Just Like A Flower Needs Rain - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Friday, 8 December 2017

Just Like A Flower Needs Rain



Hai dan salam sejahtera!

Pagi ini tentang lagu. Sebab saya percaya dalam hati kita semua ada taman. Dan ada kalanya taman itu berbunga-bunga apabila tiba musim bunga. Bila masa taman kita mula berbunga? Biasanya apabila kita jatuh cinta. Betulkan?

Lagu pada saya just like food. Mesti sedap didengar untuk dinikmati walau ia tidak mengenyangkan perut. Sesuatu yang baik dan sedap didengar yang disebut 'halwa telinga'.

Dari lagu Inggeris, Melayu, Hindustan, Spanish, Korea, Jepun , atau Thai setakat ini semuanya saya dengar. Dengan syarat rentak lagu mesti best dan upbeat selain suara penyanyi yang lunak. Paling kurang bila kita dengar sesebuah lagu hormon serotonin, endorfin, dan ghrelin akan terhasil dalam tubuh badan. Lebih kurang begitu.


Just like a flower needs rain.


Bak bunga yang perlukan air hujan. Walau hujan boleh buat bunga layu dan basah tapi ia tetap perlukan air untuk hidup. Lagu juga sama. Lagu boleh memberi inspirasi dan semangat luar biasa untuk si pendengar. Terutama lagu yang memberi impak positif dan penuh makna. Lagi bagus kalau boleh buat kita insaf.

Sebenarnya ....

Saya mahu kongsi lagu berkonsepkan dakwah yang baik sebagai 'sentapan' tetapi sedap didengar. Semoga dengan mendengar lagu seperti ini kita akan makin teruja mengharungi hari-hari luar biasa kita setiap hari. Dan salah satu lagu itu saya ada kongsikan dan selit di dalam e-book pertama yang terbaru. Nak tahu lagu apa kena dapatkan edisi penuh di sini.

Tarbiah Sentap Records.

Kesemua lagu yang unik ini dinyanyikan semula oleh kumpulan anak muda bernama The Faith menggunakan rentak lagu-lagu yang pernah dan tengah hit masa kini seperti Photograph, Night Changes, Love Yourself, My Love dan banyak lagi. Dan lirik pula hasil kreativiti Ustaz Adnin sendiri. Awesome!

Yang terbaru...dan saya suka! Menarik perhatian sungguh!



Selain lagu The Faith sebelum ini saya sudah kongsi beberapa penyanyi lagu berkonsep inspirasi dakwah to name a few Nadeem, Raef, Harris J dan Saif Adam di sini.

Bagi yang sukakan Charlie Puth anda disarankan mendengar lagu Perhatian versi empat anak muda hebat ini.

Time's up!

Sudah Subuh. Jom solat.

>

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anda Dibayar Kerana Menulis!