C20 Bisnes Burger Penuh Kasih Sayang - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 28 July 2017

C20 Bisnes Burger Penuh Kasih Sayang


 BAGAIMANA CARA PALING OHSEM UNTUK MULAKAN BISNES BURGER SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL ANDA?

Soalan pertama:  Anda penggemar burger ? Bahasa paling mudah ... suka makan burger?
Soalan Kedua: Adakah anda seorang peniaga burger yang berjaya lagi kaya raya kerana bisnes burger?
Dua soalan ini berbeza tapi mustahak untuk kita faham kerana jika anda suka makan burger belum tentu anda peniaga burger bukan? Dan mungkin juga anda ini antara yang sudah 'bosan' dengan burger sebagai makanan santai kerana anda memang seorang usahawan burger yang berjaya di Malaysia.
Eh...boleh ke 'hidup' atau survive dengan menjual burger tepi jalan? Kalau dulu memang orang kebanyakkan termasuklah kita pandang sebelah mata pada gerai burger. Tapi bila teringin dan mengidam beli juga bukan?

Kali ini madam nak kongsikan satu bisnes burger milik seorang brader yang memang gentle bila berurusan dengan pelanggan terletak berdekatan dengan kediaman madam. Boleh dikatakan dalam sebulan kami mesti beli burger di kedai C20 (madam suka sebut C Twenty) Sebab apa ?
Sebab penuh dengan kasih sayang! 

BURGER SEDAP PENUH KASIH SAYANG

Anda lihat sendiri tagline burger paling hot di Bandar Satelit Islam PT yang popular dengan nama Abe Yei menggunakan frasa positif, menarik dan mudah ingat berbunyi 'burger sedap penuh kasih sayang'. Hmmm... ini satu tip kalau anda berminat nak mula bisnes pastikan guna ayat yang molek dan menawan hati pelanggan. Baru ohsem!



TERIMA PESANAN (ORDER) SECARA ONLINE

Sekarang semua benda nak cepat dan ringkas. Bisnes burger pun boleh order guna talian. Contohnya Brader Yei memang menerima tempahan menerusi fon. Bagi yang sudah biasa dengan C20 mesti perasan yang Brader Yei siap guna handsfree supaya mudah menjawab pesanan pelanggan setia. Biasanya yang buat pesanan begini jenis yang nak cepat juga ... pesan setengah jam awak kemudian datang ambil burger yang dah siap bungkus. Tak perlu ikut giliran. Sebab pelanggan sangat ramai setiap malam. Pelanggan yang datang luar kawasan BSI pun ada. Malahan pesanan berpuluh-puluh burger dari seorang pelanggan pernah berlaku.Hmmm..amacam canggih dan kreatif sungguh brader Yei!

Amacam readers ? Hebat penangan burger C20. Mahu jadikan burger sebagai karier? Part time di kawasan hotspot sendiri? BOLEH!


BUAT DUIT 5 ANGKA DENGAN BISNES BURGER

Nak tahu semua rahsia buat burger best? Semuanya dibongkarkan satu persatu dalam ebook Rahsia Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger.

Siapa tahu dengan khatamnya anda ebook ini anda diberi 'hidayah' supaya memulakan bisnes burger 'penuh kasih mesra' pula di sekitar perumahan anda. Who knows???

5 Angka sebulan? Paling sedikit RM10,000 baru boleh jadi 5 angka. Maknanya kalau kena cara yang betul anda boleh buat duit dengan jual burger je tau. Tapi sebelum mula mesti kena ada ilmu. Cuba reka kelainan sikit dengan burger anda. Supaya orang ingat sampai bila-bila sebab sedap sangat. Macam burger Brader Yei rahsia dia menggunakan bawang goreng yang harum dan 'tak kedekut' letak variasi sos atas dan bawah burger. Hasilnya? Mengujakan sesiapa sahaja yang 'ngaaappp' burger beliau. Tak percaya lihat gambar di bawah yang madam kongsikan iaitu Burger Oblong Ayam. Burger kambing pun ada. Bahkan Burger Kahwin pun ada bos!

Baiklah itu sahaja madam kongsi hari ini. Jumpa lagi semua. Tralalalala!






1 comment:

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!