Tip Dekorasi Kediaman Menarik Tapi Mampu Milik - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 2 May 2017

Tip Dekorasi Kediaman Menarik Tapi Mampu Milik


Anda mengidamkan kediaman dengan dekorasi menarik tetapi mahukan harga yang mampu milik? Ini bermakna anda seperti saya dan mereka di luar sana yang mengimpikan kediaman menarik dari segi susun atur perabot dan kelengkapan. Baiklah kali ini kita mahu kongsikan rahsia dkekorasi yang boleh anda lakukan dengan harga bajet. Apa kata anda tinjau-tinjau Index Living Mall jika berdekatan dengan AEON Mall. Di sana terdapat banyak idea dan pilihan yang cukup bajet.



PEMILIHAN PERABOT PENTING

Jika anda serius mahukan ruang tamu yang cantik dan menarik anda mesti ada panduan untuk suaikan dengan warna, susun atur perabot, kemasan lantai, pemilihan langsir, kerusi atau meja sisi, lampu, hiasan dinding, meja kopi dan penggunaan cermin. Kalau anda lihat contoh ruang tamu di bawah anda dapat lihat selain kelengkapan utama ada barang yang mungkin dianggap kecil tetapi sebenarnya berperanan menaikkan seri setiap ruang dan perabot yang ada. Kalau kita perhatikan beberapa biji bantal kecil yang berwarna pastel menjadikan sofa jingga bentuk-L kelihatan menarik. Kehadiran pasu berisi pokok kecil di atas meja menceriakan meja kopi. Kemudian ada juga pasu berisi pokok lebih tinggi di sisi sofa turut  menghidupkan suasana. Selain itu kelihatan sebuah kerusi berhampiran rak hiasan mencipta sudut privasi secara tak langsung. Penggunaan cermin yang sengaja ditampal  memanjang pada dinding juga sangat bijak kerana ruang akan kelihatan lebih luas. Dari segi pencahayaan pula, pemasangan dan pemilihan lampu juga mesti dititikberatkan untuk seri ruang tamu walau pun pada waktu siang. Anda rasa dekorasi ini menceriakan hari anda? Anda boleh hasilkan sendiri di rumah dengan Panduan Dekorasi Bajet.



SUASANA RINGKAS RUANG TAMU KONVENSIONAL

Berbanding semua warna yang ada hitam dikatakan cukup dominan. Penggunaan warna lebih gelap yang bersifat penuh rahsia atau penaklukan ini biasanya dikaitkan dengan peribadi seseorang yang suka menampakkan kehebatan dirinya. Biasanya pemilik kediaman yang sukakan warna hitam bagi ruang mereka bersifat minimalis. Susunan ruang tamu di bawah sangat sesuai bagi anda yang sukakan warna gelap berunsurkan kayu atau warna alam. Jelas hanya dengan  kelengkapan televisyen, sofa hitam, meja sisi, dan meja antik berwarna perang seperti peti harta karun, cukup padu dalam  menciptakan suasana simple bagi penggemar citarasa warna kelam. Anda suka dengan dekorasi begini? Anda boleh realisasikan sendiri di rumah dengan Panduan Dekorasi Bajet.



RUANG MAKAN MEMBANGKIT SELERA DENGAN SUSUNAN MENARIK

Ruang makan tidak kurang pentingnya. Jika kita rasa ruang ini tidak perlu diambil kira sebenarnya pandangan ini salah. Saya percaya kita akan lebih 'berselera' dan selesa tatkala menikmati hidangan makanan dengan hiasan meja yang menarik dan lengkap seperti dalam gambar di bawah. Lihat sahaja kombinasi warna hitam, putih dan biru muda serta pasu bunga oren di tengahnya. Saat menikmati hidangan pasti menjadi pengalaman yang cukup menyelerakan.




RAK HIASAN PENCETUS IDEA & INSPIRASI


Merah, hitam dan putih adalah gabungan warna yang cukup serasi. Saya sendiri sukakan warna tiga serangkai sebegini. Rak berwarna putih mutiara sekadar dihiasi dengan beberapa frem gambar dan objek comel yang menimal bagi menimbulkan efek relax bagi mata memandang. Ini adalah contoh hiasan untuk mereka yang pentingkan kebersihan dan mahukan ruang yang luas.


PERCUMA E-BOOK '30 BARANG MESTI BELI UNTUK KEDIAMAN ANDA'



Untuk mencipta sebuah kediaman yang menarik sudah tentu kita perlukan panduan dan idea supaya apa yang kita lakukan tidak tersasar jauh. Tahukah anda setiap pelaburan yang anda berikan terhadap perabot dan aksesori berbaloi dan boleh tampak menarik dengan tip yang hebat dari seorang pakar dekorasi. Mungkin sedikit informasi seperti barangan mesti beli dan barangan sampingan boleh membantu anda lakukan 'deko-deko' sendiri bersama pasangan dan ahli keluarga. Sebenarnya jika anda mahu tahu memang ada 30 jenis barang mesti anda beli untuk mencipta kediaman menarik. Antaranya sofa, karpet, lampu, langsir, meja sisi,meja kopi dan banyak lagi akan anda ketahui dalam e-book Dekorasi Bajet.

ūüĎČ Jangan lupa jika anda dapatkan e-book ini segera anda akan dapat bonus dua  e-book iaitu 15 Idea susun atur ruang tamu dengan perabot sedi ada dan juga  templet tema dekorasi dan banyak lagi. Jom beli sekarang!

Selamat Dekorasi!

    "Happiness Is Homemade"

    No comments:

    Post a Comment

    Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!