Pusat Dobi Semudah ABC Ezee Laundry Bandar Baru Kubang Kerian - Jom Affiliate 24/7

Latest

Wednesday, 27 December 2017

Pusat Dobi Semudah ABC Ezee Laundry Bandar Baru Kubang Kerian



Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Kami mengunakan mesin basuh dan pengering bertaraf industri jenama terkenal Electrolux TERBAIK dari Eropah!


Anda akan perasan banner dengan ayat jaminan seperti di atas sebaik sahaja memasuki ruang parkir untuk ke kedai dobi mudah dan selesa Ezee. Pertama kali menggunakan servis Ezee kami sangat berpuas hati.
Alhamdulillah sangat easy dan fast.
Lima bintang!


EZEE LAUNDRY.

Sudah lama saya mahu mencuba khidmat dobi. Walau di perumahan kami banyak pusat dobi tapi belum pernah sekali pun kami mencuba servis menarik mereka yang bijak memilih bisnes dobi untuk buat duit. Kebetulan baru-baru ini Bandar Satelit Islam (BSI) terputus bekalan air agak lama jadi inilah alasan terbaik . Kami akhirnya mencari pusat dobi beberapa km jauh sedikit dari kawasan perumahan dan Alhamdulillah bertemu dengan Ezee.


Seperti kebanyakkan dobi lain Ezee Laundry antara yang terbaik rasanya. Bagi yang belum ke sini dan berada sekitar Kota Bharu, Kubang kerian, dan Pasir Tumboh boleh datang mencuba servis Ezee yang sangat easy. Antara kemudahan yang tersedia seperti di bawah.

  

Kaedah cuci servis layan diri semudah ABC. Kita hanya perlu sediakan duit kertas kecil untuk ditukarkan kepada token. Dengan berat pakaian 14kg token diperlukan untuk washer adalah RM5 sahaja dan jika mahu teruskan dengan dryer hanya RM4 selama 24 minit. Wah! Cepat dan mudah sungguh. Patutlah ramai yang memilih dobi layan diri. Baru saya tahu kenapa.

Berminat Mahu Bisnes Dobi? Klik Sini!


Ezee menyediakan servis asas seperti biasa iaitu cuci dan kering. Dengan pilihan suhu air seperti sejuk dan panas. Terpulang kepada kita mengikut kesesuaian pakaian. Seronok juga dobi 24 jam sebegini. Jom cuba. Kami? Insyaa Allah akan datang lagi. Jumpa di sana !



 

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!