7 Kunci Pintu Rezeki - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Wednesday, 31 May 2017

7 Kunci Pintu Rezeki



๐Ÿ’šAyat Seribu Dinar

Ayat seribu dinar adalah ayat 2 hingga 3 dalam surah Al-Talaq sangat berkait dengan rezeki dan pertolonagn Allah. Ramai yang sedia maklum jika mengamalkan ayat ini maka ia boleh menjadi pembuka rezeki atau jalan keluar dari setiap ujian atau cubaan. Sesunguhnya Allah telah berjanji akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan ayat ini sebagai bukti ditujukan khas bagi hamba-Nya yang bertakwa dan beriman. 



๐Ÿ’™ Keluar Dari Rumah Mencari Rezeki Dengan Berdoa Dan Bertawakkal Pada-Nya



๐Ÿ’› Amalan Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha yang dilakukan khusus pada waktu dhuha sahaja boleh dianggap sebagai tanda 'terima kasih' seorang hamba-Nya kepada Pencipta atas segala pertolongan, kemudahan dan rezeki  yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)




๐Ÿ’œ Amalan Surah Al-Waqiah Dalam Al-Quran

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 terdiri dari 96 ayat. Di dalam surah Al-Waqiah menerangkan hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Juga diterangkan penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari pembalasan (kiamat).

 Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”




๐Ÿ’š Zikir
๐Ÿ’™Sentiasa Berdoa Agar Terlepas Dari Kesulitan



๐Ÿ’› Berusaha Sedaya Upaya

Masih ingat lagi dengan trademark peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 Dzawin Nur Ikram, yang selalu menyebut  "Man Jadda Wa Jada". Pepatah Arab yang bermaksud "Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil" ini memang benar. Sebagai manusia yang lemah dan tidak sempurna kita mahukan segala-galanya yang menyenangkan dalam hidup. Kita ada impian dan sesuatu yang kita citakan. Atau dalam kata lain 'wish list' tersendiri. Sebagai muslim kita digalakkan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Kaya. Kalau mahu berjaya dalam peperiksaan kita mesti usaha belajar dan ulangkaji subjek. Kalau mahu kaya dan bersara lebih awal kita mesti mula mencari jalan berniaga dari usia muda sekarang. Kalau mahu berkahwin awal dan mendapat pasangan hidup yang baik kita terlebih dahulu kena ubah diri sendiri ke arah yang lebih baik untuk membimbing keluarga. Semuanya perlu usaha. Tidak ada sesuatu pun yang percuma kecuali udara yang kita hirup setiap saat.

Wallahualam.



No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!