Demi Tanah Yang Bertuah Malaysia! - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Thursday, 31 August 2017

Demi Tanah Yang Bertuah Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa !

Pagi ini sebaik Madam klik pada tab komputer dan menaip G.o.o.g.l.e terus disajikan dengan halaman Google Malaysia seperti di atas. Hari ini 31 Ogos dan bagi negara bertuah bernama Malaysia angka ini adalah tarikh keramat dan bermakna. Adakah yang tidak tahu mengenai Hari Kemerdekaan di sini? Oh harap-harap tidak ada. Madam percaya semua individu dengan warganegara Malaysia sedar dan alert tanggal 31 Ogos setiap tahun di mana jua kita berada.


Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017


Bersempena tahun ini tema yang dipilih adalah 'Negaraku Sehati Sejiwa'. Semoga kita semua rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal kerana berbilang bangsa, kaum, dan agama akan sentiasa 'Sehati & Sejiwa' dalam apa jua bentuk perjuangan demi mempertahankan maruah negara dan kemerdekaan yang kita kecapi.

Terima kasih kepada pejuang-pejuang anak bangsa terdahulu yang berusaha dan berkorban 'Sepenuh Hati Jiwa & Raga' demi memerdekakan negara satu ketika dahulu. Klik untuk baca maksud disebalik tema.




Himpunan Poster Hari Kemerdekaan dan Mini Flag Merdeka

Menarik kali ini laman Sistemguruonline ada menyediakan bahan kreatif untuk sumber para guru Malaysia. Jangan lupa dapatkan Poster mewarna Kemerdekaan dan Mni flag merdeka untuk kegunaan gnerasi muda anak bangsa agar mereka dapat meluahkan rasa bangga sebagai pelapis negara kelak.


Jom Dengar Tema Hari Kebangsaan 2017




Aku Negaraku

Madam memang suka kaitkan sesuatu dengan lagu. Kalau anda perasan pada 2016 Lagu Sehati Sejiwa yang dibawa oleh Alif Satar menjadi siulan. Tahun ini kita disajikan dengan Lagu Aku Negaraku ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis Shazree Ishak dengan penampilan istimewa Hafiz Suip dan Jaclyn Victor.



Hadiah Kemerdekaan Paling Bermakna Dengan Malaysia Juara Sukan SEA 2017


Oh ya sebelum terlupa ....Tahniah kepada team kontinjen Malaysia Sukan SEA yang berjaya menjadi juara keseluruhan dengan keseluruhan  pingat sebanyak 323. What a blessing. Everyone is amazing.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2017 !

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!