Kopi Mesin Yang Sungguh 'Lekker' - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Saturday, 5 August 2017

Kopi Mesin Yang Sungguh 'Lekker'


Adakah anda pecinta kopi sejati?

Rasanya penggemar kopi dan sebaliknya sama banyak di dunia ini. Entri ini untuk yang belum kenal 'erti kopi' kerana Madam mahu mengajak anda semua ayuh kita 'ngopi' sama ada hangat atau sejuk di Lekker Cafe.

Lekker satu perkataan yang diambil dalam bahasa Dutch bermaksud delicious. Namun nama Kopi Mesin dipilih sebagai nama utama untuk diletakkan di signboard bahagian luar bagi menjadikan kafe ini kedengaran local lagi common pada peminat kopi tempatan.

Pertama kali Madam menjejakkan kaki baru-baru ini di Kopi Mesin ada aura 'difference' di situ. Kafe comel  ini mungkin kelihatan biasa-biasa dari luar tapi dengan layanan pelayan yang very inviting menimbulkan rasa tak sabar nak mencuba 'si hitam nikmat' di kafe berkonsepkan minimalis sebegini.

Citarasa kopi yang 'in house brew' boleh dinikmati dengan makanan unik terpilih seperti Tuna Cheddar Cheese sandwich, Waffle Tuna Salad, atau masakan gril dinamakan Buttered Rice Chicken/Lamb Grilled. Memang sesuai sangat untuk yang sukakan suasana santai bersama rakan, teman istimewa mahupun famili.


Hasil informasi yang Madam perolehi sendiri dari kenalan yang juga salah seorang rakan kongsi Kopi Mesin membolehkan beberapa keping foto dijadikan perkongsian untuk blog Jom Affiliate 24/7 kali ini.

Jom kita lihat few pictures yang beliau sudi kongsikan bagi tatapan pembaca dan peminat setia dan bakal pengunjung Kopi Mesin yang terletak di laluan Sultan Yahya Petra Kubang Kerian Kelantan.









 Bagaimana? Teringin minum kopi extraordinary bersama teman di sini? Tak kiralah sama ada anda penggemar kopi atau baru nak kenal kopi anda mesti datang sendiri di kafe ini yang sememangnya 'Lekker'!

👋 Vaarwel!

No comments:

Post a Comment