Dasyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 5 June 2017

Dasyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa



Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Satu kerugian bagi kaum muslimin apabila menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan membaca doa berbuka puasa.

Doa Mustajab Ketika Berbuka
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita luangkan beberapa minit yang ada sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Jom kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan Doa Yang Baik Ketika Berbuka Puasa
1. Bertambah iman.
2. Sihat tubuh badan.
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Dikurnia anak yang soleh/solehah.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Diampunkan dosa.
12. Anak-anak yang berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Bertemu Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat untuk semua.
In syaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!