Bagaimana Menjadi 'Ghostwriter' Hebat - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 2 June 2017

Bagaimana Menjadi 'Ghostwriter' Hebat



Ghostwriter.
Sudah terang lagi bersuluh ia bermaksud 'hantu penulis'. Bagaimana ia boleh berlaku? Adakah disebabkan si penulis sudah meninggal dunia dan bertukar menjadi hantu?

Betulkah? Oh tidak....'Penulis Upahan' lebih tepat. Apa maksud ini semua. Cuba Madam terangkan dengan lebih jelas. Cerita sebenarnya seperti ini.

Anda boleh buat duit menjadi ghostwriter dengan cepat dan hebat seperti mereka yang sudah masyhur di luar sana.

Jom kenali ghostwriter sekiranya anda belum kenal dan mahu kenal secara lebih mendalam sebelum jadi salah seorang dari mereka.

Ghostwriter adalah 'penulis upahan' di dunia nyata. Ada juga yang menggelarkan mereka ini sebagai 'penulis hantu'. Bukan penulis bagi genre cerita hantu tetapi penulis yang kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis itu bagi sesebuah karya. Sebagai seorang manusia biasa dengan tugasnya menulis kerana sudah diupah menjadi penulis maka penulis upahan ini boleh dianggap sangat 'special'. Menulis dengan cara yang bagaimana? Seorang penulis yang diupah untuk menulis sesuatu sehingga selesai contohnya buku , manuskrip, skrip filem, ucapan, artikel, lagu, entri blog, cerita, laporan, atau ayat-ayat lain yang secara rasmi dikreditkan atas nama individu lain. Bukan dirinya.

Baik...setakat ini semua orang faham.
Dan ada berita baik untuk anda yang berminat menjadi ghostwriter Malaysia.
Sebenarnya ada tiga cara cepat menjadi ghostwriter.

Apa yang Madam tuliskan di bawah adalah 100% maklumat dari Tuan Zamri Mohamad pemilik Kursus Penulisan Dot Com yang Madam terima menerusi emel dan beliau sedang membuka peluang kepada ghostwriter baru menjadi hebat dengan cara cepat.

Tuan Zamri Mohamad sudah berikan tawaran di bawah.
Jom baca! Kalau berminat mendaftar sahaja.


GHOSTWRITER MALAYSIA ADA TIGA JENIS

Ghostwriter Telaga Emas

Ghostwriter yang bagus, apabila projek masuk tak menang tangan. Habis satu projek, buat satu lagi projek.
Sampai satu keadaan perlukan kumpulan penulis.Mereka menulis sepenuh masa dan kerap berada dalam majlis keramaian industri tertentu bagi mendapatkan klien.

Antaranya seperti penulis bernama Puan Iera Yusof.

Ghostwriter Kad Tilik

Ghostwriter yang tidak membina disiplin menulis. Tidak pula pergi ke mana-mana kelas penulisan bagi menguasai format. Mereka menawarkan diri kerana percaya menulis itu mudah berdasarkan pengalaman di sekolah, universiti dan tempat kerja. Mereka mencuba nasib dan menjadikan klien sebagai eksperimen pasaran.

Ghostwriter Tukul

Ghostwriter yang asalnya menulis genre tertentu. Dia membuka pasaran berdasarkan kemahiran menulis genre tersebut. Misalnya, seorang penulis buku bisnes juga menulis buku bisnes atas nama orang lain. Mereka membesarkan sumber pendapatan daripada kemahiran sedia ada.

Bagaimana ketiga-tiga ghostwriter dibayar?

Ketiga-tiga kategori ghostwriter ini dibayar berdasarkan kadar profesional berbeza meskipun mendapat projek yang sama. Kadar pembayaran ditentukan berdasarkan kemahiran yang dimiliki, jumlah pendedahan terhadap kategori yang ditulis, latihan menulis bagi tujuan profesional yang pernah diambil, rekomendasi dan kualiti penulisan itu sendiri.

Bagaimana mahu bermula?

Pada 10 Jun ini Bengkel Ghostwriter, Dari Dua Angka Menjadi Lima Angka bagi memenuhi keperluan kumpulan berikut.

Menjadi Ghostwriter untuk Ghostwriter Telaga Emas
Menyediakan ghostwriter yang bagus untuk membantu ghostwriter lain dalam mengendalikan projek klien. Jika dapat projek, tahulah mereka mahu buat apa.

Menjadi Ghostwriter Baharu Tetapi Dilihat Mahal

Membantu ghostwriter baharu bermula kuasai sembilan perkara yang berlaku dalam industri profesional ini. Ghostwriter pula dilihat sebagai orang yang mahal pada mata klien.

Bertukar Dari Penulis Buku menjadi Ghostwriter Topik Tertentu

Menaikkan peluang penulis buku sedia ada menjadi ghostwriter dalam kategori yang dimahukan dengan menguasai kemahiran mencipta pasaran sendiri. Jika mahu menjadikan perkataan kita dibayar dan dilihat mahal pada mata klien, kita bertemu pada 10 Jun.

Belajar membina bisnes daripada perkataan daripada ghostwriter, Puan Iera Yusoff.
Dalam tiga kategori di atas, beliau ghostwriter situasi pertama.

Mula bertindak klik di sini sebelum hari Jumaat, > subscribepage.com/ghostwritermalaysia

Kita bertemu di sana.

p/s Kelas ini tidak diadakan di luar Kuala Lumpur.
p/s/s Hanya 11 tempat tinggal. Mendaftar di sini.
p/s/s/s Lihat 9 perkara menjadi ghostwriter, klik di sini.


Tawaran Lain Berkaitan Aktiviti Kaya Kerana Menulis Terbaru Terhangat Di Pasaran :
Produk Buat Duit Dengan Menulis



No comments:

Post a Comment