Memperkenalkan Tanaman Tillandsia Yang Dinamakan 'Air Plant' - Jom Affiliate 24/7

Latest

Friday, 29 December 2017

Memperkenalkan Tanaman Tillandsia Yang Dinamakan 'Air Plant'

Assalamualaikum dan hai!

Angkat tangan siapa di sini sukakan pokok yang unik? Kali ini saya nak kongsi sedikit info sejenis 'pokok comel' yang senang untuk dijaga. Bukan sahaja cantik dipandang dari jauh bahkan memang cool bila kita gantung si comel ini di tepi beranda rumah. Cara nak jaga pun super-easy ...hanya siram dengan air dua kali sehari saja cukup. Spray pun boleh. Mudahkan? Sebelum pergi lebih jauh, sebenarnya saya bukan  peminat pokok bunga atau tanaman tetapi sewaktu mula berkahwin minat itu wujud cuma sebentar cuma. Sewaktu tinggal sementara di Bachok kami (sebenarnya saya suka singgah di nurseri bunga) pernah juga mencuba untuk bina 'taman sekebun bunga' tapi nampaknya tidak menjadi. Sekejap saja cantiknya selepas itu *&^%^##@#.

Bercakap soal deko dan bunga hiasan, percaya tak kadang-kadang kalah orang perempuan kalau kena gayanya. Faham tak maksud tersirat saya? Kalau nak dibandingkan dengan Mr. DBK dia lebih minat dan suka benda-benda yang cantik kearah perhiasan berbanding saya. Dalam kata lain Tuan Dzul lebih gemarkan aktiviti deko-deko. Biasanya kita dengar si isteri yang sukakan pokok 'dulu dan selamanya' tapi tidak bagi saya. Saya lebih percayakan 'settle down'. Nak hias dan 'cantik bagai' ada baiknya tunggu sampai masanya punya laman taman sendiri yang tetap. Tak berubah-ubah lokasi. Jimat dan tak rugi. Itu sebenarnya maksud saya. 

Beli Air Plant Online


Belajar dari sejarah, bukan mudah nak maintain dan jaga semua pokok yang kita tanam dan beli. Disebabkan itu, saya bertekad dengan diri, berikrar dan berjanji juga pada Tuan Dzul yang saya tak akan lagi minta-minta atau cuba-cuba nak beli apa-apa bunga atau pokok hiasan. Tunggulah rumah sendiri. Baru puas hati. Tapi lain jadinya. Plan nak masuk tengok ala-ala window shopping tapi terbeli juga. Saya cuma cakap laguni je, " Wah...abang tengok tu! Cantiknya." Tuan Dzul menambah "OK, belilah. Tak mahal pun. Mudah je nak jaga."

Amboi amboi amboi!

Hmmm...whatever....jom kami bawa anda lihat apa yang kami bawa pulang dari nurseri 4 hari lalu. Kami beli dua air plant bersama tiga kaktus comel. Akhirnya!

Ada 4 keping foto yang terbaik dari jarak dekat untuk tatapan anda. Doakan saya dapat jaga air plant ni dengan baik. Dan saya doakan anda juga akan 'jatuh cinta ' dan beli sebagai hiasan laman.

Jumpa lagi!


 





Start Your Free Trial Today!


No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!