Belajar Buat Blog Asas Affiliate Bersama Madam B - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 24 December 2017

Belajar Buat Blog Asas Affiliate Bersama Madam B


Assalamualaikum & hai semua!!!

Apa khabar semua terutama wanita yang disayangi dan dikasihi.

Berita baik untuk anda kaum hawa dari Madam B.

Saya mahu berkongsi mengenai cara buat blog di bawah platform percuma hosting bersama anda yang berminat nak ada blog tapi sehingga sekarang belum ada. Hmmmmm...sounds good huh? Sangat mudah untuk ada blog sendiri kerana saya bercadang mahu berkongsi apa yang saya ketahui selama ini tidak lama lagi.

Blog dan penglibatan wanita.

Blog dalam negara kita saya dapati masih di dominasi kaum Adam. Bagaimana dengan Hawa? Masih berada di tahap kurang berminat. Namun ada wanita yang saya ketahui sangat aktif berkongsi ilmu. Wanita tersebut tidak lain tidak bukan blog Kak Su yang begitu informatif. Saya suka...saya suka! Syabas pada Kak Su yang disayangi semua.

Madam B dan pengumuman penting. Apakah?

Baiklah jom kembali topik entri. Hari ini saya mahu buat satu pengumuman penting mengenai kelas belajar buat blog yang sangat asas kepada wanita yang berminat. Siapa yang saya mahu bantu untuk saya kongsikan sedikit ilmu tentang cara buat blog? Bagaimana kita nak cipta satu blog yang juga boleh buat duit? Kalian yang bernama wanita dan ibu yang saya kira bekerja di rumah dan berada di rumah sepenuh masa boleh sertai ini. Jika cikpuan boleh membaca, berdepan dengan komputer / laptop serta serius mahu miliki sebuah blog (at least) boleh sertai kelas yang akan saya jalankan tidak lama lagi.


WhatsApp Madam B 011-32214176.

From nobody to somebody.

Kelas ini sangat istimewa. Special . Untuk wanita dan zero knowledge dalam aktiviti blogging sahaja dibenarkan sertai. Madam B hanya akan tunjukkan cara buat blog pertama dan bagaimana komponen gajet itu berperanan kepada kita.


Siapa Madam B? Madam B buat kelas blog?


Madam B merupakan bekas petugas Pusat Internet 1Malaysia cawangan negeri Kelantan satu ketika dahulu. Dengan pengalaman 5 tahun dalam dunia internet, blogging dan dot com Madam B pernah kendalikan kelas blog bersama komuniti luar bandar pada 2011-2014.

Ya! Sudah lama saya fikirkan untuk berkongsi ini semua.  Kini tiba masanya sempena 2018 bakal tiba. This is the time!



Apa yang anda akan pelajari dalam kelas Basic Blog For Newbie Ladies?

  • Cara buat dan hasilkan blog pertama sangat mudah.
  • Kenali fungsi setiap gajet asas Blogspot sediakan. Drag & drop.
  • Cara masukkan semua elemen gajet ke dalam layout dan susun comel-comel ikut kesukaan anda. 
  • Cara tulis entri/post pertama.
  • Cara masukkan (upload) imej sendiri atau dari imej website lain.
  • Tadaa! Siap satu blog.

Bagaimana dengan Basic Affiliate Blog For Ladies?

Boleh!!! Kita hasilkan dulu blog kemudian kita akan belajar pula cara nak daftar dengan agen produk digital terkemuka popular saat ini dan lihat bagaimana kita boleh belajar buat duit dari situ. Sekali lagi dengan izin Tuhan. Biiznillah.



Man Jadda Wa Jada.

We will make it dengan izin Tuhan ya! Yang penting kita belajar dan yakin boleh hasilkan blog sendiri hasil usaha dan kreativiti sendiri.


Itu sahaja buat masa ini info ringkas dari saya. Untuk tahu lanjut hubungi saya sendiri. Segera tau!