Bina Blog Affiliate Pengalaman Sendiri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Another Affiliate Next Door

Sunday, 7 January 2018

Bina Blog Affiliate Pengalaman Sendiri


Salam ceria.

Pagi Ahad yang indah. Genap seminggu hari ini dalam 2018. Alhamdulillah. Sudah makan? Apa breakfast anda pagi ini? Sudah baca entri sebelum ini yang saya kongsi seringkasnya mengenai blog dan buat duit dengan blog? Jika belum klik baca dulu Perlukah Ada Blog dan Bina Blog Buat Duit. Ini semua versi saya sendiri. Pengalaman sendiri. My own sharing...my own experiences. Maka kalau terbit rasa lain dengan pengalaman anda sendiri atau pihak lain memang patutlah! 😎

Semalam saya terbaca ada mesej di WhatsApp , rakan newbie yang baru bina blog affiliate bersama saya tanyakan begini. "Madam B , selain program affiliate jenama X bolehkah kita letakkan banner / iklan affiliate jenama Q dari pihak lain ?" Congrats.

Jawapan: "Sudah tentu boleh cikpuan! "(Student saya memang wanita sahaja setakat ini)

Blog Suka-suka vs. Blog Suka Buat Duit

Kita ada blog sekadar suka-suka menulis dan ada blog sambil menulis buat duit berbeza macam langit dengan bumi. Lebih baik ada blog dan buat duit darinya. Bunyi pun best. Dapat $$$ lagi best. Lagipun bukan mudah kita nak menghasilkan sebuah artikel yang betul-betul fresh dan original hasil pemikiran kita sendiri. Alang-alang menulis biar sampai buat duit. Baru rare. Maka apa sahaja iklan yang memberi keuntungan pada kita dari pihak ketiga (third_party) boleh kita selitkan, masukkan dan kongsikan kerana kan ada sahaja mereka berminat dengan apa yang kita kongsi. Biiznillah.

Dunia Affiliate.

Mungkin ada yang tertanya selepas entri cara bina blog dan kelebihan ada blog yang saya kongsi baru-baru ini mereka menunggu entri seterusnya. Tak sabar nak tahu apa yang saya nak tulis? Nak tahu tajuk apa kali ini saya akan kongsikan. Topik yang sama dan masih berlegar-legar dalam dunia blog cuma tambah sedikit perkataan 'affiliate'. Opss! Ada yang blur dan 'hilang ingatan' sekejap. Apa benda tu 'affiliate'. Hah...hari tu saya dah kongsikan dalam entri terdahulu. Nak tahu kena skrol satu-satu tulisan saya di blog JomAff24/7.



Affiliate ini bermaksud agen jualan. Kita mempromosikan kelebihan dan keberkesanan produk pihak lain di blog kita. Good or bad. But mostly the good sides of it. Jika ada yang membeli produk itu menerusi pautan (link) yang datang dari blog kita maka kita akan mendapat komisyen. Ya, duit. Wang. Money. Tak banyak tapi ada program yang memberi komisyen luar biasa tinggi dan semuanya bergantung pada program affiliate yang kita sertai. Ada program yang beri komisyen dalam MYR dan ada juga USD. Pilih jangan tak pilih.

 Jom lihat versi saya bina blog affiliate dan terus buat duit gaya mudah.

KLIKJER

Program tempatan paling popular setakat ini untuk sesiapa yang mahu menjadi player. Saya maksudkan sebagai 'pemain affiliate'. Mudah  sahaja jika sudah ada blog terus mendaftar keahlian Saya Mahu Jadi Affiliate Klikjer. 

OK sudah rasmi menjadi affiliate Klikjer maka anda sudah layak kongsikan mana-mana produk digital (ebook) penulis Klikjer yang sangat unik. Masing-masing ada kelebihan dan kelainan tersendiri. Cara mereka menulis dan sampaikan mesej dalam ebook juga ringkas, mudah faham dan santai. Cuma klik pada Marketing Materials dan klik Banners. Skrol dan pilih ebook pilihan. Salin Source Code - Copy/Paste Into Your Website. Ikuti semua langkah mudah. Dan tadaaaa anda sudah ada blog affiliate pertama ciptaan anda sendiri hari ini. Contoh blog affiliate adalah Blog Saya. Contoh blog affiliate yang lagi hebat dari 'Blog Saya' adalah Sabree Hussin, Mister Titan, dan ramai lagi.


*Rugi kalau tak daftar dengan Klikjer sangat mudah buat duit.
















Tugasan Tambahan

*Lihat sesuatu yang indah untuk mendapat ilham.
Untuk memberi peluang kepada anda merasai sendiri feeling berada dalam dunia blogging selaku blogger affiliate - saya sediakan tugasan secara maya. Homework made it special for you. Anda buat anda dapat hasilnya. I got nothing. At the end of it you'll thank for your own kinda efforts.

Kena Super-Rajin kalau Mahu Jadi Super-Affiliate Berjaya.


👉 Tugasan: Lakukan carian Google beberapa nama hebat (blogger/internet marketer/media influencer) yang sudah berjaya buat duit menerusi blog dengan program affiliate. Senaraikan 5 blog. Baca, kaji, dan lihat sendiri bagaimana mereka berjaya jana wang hanya menggunakan senjata bernama blog.

👩 Teacher B bagi tempoh seminggu. Selepas itu kita sama-sama discuss dalam entri seterusnya. Kita lihat sama tak apa yang teacher B nak share dengan apa yang anda jumpa.

Happy searching!

PS: GTG, rainbow baby has awake. 




See you around,
Madam B