bahan buangan, gerhana, buruj dan mesin ringkas. Nota ini sesuai sangat untuk murid yang nak tahu info penting dan pantas tentang topik sains. Cara belajar adalah adik rujuk nota dan buat latihan soalan format UPSR. Macam biasa ... banyakkan buat soalan, dan tanya guru kalau tak faham lagi, lama-lama adik akan faham juga. Madam pun belajar cara ini juga 23 tahun yang lampau. Memang skor A dalam subjek Sains!
    Download Here


    Panduan Ibu Bapa
    Bagi ibu bapa yang mahu dapatkan panduan bonus Rahsia Ajar Anak Matematik boleh dapatkan e-book Anak Pintar Cerdas dengan harga RM27 sahaja.

    2 comments:

    1. Memang berkesan guna peta minda ni.

      Tak heranlah bos sy suka sgt arahkan anak buah dia buat presentation guna peta minda. Senang nak faham.

      ReplyDelete
    2. ...hmmm. you are right. harap generasi sekarang pun boleh guna peta minda.easy.

      ReplyDelete