17 Persediaan Penting Sebelum Anda Nekad Berhenti Kerja Untuk Memulakan Bisnes - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 11 July 2017

17 Persediaan Penting Sebelum Anda Nekad Berhenti Kerja Untuk Memulakan Bisnes



Penulis: Firdaus Yasin

  1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan ( Untuk kegunaan perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain).
  2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada dengan segera.
  3. Sebaik-baiknya anda telah ada kelengkapan asas seperti rumah dan kereta.
  4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.
  5. Buat bisnes secara sambilan dahulu selama 6 bulan. Jika pendapatan bersih daripada bisnes 3 kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan untuk berhenti.
  6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.(Anda boleh mempertimbangkan untuk membuat pinjaman sekiranya bisnes sudah stabil untuk tujuan memperkembangkannya).
  7. Kenal pasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?Banyak duit bermaksud anda kaya sendiri. Tetapi kaya-raya bermaksud mempunyai legasi perniagaan yang boleh diwariskan kepada ahli keluarga.
  8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab itu perlu ada simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, anda punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.
  9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh).
  10. Untuk berjaya, kena berkawan dengan orang yang berjaya. Oleh itu, pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.
  11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.
  12. Dapatkan restu daripada ibu bapa atau pasangan (suami/isteri) agar mendapat keberkatan. Ini sangat penting kerana redha mereka adalah sumber kejayaan kita.
  13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi).
  14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.
  15. Sebelum ambil sebarang risiko, pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko yang ada.
  16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.
  17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.

1 comment:

  1. Ya betul tu. Jika persediaan tak cukup mantap, tak mustahil satu masa nanti terpaksa bekerja dengan majikan semula dan terpaksa mula semula dari bawah

    ReplyDelete

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!