Animasi Terbaru Omar & Hana Oleh Digital Durian - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Wednesday, 17 May 2017

Animasi Terbaru Omar & Hana Oleh Digital Durian



Assalamualaikum adik-adik semua!

Kali ini madam nak kongsikan satu lagi animasi terbaru oleh pembangun Didi & Friends siapa lagi kalau bukan Digital Durian. Omar & Hana adalah buah tangan kedua untuk adik-adik comel semua untuk sama-sama belajar sambil berhibur. Untuk makluman semua, Omar & Hana adalah pasangan adik beradik dengan penampilan dan imej islamik untuk tatapan dan adik-adik berusia 2 hingga 5 tahun. Eh! Eh! Mama dan papa nak tonton juga boleh ke? Boleh...! Lagi bagus mama dan papa temankan adik-adik menyanyi bersama Omar & Hana.

Oh ya....bila kita semua dapat saksikan Omar & Hana? Haaaa... jangan lupa setiap hari jam 11:30 pagi dan 6:00 petang mulai 26 Mei ini.


KENALI OMAR DAN HANA DENGAN LEBIH DEKAT 

Jom kita berkenalan dengan si abang yang bijak iaitu Omar dan juga si adik yang petah berkata-kata iaitu Hana.





VIDEO PROMO MULAI 26 MEI 2017




Semua sudah sedia maklum lagu terbaru dan pertama Omar & Hana adalah Alhamdulillah. Anas Rayyan sejak kecil lagi memang suka dengar lagu-lagu nursery rhymes High End 3D Animation . Thank you mama!



Dan diikuti dengan lagu kedua bertajuk Terima Kasih Cikgu sempena sambutan Hari Guru 2017.




Jom ikuti Omar & Hana di Laman Sosial
Facebook
Instagram
Twitter

"Jangan lupa saksikan Omar & Hana 26 Mei . Jom!"




No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!