"Dining In" Ketua Polis Kelantan 2017 - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Tuesday, 15 August 2017

"Dining In" Ketua Polis Kelantan 2017





14 Ogos 2017
8:00 malam
Dewan Bunga Mas
Hotel Perdana Kota Bharu

Assalamualaikum & salam ceria ...

Malam Mess atau Mess Night dihadiri Pegawai Kanan PDRM adalah satu majlis tradisi penuh istiadat dan protokol. Malam Mess ialah jemputan khas untuk pegawai sama ada hadir berseorangan atau bersama pasangan. Majlis formal ini penuh istiadat dengan protokol berlangsung dengan hadirin mesti berkelakuan sopan termasuk menjaga kekemasan dari segi penampilan pakaian, adab makan, serta bual bicara sesama pegawai/hadirin.

Semalam berlangsung satu lagi Malam Mess bagi sesi 2017 bertempat di Dewan Bunga Mas Hotel Perdana, Kota Bharu bagi  menyambut kepimpinan baru YDH DCP Dato' Hasanuddin Bin Hassan sebagai Ketua Polis Kelantan.


Bagi Madam yang baru pertama kali hadir majlis dan acara lengkap dan hampir sempurna. Sebaik tiba di ruang legar dewan utama pasangan (isteri) 'dihadiahkan' sekuntum bunga mawar. Simbolik yang Madam sendiri tidak pasti mungkin lebih kepada sebagai tanda penghargaan kerana sudi hadir bersama suami.

Kemudian kami dijemput masuk kerana majlis akan bermula bila-bila masa sebaik sahaja tiupan Bugler dibunyikan. Selepas SI Mes melapor kepada Yang DiPertua Mes meminta izin memulaakan majlis maka Gong dipalu seberapa ketika menandakan semua hadirin mengambil tempat dan berdiri di belakang kerusi masing-masing. Tiupan nafiri berbunyi. Dan lagu 'Negaraku' dimainkan dan semua hadirin berdiri.


Acara pembuka dimulakan persembahan tarian "Cinta Sakti Asmaradana" oleh Artis Tari Jastera Entertainment. "Sang Saka Biru" bendera rasmi PDRM mula diarak masuk ke dewan sebagai tanda majlis protokol bakal berlangsung. Kemudian lampu dewan dimalapkan dan lilin dinyalakan sebentar bagi acara khas dengan 'Minuman Khas' berperisa Anggur tersedia di atas meja sebagai minum ucap selamat.

Apa yang Madam masih ingat adalah....

Yang DiPertua Mess mengetuk meja tiga kali dan memanggil "TUAN NAIB" (Pegawai Termuda) di meja makan beradab.

Tuan Naib berdiri dan berkata "YDH DATO', YBHG DATIN, TUAN-TUAN, & PUAN-PUAN SILA BERDIRI BERSAMA SAYA" (Semua hadirin bangun dan bersedia).

Tuan Naib berkata "MINUM UCAP SELAMAT KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG " (Lagu Negaraku dimainkan separuh).

Apabila selesai lagu Negaraku dimainkan Tuan Naib mengangkat gelas dan diikuti hadirin sambil menyebut "SERI  PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG" lalu minum. (Yang DiPertua Mess duduk diiukuti hadirin).

Yang DiPertua Mess mengetuk meja 3 kali dan berkata " DATO-DATO  , DATIN-DATIN, TUAN-TUAN & PUAN-PUAN" SILA BERDIRI BERSAMA SAYA (Semua hadirin berdiri dan mengangkat gelas masing-masing).

Yang DiPertua Mess berkata sekali lagi" MINUM UCAP SELAMAT KEPADA RAJA-RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI" (Semua hadirin menyebut "RAJA-RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI"  sambil minum.

Yang DiPertua Mess duduk dan diikuti oleh semua hadirin.

Lampu dewan diterangkan semula dan lilin dinyalakan.

Jamuan makan dimulakan dan diiringi oleh Persembahan Kombo.

...and everything is history.



Rakaman Foto Di Sekitar Majlis "Dining In" Malam Mess


Berikut adalah sedikit gambar yang sempat dirakam semasa majlis berlangsung.



Menu Sajian Makan Malam 

Ini adalah antara sajian yang dihidangkan selain bubur, roti dan potongan kek. Madam ada terbaca satu blog perkongsian lain yang mengatakan pada malam ini sesi ramah mesra di antara pegawai dan pasangan merupakan agenda yang utama selain meraikan pucuk pimpinan yang baru.






Alhamdulillah...syukran.

Malam Mess yang sempurna dan meninggalkan pengalaman manis pertama kali bagi kami. Jumpa lagi di Malam /Acara / Program seterusnya di lain masa. In syaa Allah yang baik, terbaik dan menarik Madam kongsi bersama pembaca.


Takeheart & Goodnite,
Madam B

2 comments: