Teknik Merangsang Otak Anak Semasa Hamil - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 25 September 2017

Teknik Merangsang Otak Anak Semasa Hamil


Kepada semua kaum Hawa yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk merasai sendiri pengalaman mengandungkan anak sendiri hasil perkahwinan bersama pasangan yang halal di sisi agama. Pada masa yang sama tidak dapat dinafikan bakal-bakal ibu sudah tentu mahu memiliki bayi yang sihat, comel dan bijak! Persoalannya ada banyak cara untuk dapatkan atau lahirkan anak yang sihat, pintar lagi cerdas. Mahu tahu secara lanjut anda boleh baca panduan anak pintar cerdas. Sebelum itu Madam kongsikan 10 cara merangsang otak bayi sejak dari dalam kandungan lagi.

Tip 1: Bakal Ibu Mesti Tenang
Wanita yang hamil selalu dinasihatkan supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Apa kaitan emosi dan perasaan ibu kepada bayi yang dikandung? Ibu yang mampu kawal perasaan, positif dan gemarkan suasana riang akan membuatkan bayi lebih sihat dan berkembang secara positif. Kadang-kala wanita yang sedang hamil akan menghadapi hari-hari yang kurang menyenangkan seperti sedih, terlalu gembira, atau tidak yakin diri. Adalah normal jika emosi naik dan turun atau bercelaru. Ini semua berlaku kerana tahap hormon yang sedang memuncak dan ada masa tidak stabil. Sokongan dan bantuan dari pasangan iaitu suami atau ahli keluarga mahu pun sahabat sangat diperlukan bagi menanggani selain ibu itu sendiri mesti kuat dan sentiasa fikirkan perkara yang baik demi kesihatan anak.




Tip 2:Usap Perut Dengan Lembut


Bakal ibu boleh 'bermain' dengan anak dengan kaedah sentuhan selain berbicara dari luar . Perbuatan ini juga lebih tenang jika anda dapat menyapu tubuh anda dengan minyak wangi seperti bau ros, mawar atau lavender dengan usapan membulat secara perlahan-lahan. Semua ini mampu merangsang sel-sel otak agar lebih cepat berkembang kerana menerima rangsangan luar. Lakukan dengan kasih sayang anda sebagai seorang ibu.

Tip 3: Ayat-ayat suci Al-Quran
Bagi yang beragama Islam adalah menjadi tanggungjawab ibu dan ayah memperdengarkan ayat-ayat suci semasa dalam rahim lagi. Secara  tidak langsung kita mendidik dan memberi pendedahan awal kepada anak mengenai kepentingan hidup beragama dan kitab Al-Quran sebagai panduan hidup di dunia. Alunan ayat-ayat suci ini selain mendekatkan diri kepada Maha Pencipta ia bertujuan melahirkan anak yang berakhlak, beriman, bijaksana dan cerdas seperti yang dimahukan. Antara surah-surah pilihan yang baik untuk di amalkan oleh ibu hamil adalah surah Maryam, Al-Fatihah, surah Luqman, surah Yusuf, surah Hujurat, surah Yasin, surah at-Taubah dan surah An-Nahl.

Tip 4: Perkenalkan Pelbagai Bahasa
Selain bahasa ibunda (Malaysia) dan bahasa Inggeris (bahasa global), bahasa yang baik untuk diajarkan kepada anak semasa dalam kandungan adalah bahasa Arab. Cara terbaik mempelajari bahasa Arab adalah banyakkan membaca dan memperhatikan Al-Quran.

Tip 5: Alunan Muzik Lembut Pada Masa Sesuai
Tahukah anda bayi yang berada di peringkat trimester (peringkat ke tiga kelahiran) sudah dapat mengesan bunyi-bunyi yang ada di sekitar ibu mereka dan dapat memberi tindak balas positif. Muzik yang lembut dan tidak mengganggu pasti akan membantu perkembangan bayi.

Tip 6: Bercakap-cakap Dengan Bayi Secara Lembut
Anda boleh berbicara dengan anak dalam kandungan menggunakan kata-kata yang lembut penuh dengan rasa kasih serta perhatian. Ibu boleh cuba bisikkan secara dekat dengan perut seperti anak anda dapat mendengarnya. Anda boleh katakan begini contohnya , " Sayang ini mama sedang driving...mama nak bawa sayang pergi school. Hari ini mama kena work!" Dan banyak lagi percakapan harian yang baik dan ringkas boleh anda cakapkan bersama anak anda . Jangan risau buat sahaja. Percayalah anak anda sedang dengar.


Tip 7: Senaman Ringkas Untuk Ibu

Bersenam bukan sahaja baik untuk anda tetapi untuk bayi dalam kandungan. Pilih senaman ringan yang sesuai dan relak. Cukup mudah dan paling selamat anda berjalan dan bersiar-siar di kawasan lapang dan hijau seperti taman bunga atau park. Tip keselamatan: Jangan lupa bersenam sambil ditemani orang yang dipercayai seperti suami/ibu/rakan.

Tip 8: Pemakanan Sihat Dan Bersih Untuk Ibu dan Kandungan


Makanan yang baik dan bersih yang dipilih ibu akan membantu membentuk otak janin berkembang dengan baik. Makanan sunnah sangat baik untuk kandungan yang sedang membesar. Jangan lupa mengambil madu asli, kurma, delima, kismis dan kacang badam sebagai snek di waktu lapar atau setiap kali ibu mahukan sesuatu untuk makan. Tip pemakanan sunnah: Mulakan dengan Bismillah dan selawat kepada Nabi s.a.w berserta niat yang baik untuk kandungan.

Tip 9: Melakukan Aktiviti Bersama Melibatkan Percakapan 
Bagi ibu yang suka membaca, ini adalah peluang terbaik mendekatkan anak dengan aktiviti ilmiah seperti membaca buku sirah Nabi, tokoh-tokoh sufi, sang kancil atau cerita kanak-kanak yang menarik untuk diperdengarkan. Maknanya anda boleh katakan begini," Mama nak bacakan tentang kisah Rasulullah untuk anak mama. Anak mama nak dengarkan?"  Selain itu jika anda suka menonton televisyen pastikan ada masanya anda memasang saluran keagamaan , motivasi, ceramah, atau bacaan Al-Quran.

Tip 10: Melakukan Isyarat Mudah
Bakal ibu digalakkan menepuk lembut perut anda seperti di bahagian atas, kanan dan tepi perut. Anda boleh tekan perlahan bagi melihat reaksi bayi yang berusia 7 bulan ke atas. Aktivi ini boleh dicuba pada waktu siang, malam atau apabila anda bersiar-siar di pasaraya. Lihat dan perhatikan apa yang bakal bayi anda balas sebaik anda membuat sentuhan sebegini.



No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!