Part 1: Kasut Pegawai Polis Original Johnson (Evershine) - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Thursday, 4 May 2017

Part 1: Kasut Pegawai Polis Original Johnson (Evershine)


Adakah anda 'penat' mencari barang yang anda inginkan? Selain faktor perlu bersesak-sesak dengan orang ramai atau kesesakan jalan, yang paling menyedihkan memang produk yang anda cari itu tiada dalam negeri tempat anda tinggal. Habis semua pusat membeli-belah dan kedai biasa anda cari namun gagal kerana produk tersebut memang sukar untuk diperolehi. 

Entri ini khas untuk penjawat awam PDRM yang mencari kasut 'wajib' bagi kegunaan kerja dan tugasan operasi. Madam kongsikan cara dan tempat untuk dapatkan kasut untuk mereka yang masih belum tahu di mana untuk mendapatkannya. Bagi yang tidak biasa membeli-belah atas talian (shopping online) bagi barangan seperti kasut jangan risau kerana anda hanya perlu pastikan supplier/seller tersebut boleh dipercayai dan cuba hubungi mereka terlebih dahulu untuk kepastian menggunakan WhatsApp atau hubungi secara terus.

1. Mencari Produk Yang Terbaik Dengan Keyword Yang Tepat

Semua orang tahu enijn carian yang popular masa kini adalah Google, Yahoo! dan Bing. Pilih salah satu dan cari. Sekiranya produk yang anda cari itu popular, anda akan menerima beberapa halaman pautan ke kedai-kedai yang menawarkan produk tersebut. Ini satu cara terbaik juga membandingkan harga.

Dan apa yang madam temui dengan Google adalah beberapa hasil yang popular seperti ...





2. Buat 'web search' Untuk Produk Tersebut

Kaji selidik produk yang anda mahukan itu. Cari informasi yang jelas yang anda mahu menerusi blog, facebook, instagram, enjin carian, komen dan testimoni pembeli sebelumnya. Lakukan kajian sebelum anda buat keputusan untuk membeli dengan prospek penjual yang ada. 


  1. Kedai kasut Johnson & Kasut SWAT

     2. The uniform tailor


    3. Blog Kasut Brogueshoe


3. Guna Kuasa Sebagai Pengguna & Guna Kuasa Naluri Anda

Hubungi penjual atau agen yang ada produk yang anda cari . Nyatakan ciri-ciri apa yang dimahukan. Contohnya warna, saiz, jenama, resit pembelian, warranty card dan ciri-ciri lain yang ada pada kasut. Dan sudah tentu harga produk dan caj yang dikenakan untuk penghantaran kelak. 


No comments:

Post a Comment