E-Book 'Hamil Anak Pertama' Mengenai Pengalaman Hamil Kali Kedua Selepas Ektopik - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Wednesday, 6 December 2017

E-Book 'Hamil Anak Pertama' Mengenai Pengalaman Hamil Kali Kedua Selepas Ektopik


Tajuk kali ini panjang dan detail sedikit. Imej pun sedikit ngeri dan menyeramkan , sesuai dengan pengalaman dan kesakitan yang dirasai satu ketika dahulu.

Ektopik!

Ini komplikasi kehamilan bagi wanita. Wanita yang hamil kali pertama atau sesiapa sahaja tapi bermasalah kerana janin tidak berada (menempel) dalam ruang rahim (uterus). Ingat lagi semua semasa zaman sekolah dahulu kita sudah belajar dalam subjek Sains atau Biologi serba sedikit tentang organ pembiakan lelaki dan perempuan yang melibatkan testis, ovari dan uterus. Ini antara terma penting dalam subjek berkenaan. Saya masih ingat sebab saya memang 'budak sains'!

 
Berbalik pada topik dan tajuk.

Apa maksud ektopik? Ektopik ini adalah bahasa saintifik yang digunakan dalam perubatan. Dalam kata lain 'luar rahim'. Ini hanya berlaku pada wanita hamil. Lelaki sila jangan risau.




Dan julung kalinya, pertama kali dalam hidup saya akhirnya sedia berkongsi apa yang saya alami semasa ektopik 2015. Ikutkan hati saya sudah mahu lupakan ini semua. Tetapi ada faktor lain yang membuatkan saya willing to share dengan anda with an open heart. Kalau mahu tahu secara lanjut anda kena baca edisi penuh Hamil Anak Pertama yang saya compile dalam bentuk e-book.

Untuk makluman naskah pertama dengan 130++ mukasurat ini mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Dengan bantuan seorang mentor online dan rakan-rakan e-book lain yang banyak memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupakan kepada suami yang memahami apa yang saya sentiasa inginkan selama ini. Terima kasih semua!

Apa itu e-book?

E-book (electronic book), adalah buku di dalam bentuk softcopy berformatkan Pdf. Apabila anda membeli e-book ini, ia akan dihantar ke e-mel dan anda perlu muat turun ke komputer atau smartphone.


Mengenai Ektopik


Selain pengenalan secara ringkas mengenai diri saya sekitar 2014 - 2016, dalam bab 2 saya menceritakan tentang segalanya mengenai ektopik yang anda perlu tahu. Semua info adalah asli tentang apa yang saya alami bersama tambahan fakta hasil kajian perubatan sebelum ini. Paling penting ada info tentang apakah simptom ektopik, cara mencegah ektopik daripada berlaku dan bagaimana nasib wanita ektopik untuk kehamilan seterusnya.

Hamil Semula



Dalam bab 3 kita akan lihat apakah itu kehamilan berisiko tinggi pada wanita. Siapakah wanita yang berisiko itu? Dan RAHSIA saya hamil semula dalam masa beberapa bulan dengan SEBELAH FALLOPIO. Apakah kaedah yang kami usahakan bersama untuk membolehkan peluang hamil lebih tinggi. Dan apakah yang saya ambil sebagai supplement untuk memperbetulkan hormon reproduksi dalam badan kalau-kalau bermasalah. Apakah rahsianya? Semua saya kongsikan di dalam ebook ini. Dan semunya dengan izin-Nya. Berbalik kepada ketentuan Ilahi. Allah Maha Besar!

Indahnya Detik Kehamilan


Seperti wanita lain yang punya pengalaman tersedniri setiap kali hamil. Saya turut kongsikan apa yang dirasakan sesuai untuk tatapan bersama. Semua wanita akan mengalaminya. Alahan, apa yang paling disukai sepanjang kehamilan, petanda menunjukkan diri hamil bayi lelaki, bagaimana saya yang begitu yakin hamilkan bayi perempuan. Persiapan ringkas menjadi ibu dan ayah serta panggilan apa yang kita mahukan anak memanggil diri kita kelak. Hmmm...ada dikongsikan di dalam bab ini.

Kini Bergelar Ibu


Akhir sekali, saat yang ditunggu-tunggu setiap wanita hamil. Mahu menjadi ibu kepada zuriat bersama suami. Siapakah 'rainbow baby' kami? Apakah nama penuh anak pertama? Dan apakah inspirasi di sebalik pemilihan nama yang kami pilihkan. Saya juga berkongsi sesuatu tentang cara mendoakan anak secara spesifik hasil perkongsian someone dalam media sosial dan saya reshare di dalam e-book ini supaya pembaca dapat tahu. Berkhatan di usia muda ketika masih bayi dan apa kebaikannya? Semuanya  perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri.

Panduan  Buat Duit
Untuk makluman anda, e-book saya ini bukan mengenai cara buat duit seperti kebanyakkan yang kita beli, cari dan baca di luar sana. Kalau anda tercari-cari ilmu begitu e-book saya tiada jawapan untuk itu. Tetapi kalau mahu tahu cara ikhtiar hamil mungkin e-book ini ada jawapannya. Namun demikian, masih tiada jaminan apa yang saya kongsikan ini akan membantu anda 100% . Ini sekadar perkongsian peribadi penulis.

In syaa Allah.

Mahu Baca Edisi Penuh E-book Hamil Anak Pertama?


Mohon e-mel atau whatsapp kepada saya terus untuk dapatkan e-book + bonus e-book dengan harga RM20 bagi 100 pembaca terawal.

Emel: bibinormi@gmail.com
WhatsApp: 011-32214176

PS: Pertama kali design cover untuk 'e-book bonus' sendiri. Amacam? Yes simple but not bad right?

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!