Mari Kita Tulis EBook Sendiri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 28 August 2017

Mari Kita Tulis EBook Sendiri



Walau sehebat mana anda melakukan pemasaran di Internet, anda masih belum mampu memperoleh pendapatan yang di peroleh oleh mereka yang memiliki produk sendiri. Memiliki produk sendiri adalah kemestian di dalam dunia perniagaan internet.

Industri ebook yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit, tidak patut anda ketepikan dari perancangan anda. Anda hanya perlu menulis dan anda boleh biarkan di dalam pasaran dalam masa tertentu untuk dijual. Industri maklumat adalah industri terpantas mengalami evolusi. Jadi, maklumat anda perlulah sentiasa relevan.

Madam berikan 4 langkah mudah sebagai panduan untuk anda menulis ebook. Jom baca.



1. Buat kajian tajuk yang anda mahu tulis.


Perkara pertama yang perlu ada dalam minda atau 'bear in mind' adalah bukan menulis apa yang anda mahu tulis tetapi mula menulis apa yang orang sentiasa mahukan penyelesaian. Maka andalah orangnya yang selayak menulis dan berikan solusi menerusi informasi. Selepas anda membuat keputusan untuk menulis mengenai apa, anda lakukan kajian di internet mengenai tajuk tersebut.

Cari maklumat terbaru dan paling menarik mengenai tajuk yang sudah dipilih kemudian tuliskan ia di dalam ebook anda. Sebagai panduan, anda boleh senaraikan rumusan mengenai ebook anda sebelum anda menulis ebook anda. Contohnya anda memilih niche bayi.

Melalui niche tersebut anda boleh kecilkan skop ebook anda kepada tip pemakanan bayi. Melalui skop inilah anda melakukan kajian dan seterusnya tulis ebook berdasarkan kefahaman anda. Berdasarkan kajian, anda tulis kandungan ebook anda.

2. Jangan lupa tuliskan pendahuluan.


Selepas selesai membuat kajian, tibalah langkah pertama iaitu menulis pendahuluan. Pendahuluan akan mempengaruhi keseluruhan ebook anda. Pendahuluan juga akan mempengaruhi minda pembaca. Semasa anda menulis pendahuluan untuk ebook, anda perlu tetapkan di minda anda bahawa pendahuluan adalah untuk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai keseluruhan ebook anda.

Dalam pendahuluan, anda perlu fahamkan pembaca, apa yang bakal mereka tempuhi dan pelajari di dalam ebook anda. Beritahu mereka perjalanan ebook tersebut supaya mereka tahu bahagian mana yang mereka patut beri tumpuan sepenuhnya dahulu.

3. Fokus Idea Bagi Setiap Bab



Untuk memudahkan anda menulis, anda boleh fokus satu idea pada satu bab. Jika di dalam idea tersebut terdapat beberapa idea kecil, anda boleh wujudkan beberapa bahagian di dalam bab tersebut. Adalah lebih mudah untuk fokus pada satu idea supaya anda boleh beri yang terbaik untuk setiap topik yang anda tulis.

Satu idea untuk satu bab akan memberi struktur yang bagus pada ebook anda. Pembaca akan lebih memahami apa yang anda sampaikan . Pendahuluan ebook adalah berkisarkan keseluruhan idea manakala setiap bab pula mengandungi satu idea. Ini, akan memberi kepuasan kepada pembaca ketika membaca ebook anda.

4. Satukan semua bab dan tulis penutup


Proses terakhir menulis ebook adalah satukan semua bab dan tulis penutup. Penutup berkisarkan rumusan bagi keseluruhan idea yang ada di dalam ebook anda. Pada penutup, anda ulang semula idea utama anda. Kemudian, anda lakukan rumusan bagi setiap bab. Ini memudahkan pembaca untuk ingat kembali apa yang mereka baca di dalam ebook anda.

Selepas siap proses ini, makan ebook anda sudah siap dan sudah boleh dipasarkan kepada pengguna.

Sangat Benar Bukan?

Proses menulis ebook boleh dikatakan mudah sahaja. Apa yang penting di dalam penulisan adalah anda memberi kefahaman kepada pembaca. Jika pembaca faham apa yang anda tulis, ebook anda sudah berada dalam keadaan baik. Ebook bukan buku, jadi tiada nilai sastera di dalamnya. Anda sampaikan apa yang perlu sahaja tanpa perlu memanjangkan ebook anda dengan maklumat yang tidak berfaedah. Yang penting ebook hasil tulisan 'dakwat digital' anda mempunyai nilai dari segi solusi sosial.

Oh ya! sebelum Madam terlupa bagi yang mahu buat duit dengan menulis di rumah jom ikuti Panduan Penulis. Klik Untuk Download.

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!