Beli Ebook Hamil Anak Pertama Percuma Bonus EBook Checklist Baby Travel - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Tuesday, 16 January 2018

Beli Ebook Hamil Anak Pertama Percuma Bonus EBook Checklist Baby Travel


Salah satu faktor yang mendorong saya menulis e-book ini adalah saya bertemu semula dengan mentor online yang pernah berkongsi cara menulis dan menghasilkan e-book sendiri satu ketika dahulu. Tentu sekali bukan itu sahaja kerana saya pasti perkongsian ini lebih dari itu. Sudah lama saya mahu hasilkan naskah pertama dalam bentuk e-book. Di lembaran terhad ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan, terima kasih dan rasa syukur.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T Pemberi Ilham dan kekuatan kepada saya sepanjang menulis dari awal hingga tamat menjadi Pdf untuk tatapan pembaca.

Kepada anak pertama yang dikasihi, andalah watak utama dalam perkongsian ini dan  penyebab mama menulis apa yang pernah tertulis. Anak mama yang comel sentiasa ada disisi tiap kali mama terpaksa menaip naskah ini tidak kira masa. Mama love you!


Kepada Tuan Dzul, lelaki yang saya hormati sebagai suami. Terima kasih kerana memahami impian seorang isteri dan meluangkan jutaan detik masa bersama anak ketika perlu ‘berdepan’ dengan buku dan komputer serta berada dalam ‘dunia’ sendiri.

Kepada seluruh ahli keluarga, yang dekat di hati saya, terima kasih dengan ingatan kalian.

Kepada mentor online, Puan M iaitu wanita yang berjaya ‘membuka hati’ saya untuk  menyambung penulisan yang pernah terhenti. Anda adalah mentor dan penulis hebat yang pernah saya kenal. Terima kasih dengan peluang kedua.

Akhir sekali, pembaca istimewa yang memilih untuk membaca naskah ini. Alhamdulillah, kerana menyahut perintah Allah S.W.T seperti yang disebut diawal surah Al-Alaq.

Jazakallahu khairan.

Dedikasi Untuk Wanita Seluruh Negara

Rangkap di atas adalah bait tinta penulis dalam ebook Hamil Anak Pertama tulisan Puan B. Anda berminat mahu menjadi penulis ebook? Sesiapa sahaja boleh menjadi penulis asalkan anda benar-benar mahukannya menjadi kenyataan. 

Anda boleh tulis dan kongsi apa sahaja dengan menulis ebook pertama anda sendiri. Untuk makluman saya sedang dalam proses menyiapkan ebook kedua iaitu 'Menulis Ebook Pertama Anda Di Rumah' . Saya berharap ebook kedua akan menjadi inspirasi semua bakal penulis ebook wanita khususnya. Ya! Saya tujukan pada wanita untuk lebih berani berkongsi. Doakan saya berjaya siapkan. Nantikan ya!

Ada Apa Dalam Ebook Hamil Anak Pertama?



Ikuti kisah pengalaman saya sendiri untuk hamil anak pertama setelah mengalami hamil di luar rahim. Ebook ini saya dedikasikan khas untuk semua wanita. Yang baru bernikah, bakal hamil dan bakal menjadi ibu pada zuriat suami anda. Juga tak lupa ada sedikit perkongsian peribadi bagaimana saya hamil semula kali kedua dengan sebelah tiub dalam masa 7 bulan selepas ektopik. Hanya dengan izin Ilahi. Untuk maklumat lanjut dan baca edisi penuh (full edition) hubungi penulis di emel bibinormi@gmail.com atau WhatsApp 01132214176.
                                                         
Bab 1.0: Pengenalan
2014 Kamu Yang Ku *
2015 Allah Menduga **
Dorongan Mempunyai Anak
Pesanan Untuk Lelaki Tatkala Isteri Hamil Zuriat Bersama
Selamat Datang Wahai ***!

Bab 2.0: Mengenai Ektopik   
Definisi Sebenar Ektopik
Bilakah Kehamilan Ektopik Berlaku & Mengapa?
Wanita Yang Berisiko Mengalami Kehamilan Ektopik
Ketahui Tanda & Simptom Kehamilan Ektopik
Rawatan Kehamilan Ektopik
Apa Perlu Buat Sekiranya Berdepan Dengan Kehamilan Ektopik?
Kehamilan Ektopik Dan Pencegahan
Peratusan Wanita Ektopik Mengalaminya Semula

Bab 3.0: Hamil Semula
Kehamilan Berisiko Tinggi
Bertanya Allah Dahulu (B.A.D)
Bagaimana Saya Boleh Hamil Lagi
Ikhtiar Hamil Dalam Pelbagai Cara
'Rainbow Baby'
Doa Dikurniakan Zuriat Baik
Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang

Bab 4.0: Indahnya Detik Kehamilan
Merancang Kewangan Sebelum Hamil
Suka Minum Susu
Berat Badan Meningkat
Alahan Semasa Hamil
Surah Amalan Sepanjang Kehamilan
10 Cara Merangsang Otak Anak Semasa Hamil
Doktor Nampak ‘Boboiboy’
10 Petanda Kemungkinan Hamil Bayi Lelaki
Keperluan Ibu & Anak Semasa Dalam Wad
Panggilan Anak Untuk Kita 
Demam 1 Minggu Sebelum Due
Bab 5.0: Kini Bergelar Ibu
Permata Pertama Mama
Cabaran Menyusu Badan
Terkena Jaundis Akhirnya
Pengurusan Bayi Baru Lahir
Bertahnik & Bercukur Hari Ke-7
Faktor Inspirasi Nama
Berkhatan Di Usia ** Hari
Akikah Bersama 3 Sepupu
Pengurusan Bayi Semasa Perjalanan Jauh
Pengurusan Kewangan Anak
Mendoakan Anak Secara Spesifik
Surat Terbuka Untuk Anak Mama




My dreams are coming true,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews