2018 Versi Kita Sendiri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Monday, 1 January 2018

2018 Versi Kita Sendiri


Salam 2018!

Hari ini rasmi kita berada dalam tahun 2018. Selamat tinggal 2017. Beberapa hari sebelum ini peti masuk emel saya penuh dengan macam-macam jemputan, ingatan motivasi, peringatan dan program . Semuanya ke arah kejayaan dan kekayaan. Baru tadi saya terbaca emel Goodbye 2017 & Welcome 2018: Tahun ke-10 Richworks International! dari pihak Richworks Dr. Hj. Azizan Osman. Bagi yang belum tahu ada  Talk Show Live setiap Khamis. Siapa berminat boleh tonton secara Live.



Nak tahu sikit lagi kisah saya? Sama seperti anda, pernah berada dalam alam pekerjaan di luar sana satu ketika dulu. Pernah rasa suka dan sukar bekerja dengan dengan orang dan berada di bawah arahan orang lain yang bernama bos. Bukan mudah mencari rezeki. Lebih baik menjemput rezeki.

Kembali pada kisah tadi, pada saat akhir bergelar isteri, saya semakin giat mencari jalan menerusi online tentang bagaimana cara untuk  mula jana wang di rumah. Ramai yang sukses bekerja di rumah. Satu 'Blue Ocean Strategy'  yang menarik pada saya. Lagi pun sewaktu masih bekerja dengan orang lain kami sudah terbiasa mendengar saranan pihak atasan agar bersedia hadapi segala kemungkinan jika bercita mahu bekerja di bawah kepimpinan sendiri. Maksudnya bekerja sendiri. Kami digalakkan menceburi lapangan jual beli. Dididik untuk mengajar dan berkongsi ilmu seperti seorang guru. Dan banyak lagi.

Saya mahu bekerja di rumah . Dari rumah menggunakan kelajuan internet. Jana wang sampingan dengan mengguna komputer. Pendekkan cerita, saya berhenti bekerja di luar rumah tanpa paksaan sesiapa. Gembira sungguh sebab semakin hampir menjana wang dengan bekerja sendiri. Saya menyusun strategi. Tapi bukan semudah itu. Tidak lama kemudian kami diuji. Tepatnya, saya diuji bila terpaksa masuk dewan bedah kali pertama akibat ektopik.

The rest is history.

Berkongsi E-book Hamil Anak Pertama (Info: Ektopik) Dengan Grup Pregnancy Support Group Malaysia


Saya tidak mahu bercerita kisah sedih pada tahun baru. Tapi jika anda mahu tahu apa dan kenapa ektopik terjadi, serta bagaimana mencegah dan tip ikhtiar hamil dengan sebelah Fallopio boleh hubungi saya emel: bibinormi@gmail.com untuk baca Edisi Penuh E-Book Hamil Anak Pertama.

Pertama kali menulis e-book sendiri. Inilah kejayaan paling bermakna sepanjang 2017. Apa kejayaan anda pula? Boleh kongsi jika sudi di ruang komen.

Antara internet marketer, media influencer dan inspired blogger.

Oh ya!

Dalam entri Perlukah ada blog? saya ada menyebut kenapa IM rata-ratanya 'memasang' lebih dari satu blog. Mungkin dua atau sepuluh blog. Saya sendiri tak pasti sebab buat masa ini saya bukan lagi Internet Marketer atau Media Influencer. Saya seorang Inspired  Blogger! Baiklah jawapan kepada apa yang saya sebut adalah sangat subjektif. Banyak sebab dan alasan. Sekali lagi terpulang pada pemilik blog dan individu itu. Ini andaian peribadi saya. Belum tentu betul kesemuanya.  Apa yang boleh dipercayai adalah semakin lama menulis blog dan berada dalam arena blogging kita akan bertemu dengan banyak saluran iaitu channel untuk menjana pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa.

Practice makes perfect.


Seperti belajar di sekolah, jika mahu cepat pandai dan jadi top affiliate 'top student' kita kena rajin mentelaah pelajaran dan merujuk banyak bahan rujukan. Tak cukup dengan berbekalkan buku teks. Kena rajin ke perpustakaan sekolah, rujuk buku-buku lain, bertanya guru, berdiskusi sesama rakan dan sentiasa ulangkaji sambil berfikir. Tidak dilupakan mendekati diri pada Tuhan dan berdoa.

Produk digital semakin banyak sekarang. Mungkin pada mulanya kita hanya perlu satu blog. Tapi sebaik terlalu banyak sumber produk kita perlukan lebih 'kedai maya'. Misalnya dengan adanya produk digital tempatan kita boleh buat duit mudah-mudah dengan Klikjer. Klik butang Affiliate untuk mula buat duit dengan blog anda. Ada banyak pilihan produk digital dalam bentuk e-book yang kita boleh pilih. Pilih sajer! Pendapatan yang bakal diperolehi bukan biasa-biasa. Tapi luar biasa. Boleh capai 4 atau 5 angka. Lihat di bawah jika rasa sukar untuk percaya.


Sebenarnya saya belum cerita lagi bagaimana nak mula blogging.In syaa Allah saya kongsikan satu persatu secara ringkas. Jumpa lagi. Selamat Tahun Baru 2018!


I have learn my lesson well,
Madam B