Kidzooona AEON Fantasy Kota Bharu - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Wednesday, 15 November 2017

Kidzooona AEON Fantasy Kota Bharu


KidzoOona adalah salah satu tempat bermain (indoor concept)  yang boleh kita rasai pengalaman bermain sambil belajar bersama anak kecil. Sangat sesuai bagi ibu bapa yang sukakan peluang bermain dan berinteraksi bersama si kecil terutama berusia 1 hingga 5 tahun dengan ketinggian tidak lebih 135sm.

Kidzooona adalah hasil gabungan dua perkataan iaitu 'kid' dan 'kizuna' satu perkataan Jepun yang bermaksud ikatan atau hubungan antara manusia. Bagi Kidzoona sudah tentu ia ditujukan kepada perhubungan di antara ibu atau bapa dengan anak-anak. Dan dalam bahasa Inggeris pula ia memberi maksud bond and connection between people. Lebih kurang begitu.

Bagaimana Menyertai Kidzooona

Bagaimana untuk masuk dan bermain? Harga yang ditetapkan adalah mengikut si kecil sahaja iaitu RM12 (weekday) dan RM18 (weekend/public holiday/school break) . Sebelum masuk ibu / bapa mesti mengisi satu borang khas dengan nama anak dan nama sendiri diikuti tandatangan selepas membaca segala terma dan syarat. Syarat yang mesti dipatuhi adalah dimestikan memakai stokin termasuk penjaga. Hmmm. Dan sebelum melangkah masuk, staf mereka akan cop tangan anak kita dengan pengecop khas dengan barcode yang invisible. Ini bertujuan mengesahkan pembayaran sudah dibuat dan sekiranya mahu keluar dan masuk semula. Maknanya kita boleh Out dan In semula bila-bila masa dalam  tempoh hari yang sama.

Masa Bermain Masa Bergembira
Terdapat banyak jenis permainan yang sesuai untuk anak kecil yang sedang membesar dan sangat curious seperti Anas anak saya sendiri. Tahun ini Anas sudah mencapai 1 tahun 5 bulan. Tahun yang sangat menyeronokkan bagi si kecil Anas untuk play, explore dan learn. Hampir dua jam kami berada dalam ini. Oh ya! Mahu tahu apa yang ada di dalam? Anda akan jumpa slider, ball-poll, role play in town, blocks, toy corner, kinetic sand, rolling ball (so big), dan banyak lagi.



Akhir sekali, kami mahu berkongsi informasi yang sempat dirakam sepanjang di Kidzooona. Ada banyak lagi momen yang saya rakam bersama anak, tetapi cukuplah ini sahaja untuk tatapan anda untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di dalamnya bagi yang belum pernah ke sana. Apa lagi? Jom bawa anak-anak anda ke sini dan 'feel the rhythm'. Hehehe. Ennnnnjoyyyy!







 
Naskah Setelah Bergelar Ibu 
Itu sahaja perkongsian kali ini setelah sekian lama Mama Anas tidak berkongsi di sini kerana 'sibuk' menyiapkan naskah pertama setelah bergelar ibu. In syaa Allah naskah tersebut dalam bentuk ebook. Sekarang ini dalam fasa editing. Kepada yang berminat mahu tahu apakah yang ada dalam naskah pertama Mama Anas...tunggu ya! 
In syaa Allah...the best is yet to come!


Kami balik dulu ya! Anas tak penat pun...yang penting mama penat. Ta-Ta.

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!