Bagaimana Berhibur Sambil Belajar Bersama Si Kecil Di Rumah - Jom Affiliate 24/7

Latest

Friday, 15 December 2017

Bagaimana Berhibur Sambil Belajar Bersama Si Kecil Di Rumah


Assalamualaikum. 

Entri kali ini saya bawakan kepada anda yang berminat dengan lagu kanak-kanak berbentuk hiburan sambil belajar. Hiburan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Ramai saya lihat ibu bapa membiarkan sahaja anak-anak mereka yang masih kecil menggunakan aplikasi YouTube dan apa yang ada dalam smartphone kepada si kecil. Tidak kira di rumah atau di luar rumah seperti di tempat makan (restoran). Jika dikaji semula sebenarnya cara ini salah. Tetapi oleh kerana majoriti ibu bapa atau orang dewasa zaman sekarang memilih untuk memberikan gajet kepada si kecil mereka maka pastikan anda memberikan yang terbaik!




Kecanggihan teknologi yang berlaku turut membuatkan cara dan gaya berhibur semakin mudah, cepat dan menjimatkan masa. Bagi yang masih mencari apa koleksi animasi yang sesuai untuk tontonan anak-anak di rumah boleh lihat apa pilihan saya sebagai alternatif  yang menjimatkan kuota Internet smartphone secara tak langsung.

Kita mesti dapatkan hiburan yang baik-baik lagi bermanfaat untuk jangka masa panjang demi anak-anak.

Sama seperti kita dulu, tiba masanya kita mahukan sesuatu untuk berhibur. Biasanya pilihan seperti  kartun berbentuk animasi menjadi kegemaran kanak-kanak. Begitu  juga anak-anak kita. Jangan kita nafikan apa yang mereka mahu dengar dan suka lihat kerana anak-anak berhak mendapat panduan serta tunjuk ajar dari kita semasa menonton rancangan kegemaran mereka. Yang penting kita pilihkan untuk mereka bukan mereka yang mencari sendiri di laman YouTube.

Generasi cilik kini tidak mahu Mickey Mouse, Pink Panther , Tom & Jerry.

Kartun zaman kita dahulu tidak sama lagi dengan kartun zaman sekarang. Hasil kajian dan pemerhatian saya, anak-anak zaman sekarang mahukan animasi moden seperti Boboiboy, Super Wings, Robocar Poli, Larva, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin, Tobot, Thomas & Friends, Boing, Omar & Hana, Cerita Aki, Didi & Friends dan banyak lagi yang terbaru.

Jom saksikan apa yang saya ada untuk perkongsian bersama untuk si kecil alaf baru!


19 Video Abees Kidz



Jom zikir! Kesemua lagu adalah berkonsepkan islamik untuk kanak-kanak. Video lagu (HD) sangat mudah dan menarik untuk anak-anak ikuti dan hayati. Lagu-lagu termasuk zikir harian dan juga doa harian untuk amalan.




13 video menarik Alif & Sofia



Lagu-lagu Alif & Sofia antara yang menjadi pilihan anak-anak. Antara yang best adalah twinkle syahadah, 25 rasul, sayang Allah, alif ba ta dan banyak lagi yang anda mesti dengar bersama si kecil di rumah. Mereka boleh belajar asas keindahan Islam sambil menyanyi bersama Alif & Sofia.

16 Video Cerita Aki
Aki  bercerita mengenai haiwan dalam hutan. Penghuni hutan terpilih seperti ayam, beruang, buaya, gajah, harimau, kancil, tupai, monyet, semut, musang, kera, anjing, belalang, kerbau, singa dan arnab. Anak-anak mesti dengar apa yang Aki nak cerita. 


58 video lagu Didi & Friends (Vol:1-4) Termasuk Segmen


Kesemua koleksi lagu-lagu yang menjadi pilihan si kecil. Terlalu banyak untuk saya tuliskan kesemua tajuk lagu di sini. Bagi yang belum ada koleksi dan mahu dapatkan dalam bentuk digital (HD) untuk tontonan anak di rumah ini antara yang terbaik.

Iman & Sara


Mungkin ada yang belum biasa dengan animasi Iman & Sara. Kesemua lagu sebanyak 18 video juga berkonsep Islamik. Antara yang best adalah Zikir amalan dan Saya sayang Nabi!


Malaysian Fairy Tales


Video kisah dongeng zaman dahulu yang menarik dalam bahasa Melayu. Bagi kanak-kanak perempuan mungkin Rapunzel, Sleeping Beauty, Thumbelina menjadi pilihan selain Itik yang hodoh, Jack dengan pokok kacang ajaib, Tikus bandar tikus desa, dan Kisah singa dan tikus.


8 Video Nasihat Aki


14 video Nasihat Opah



Antara koleksi video nasihat Opah yang mesti anak-anak tonton sebagai teladan, Antaranya adalah langkah pertama, batu kisar, bersyukur, cita-cita , hargai duit, ingat orang lain, jangan lambat berbuka puasa, pentingnya bersahur, tip sebelum terawikh,  jangan tinggal terawikh,  rahmat hujan, sayangi kucing, dan sunat.


18 Video Omar & Hana 



Kesemua 18 video lagu popular bermula dengan Alhamdulillah hingga yang terkini Mari Berusaha, Insya Allah, Berbaik dengan jiran.

15 Video Pada Zaman Dahulu


Antara video yang menarik adalah kisah ayam dan helang, sang kancil & kerbau, sang kancil mengira buaya, sang kancil & perigi buta, sang kancil & gergasi.

10 Video Upin & Ipin (Mari Mengeja)



Dalam video ini mengajak anak-anak belajar mengeja bersama Upin & Ipin. Ada 10 video pendek semuanya seperti mari mengeja perkataan dalam kategori sayuran, kenderaan, haiwan, buah, dan banyak lagi. Semua bagus untuk si kecil yang berminat untuk belajar mengeja.


22 Video Upin & Ipin (Lagu)


Dalam koleksi sekitar 20 lagu terbaik dan popular yang pasti menjadi kegemaran si kecil. Menyanyi, menari  dan bergembira bersama si kecil pada bila-bila masa. Si kecil terhibur kita juga gembira!

14 Video Voice of Ummi


VoU adalah kumpulan cilik di bawah didikan penyanyi Nora. Lagu yang mesti dengar dan hayati adalah erti surah Al-Fatihah dan Bismillah.

Simpan Kesemua Koleksi Lagu Terbaik Di Rumah

Untuk mendapatkan kesemua lagu pilihan cadangan di atas anda boleh hubungi menerusi:

Madam B
bibinormi@gmail.com
01132214176



No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!