Intro: Perlukah Ada Blog? - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Saturday, 30 December 2017

Intro: Perlukah Ada Blog?



Bismillah.

"Aki ceritalah ...ceritalah! Pada zaman dahuluuuuuu...!" 

Pasti ada yang tahu skrip ini jika biasa menonton 'Pada zaman dahulu' (Cerita Aki) bersama anak-anak di rumah.

Hari ini saya mahu bercerita mengenai blog. Intro yang mengambil masa 10 minit. Mungkin.

Alam realiti vs. Alam Maya


Baiklah, ceritanya begini.

Blog. Apa itu blog? Blog adalah satu tempat yang kita boleh masukkan informasi pelbagai bentuk secara atas talian. Informasi tersebut kemungkinan dalam bentuk teks, imej, audio (bunyi), fail, dan animasi. Blog ada banyak platform. Yang saya tahu wordpress, tumblr, blogspot. Yang saya baru tahu sebentar tadi hasil carian Google termasuklah Joomla, squarespace, wix, ghost dan weebly. Blog menggunakan bahasa yang saya tahu adalah Java, JavaScript, C++, PHP, Phyton. Seperti suratkhabar blog secara amnya berfungsi memberi dan menyampaikan maklumat (mesej) terkini atau terdahulu. Mahu lebih jelas? Blog boleh diibaratkan seperti sebuah rumah tempat tinggal kita. Rumah yang berada di bumi ini kita namakan 'rumah fizikal' disebabkan kita mampu menyentuhnya. Tetapi blog adalah 'rumah virtual' yang tidak mampu kita sentuh.

Errr..ada sesiapa di sini yang bisa menyentuh blog di alam maya? Semoga tidak ya!!!

Jadi, jika rumah kita punya alamat , blog pun ada alamat?

Sudah tentu ya!

Apakah alamat blog kita? Terpulang kepada kita mahu alamatkannya dengan apa? Contoh paling inspirasi http://www.irfankhairi.com/blog/. Itu alamat blog bagi Jutawan Internet Malaysia. Anda belum kenal IK? ⇨Jom lihat Video Murah Rezeki Oleh IK.



Kita berada di alam realiti kerana kita manusia hidup!


Ramai yang bertanya secara 'silent' kepada saya dan kepada 'blogger berjaya' di alam maya apakah kepentingan  ada blog ? Wajib ke? Jawapannya: Tidak wajib'. Ya, tidak berdosa jika tiada blog. Konsep yang mudah saya terangkan. Kita ada ada blog atau tiada blog, tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang ambil kisah. Kita mahu miliki sebuah blog atau puluhan blog pun tiada siapa berhak takuti atau puji. Memang ada internet marketer memiliki banyak blog. Kenapa? Nanti saya kongsi kemudian. Semuanya atas diri kita sendiri.Apa kepercayaan kita terhadap blog? Sekadar tulisan di alam maya atau sebaliknya. Bagi saya jika ditanya, saya percaya selepas membuat kajian blog boleh membuatkan pemiliknya menjana pendapatan banyak cara. Sambil menulis boleh buat duit dengan mudah di rumah. Boleh buat duit setiap kali membeli atau menggunakan servis lain. Dan banyak lagi. Senang cerita ...boleh  kaya!


Hari ini saya nak cerita bahagian permukaan sahaja dulu. Ringan-ringan.

Bermula dengan blog. 


Mahu mula sekarang atau kemudian. Tanya diri sendiri. Buat keputusan sekarang. Jangan tunggu esok. Berapa usia kita sekarang? Saya sudah menjangkau 36. Di 42 'rainbow baby' kami akan bermula Tahun Satu. Oh ini sudah topik pros & cons bertemu jodoh lewat. In syaa Allah saya cuba tulis ebook 'Tip Temu Jodoh Awal'. Jangan jadi seperti saya yang sebenarnya sudah sekian lama 'bercinta' dengan blog tapi tahun lalu saya ambil keputusan untuk 'berkahwin' dengan blog. Kenapa lambat? Seru baru tiba barangkali. Ok jom serius. Agak terlewat juga apabila saya mula menyedari apa blog boleh bantu dalam kehidupan saya.  

Flash back.


Allah is the best planner. Saya mengenali blog semasa zaman pengajian. Sejak tahun 2001. Lama bukan? Ketika itu sedang cuba menamatkan program Kimia Perindustrian UiTM Shah Alam yang tidak mampu ditamatkan sebelum bertukar ke program Multimedia Teknologi di Multimedia College di bawah TM. Nampak tak Tuhan sudah menyusun jalan hidup kita sebaiknya . Terpulang pada kita untuk menyusun perjalanan seterusnya ke hadapan. Ini hidup saya. Hidup anda, hanya anda yang tahu. Saya tahu dan kita tahu betapa kita dalam satu era yang mana tiga 'i' berada di belakang. Oleh sebab itu kita kenalah sentiasa mencuba untuk berada di baris hadapan! 'i' yang saya maksudkan adalah teknologi-informasi-komunikasi.
Saya tak mahu ulas ketiga-tiga di atas. Cukup setakat ini saya tinggalkan seketika untuk renung dan lihat siapa kita 10 tahun yang lalu. Kemudian jom kita rangka kehidupan untuk menjadi 'somebody' pada 5 tahun akan datang.


Opsss! 'Rainbow baby' saya sudah sedar dari tidur semalam. I'am signing off.



Temui saya dalam cerita seterusnya tentang bagaimana nak mula blogging dan cara nak setup sebuah blog pertama yang mudah dan percuma seumur hidup.

Jumpa lagi!


Takeheart,
Madam B