5 Pemilik Blog Yang Berjaya Jana Wang Online Yang Saya Tahu - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Sunday, 14 January 2018

5 Pemilik Blog Yang Berjaya Jana Wang Online Yang Saya Tahu


Selamat pagi semua!

Hari ini hari pertama dalam erti kata minggu dan persekolahan sudah mula masuk minggu kedua. Hari Ahad. Kami di Kelantan sudah bermula sekolah dan bekerja bagi yang bekerja di luar rumah. Saya tidak lagi bekerja di luar rumah sejak Disember 2014. Alhamdulillah. Bekerja di dalam rumah lebih tenang dalam  menguruskan sendiri si kecil yang sedang membesar dan aktif. Praise to Allah.

Anda apa khabar? Bagi yang bekerja, teruskan bekerja and do your best . Bagi yang bekerja juga tapi di rumah atau sedang menikmati rehat dan cuti di hujung minggu - juga sama harapan saya semoga kita seronok menghadapi hari ini dengan penuh bersyukur. Bless.

Sudah baca entri bertajuk Bina Blog Affiliate Pengalaman Sendiri tulisan saya sendiri mingu lalu? Kalau sudah, anda tahu apa tugasan. Dah siap? Mudah sangat. Jumpa tak dengan nama mereka yang berjaya dalam arena buat duit dengan blog, affiliate (promosi produk digital) secara online? Jawapan ada dalam diri anda. Whatever it is.

Jadi Siapakah Lima Nama Dan Blog Yang Berjaya Buat Duit Online?

Secara jujurnya buat duit online itu mudah dan mengambil masa mungkin beberapa bulan dan tahun. Segalanya sudah tentu bergantung pada usaha dan kerajinan kita sendiri. Itu kelebihan dan cabaran yang anda mesti tahu. Individu yang sudah berjaya menjana wang dengan internet sudah melalui banyak ups and downs dan challenges. Mereka melalui banyak perkara. Mereka juga bermula dari bawah. Sehinggalah berjaya buat duit sendiri dengan bekerja di rumah atau di mana sahaja mereka mahu. Mereka lakukan sepenuh hati dan cukup percaya satu hari akan berjaya sperti mereka yang sudah berjaya. Anda juga boleh. Sesiapa boleh dengan syarat usaha, percaya dan buat. Jadi bagaimana mereka lakukan? Pilihan sentiasa banyak dan anda hanya perlu kaji dan pilih yang sesuai dengan keperluan anda. Promosi produk digital seperti ebook, affiliate, freelancing sebagai designer, writer, jual kepakaran anda sendiri dan banyak lagi. Jual kepakaran sendiri bagaimana pula? Anda jual skill anda buat kek dan kuih tradisional antara paling mudah. Caranya? Gunakan promosi dan kelebihan Facebook, WeChat, Instagram dan blog secara percuma. Mudah kalau anda bertindak mahu tahu sekarang dan ikut semua panduan mereka kongsi! Tanpa buang masa hari ini saya kongsi nama pilihan saya yang banyak berkongsi ilmu affiliate dan buat duit online. Ada ramai lagi lagi selain mereka berlima ini di luar sana. Go figure!


 Ahmad Faizal (AF) 

Seorang cikgu sekolah yang berdedikasi. Popular dengan nama Mr. Titan. Sudah lama berada di alam maya dan banyak pengalaman buat duit dengan blog dan secara online. Kitab SEO Teknik Merah Jambu adalah buah hati tangan terbaik daripada Encik Titan. Salute! Lihat sendiri blog Cikgu AF di http://ahmadfaizal.com/



Hasrul Hassan (HH)

Lelaki ini kalau tidak silap saya 'house-husband'. Juga sudah lama dalam dunia blogging dan affiliate. Saya ada dengar-dengar HH merupakan Pakar SEO Malaysia.Boleh singgah sekarang blog HH yang bertemakan warna oren di https://www.hasrulhassan.com/



Sabree Hussin (SH)


SH banyak berkongsi tentang buat duit online dalam pelbagai cara dan kategori. seperti Lazada, Jobdirumah, Mobicow, Bidwiser, dan banyak lagi. Anda pergi sendiri ke blog Sabree Hussin dan klik mana-mana menu yang akan bawa anda terus ke info berkenaan.

Shamsuriyadi


 Apa yang saya boleh katakan Shamsuriyadi banyak menulis ebook yang ramai orang mahu tahu dan sungguh evergreen. Panduan Google AdwordsProduk Internet Marketing | Buat Duit Menulis101 Idea Internet dan paling diminati pembaca Adsense Revive.

The Haikal (TH)


Seorang blogger dan freelancer yang ada blog-blog yang kreatif & informatif . Wikicara dan SusahSenangBlogger. Saya pernah menggunakan servis article writing daripada TH. Beliau juga banyak berkongsi ilmu tentang cara buat duit online. Blog yang anda mesti lawat dan baca.

You Can Listen To This My Favorite Song But Make A Change



PS: Don't Stay The Same In Blogging. You gotta keep on moving. And makes some changes.

Take it or leave it,
Madam B

2 comments:

  1. ya mereka ni adalah blogger yang sudah terkenal. Saya sendiri banyak belajar dari mereka terutama titan dan Hasrul Hassan.

    ReplyDelete
  2. Hai brother oli! first time heard your web blog name. sucha unique one. saya juga masih belajar dari mereka yang 'sudah lebih dulu makan garam'. thanks for commenting. keep on sharing !

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews