Permainan Kanak-Kanak Berkualiti Di Al-Khatiri Toys Bandar Baru Kubang Kerian - Jom Affiliate 24/7

Latest

Tuesday, 26 December 2017

Permainan Kanak-Kanak Berkualiti Di Al-Khatiri Toys Bandar Baru Kubang Kerian



Yayasan Al-Khatiri Group.

Mereka yang berada sekitar Kota Bharu terutama Bandar Baru Kubang Kerian mungkin akan sedar bangunan baru yang tersergam dengan tulisan besar AL-KHATIRI. Berdekatan dengan  Mydin Kubang Kerian dan HUSM serta kemudahan lain menjadikan servis dan perkhidmatan Al-Khatiri mula mendapat perhatian pelancong dan pelanggan dari dalam dan luar negara. Bagi yang belum tahu dan nak cuba perkhidmatan menarik boleh datang ke sini kerana selain Hotel Al-Khatiri mereka turut mempunyai Restoran Al-Khaitiri iaitu Restoran Nasi Arab Terbesar di Pantai Timur!






Makanan Citarasa Arab Dari Resipi Asli Timur Tengah Memukau Selera.

Antara menu yang disajikan adalah lamb Mandy, chicken Mandy, lamb Kabsah, chicken Kabsah, lamb Madghout, chicken Madghout, lamb Haneth, roasted Chicken, arabic Salad, western, Shawarma, Mulawwah, humus dan variasi pembuka selera. Kepada yang gemarkan makanan Arab boleh cuba sajian Al-Khaitiri jika mahu. Terbaik!

Al-Khatiri Toys


Apa yang saya mahu kongsi adalah semasa berjalan bersama famili pada bulan lalu kami melihat ada perkhidmatan terkini juga di bawah nama Al-Khatiri. Kedai buku dan pusat jualan barang berkonsepkan bookstore dan kedai permainan.  Sebaik melihat Year End Sale di cermin luar yang besar kami masuk ke pusat jualan permainan kanak-kanak untuk melihat apa yang ada di dalam. Nak tahu apa yang ada? Pelbagai keperluan permainan yang menarik dan lain dari lain ada dijual di sini. Pilihan yang pelbagai bagi yang suka belikan toys untuk anak-anak. Ada beberapa keping foto yang sempat saya ambil pada petang tersebut dan kami akhirnya berjaya membawa pulang ball poll untuk si kecil Anas.

Jom ikut saya!














No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!