Part 1 : Stokis Susu Segar Farm Fresh Di Bandar Satelit Islam - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 21 May 2017

Part 1 : Stokis Susu Segar Farm Fresh Di Bandar Satelit Islam


Siapa di sini suka minum susu? Sila angkat tangan. Bagi yang bukan penggemar susu anda juga mesti tahu apa yang madam nak kongsikan di sini. Hari ini madam nak cerita sikit mengenai Farm Fresh Malaysia. Dah tahu ke belum yang kita ada susu segar sendiri  'Terbaik Dari Ladang' ? Kalau tak silap Madam susu jenama tempatan Farm Fresh sudah ada hampir setahun lebih. Madam pertama kali minum susu Farm Fresh semasa singgah kediaman adik ipar di bandar Teknologi Kajang tahun lalu dan itulah informasi terawal yang madam terima daripada beliau dan suami yang memilih untuk minum susu Farm fresh. Alhamdulillah Farm Fresh sudah berada di Kelantan dan terkini di Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam.

Apa yang menarik mengenai susu Farm Fresh?

Fakta menarik yang mesti kita percaya adalah susu berkualiti datangnya dari happy cows. Informasi ke dua sudah tentu ianya semulajadi segar produk buatan Malaysia. Susu Farm Fresh diproses tanpa bahan tambahan seperti pengawet, pewarna, atau penstabil. Selain susu segar biasa, ada pilihan lain mengikut kegemaran ramai seperti susu rendah lemak, susu coklat, susu segar kurma , yogurt pelbagai perisa, susu kultur kanak-kanak, cafe latte, cafe latte Tongkat Ali serta susu kambing Nubian. Haaa...banyak sangat. Kalau nak tahu dan rasa kena hubungi Home Dealer terhampir dengan kawasan anda tinggal. Dapatkan info bersama  Farm Fresh Kelantan.

STOKIS FARM FRESH KOTA BHARU

Hubungi Marlina Mahadi
WhatsApp: 016-9340126
Facebook Marlina Mahadi
Instagram



GENERASI FARM FRESH

Susu sangat sinonim dengan bayi dan kanak-kanak. Begitu juga wanita hamil dan ibu menyusu. Selain kebaikan susu ibu yang kita sudah tahu untuk perkembangan minda dan tubuh badan bayi, sebagai rakyat Malaysia kita boleh berbangga dengan adanya susu segar hasil teknologi dan kepakaran tempatan.

Susu segar mesti datangnya dari lembu-lembu yang sihat. Lembu-lembu yang sihat pula mesti diternak di ladang yang terpilih, lagi bersih dengan rumput yang penuh nutrien sebagai sumber makanan. Kemunculan ladang ternakan pertama di Mawai Farm, Kota Tinggi Johor Darul Takzim dan yang ke dua pula terletak di Muadzam Pahang Darul Makmur membolehkan susu segar dapat dinikmati dalam masa 48 jam selepas diperah, diproses dan botolkan mengikut standard ditetapkan. Tak percaya? Anda akan percaya sebaik menikmati sendiri rasa susu segar berbanding susu import yang lazimnya mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke negara kita.


7 KEAJAIBAN SEMULA JADI BUAH KURMA
  1. Membantu pertumbuhan susu bagi ibu-ibu sedang menyusu.
  2. Menjana kesihatan kandunagn anak dan ibu sepanjang kehamilan.
  3. Mencegah penyakit kardiovaskular.
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Mengurangkan kadar risiko serangan strok.
  6. Meningkatkan kecergasan otak.
  7. Membantu sistem penghadaman dan pencernaan.


 SUSU MESTI DIHABISKAN DALAM MASA 3 HARI SELEPAS DIBUKA

Untuk makluman penggemar susu, anda boleh dapatkan susu Farm Fresh dari mana-mana  stokis atau Home Dealer yang berdaftar.  Biasanya selepas membuat pembelian kita dinasihati agar menyimpan segera dalam peti sejuk untuk menjaga tahap kesegaran dan kualiti susu. Selain mesti dihabiskan dalam masa 3 hari selepas dibuka. Ini semua untuk menjaga kualiti susu yang kita minum. Terbaik!


P.S: Jom kita beli susu segar Farm Fresh!





No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!