Projek Laluan Tren Laju Pantai Timur - East Coast Rail Link (ECRL) - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Thursday, 13 April 2017

Projek Laluan Tren Laju Pantai Timur - East Coast Rail Link (ECRL)








MAKLUMAT PROJEK

Satu projek Kerajaan Malaysia untuk membina sebuah laluan keretapi baru yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang. Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.


PROJEK ECRL - MENGHUBUNGKAN PANTAI TIMUR DENGAN LEMBAH KLANG

  • Laluan landasan keretapi berkuasa lektrik merentasi Kelantan, Tereggganu, Pahang dan Selangor.
  • Perkhidmatan di semua pusat bandar utama di Pantai Timur.
  • Perjalanan singkat di bawah 4 jam dari Wakaf Bharu ke ITT Gombak.
  • 12 stesen penumpang , 2 stesen kargo, serta 9 stesen penumpang dan kargo.
  • Laluan utama sepanjang 534.8 km dan laluan cawangan sepanjang 65.5km.
  • Dihubungkan dengan rangkaian landasan sedia ada di Semenanjung Malaysia.

TRANSIT ANTARA BANDAR

  • Menghubungkan ibu-ibu negeri , pusat bandar utama, kawasan perindustrian, pelabuhan, lapangan terbang, dan zon pelancongan.
  • Dihubungkan dengan laluan bas ekspres di Integrated Transport Terminal (ITT).
  • Pertukaran dengan laluan keretapi dan LRT: Wakaf Bharu, Mentakab, ITT Gombak.
  • Kemudahan stesen yang disediakan: tempat letak kereta dan motosikal, perkhidmatan teksi dan bas awam, tempat menurunkan penumpang, jejantas pejalan kaki, dan laluan keluar masuk kenderaan persendirian.

MESRA ALAM

  • Penggunaan rel bagi menggerakkan kargo dan penumpang mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya . Ini dapat mengurangkan pencemaran udara dalam jangka masa panjang. 
  • Keretapi berkuasa elektrik tidak mencemarkan udara di sepanjang landasan. 
  • Rekebentuk landasan yang mesra alam dengan pembinaan lebih banyak terowong.

PERJALANAN LEBIH SINGKAT DAN LEBIH SELAMAT



MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA
  • ECRL berpotensi menjana RM50.1 billion tambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • Perkhidmatan ECRL akan mengurangkan kos pengeluaran dengan megurangkan kos pengangkuatan . Barang buatan Malaysia akan lebih kompetitif.
  • Meningkatkan sektor pelancongan melalui kemudahan pengangkutan yang lebih murah dan cekap.
  • Menggalakkan aktiviti perdagangan dengan mewujudkan laluan darat baru antara Pantai Timur dan Lembah Klang.
  • Menggalakkan pertumbuhan hab-hab industri di sepanjang jajaran ECRL.
  • Mengurangkan jurang ekonomi dan jurang pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Malaysia.

GARIS MASA PROJEK

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!