Bina Blog Buat Duit Pengalaman Saya Sendiri - Jom Affiliate 24/7

Latest

Tuesday, 2 January 2018

Bina Blog Buat Duit Pengalaman Saya Sendiri



Salam sejahtera.

 Apa khabar semua 'silent' readers dan bloggers sekalian? Didoakan anda semua sihat-sihat sahaja.

Sempena 2018 yang masih baru bermula seperti yang dikatakan sebelum ini saya akan kongsikan cara buat blog. Semudah 123 sahaja. Tak nak yang susah-susah nanti pening kepala. First thing first. Jom ambil kertas dan pen kemudian duduk dengan selesa di mana tempat yang anda suka dan cuba bertenang.

Take  a deeeeeeeep breath. 

BLOG. Kenapa mahu buat blog. Apa matlamat blog. Dengan blog apa yang kita akan dapat at the end of the day. Zaman dulu mereka sekadar gunakan kemudahan blog suka-suka sebagai diari kehidupan. Kini kita mahu bercakap bagaimana blog boleh bantu kita dapat duit. Mudah saja bina blog pertama. Eh sebelum itu, jangan lupa once you have blog kena menulis dan berkongsi apa yang kita fokuskan. Gunakan ruang dalam blog kita untuk letak iklan berbentuk banner dari program affiliate. This is how we blogging. Ada banyak lagi rahsia. Saya cerita sikit-sikit. Kalau konsisten menulis dengan baik, mesej sampai pada pembaca dan blog anda disukai ramai kerana ada penyelesaian pada sesuatu masalah jawapannya anda boleh buat duit dengan hanya menulis di blog. Memang untung. Ini yang kita mahukan. Best kan ada blog?

Jom lihat versi saya bina blog buat duit gaya mudah cara percuma.


1-GOAL FOR IT 

Matlamat. Objektif kenapa nak ada blog sendiri. Kita tetapkan sendiri. Serius mahu menulis dan jana wang dari blog. Panduan ini khas untuk yang mahu bina blog dan jana wang. Jadi saya yakin anda yang berada di blog entri hari ini dalam kategori mahu 'blogging for money'!!!


Our main goals are:

" Saya mahu bina blog dan jana wang dari blog"
" I want to have a blog and generate money from blog"
"I am blogging for money"
"I am blogging to generate income"


2- FOCUS ON YOUR NICHE 

Niche boleh dikatakan specialized. Spesifik. Kalau kita sukakan permainan spesifikkan lagi kalau boleh seperti dron. Maknanya blog anda berkisar tentang maklumat segalanya yang mereka kena tahu mengenai dron. Apa itu dron? Kenapa mesti gunakan dron? Bagaimana nak menggunakan dron. Di mana tempat boleh kita beli dron. Dan banyak lagi. In short, it's all about dron. Hanya anda yang tahu sebab anda pakar tentang dron. Bagi yang berminat dan mahu tahu tentang dron, mereka akan mula lakukan carian Google dan akan sampai ke blog anda jika kena dengan gayanya. Fikir sedalamnya apa yang kita suka, minat, mahir, ada skil, berpengalaman, mengenai sesuatu benda atau perkara. Ada banyak lagi contoh antaranya jika anda ada bisnes kafe boleh bina satu blog dan kongsikan apa sahaja tentang kafe anda di dalamnya. Manusia memang dilahirkan dengan penuh rasa ingin tahu curious jadi apa salahnya kongsi dan tulis sahaja apa yang anda tahu dan pakar kemudian mulalah buat duit dari situ.

3. BLOGSPOT DOT MY (WWW.BLOGGER.COM)

Ramai yang sukakan benda percuma. Tapi mahukan kelebihan. Apa yang saya boleh katakan, setiap kelebihan bersifat ekstra itu mempunyai nilai yang mesti kita bayar untuk menikmatinya. Bagi newbie atau beginner dalam arena blogging, boleh cuba platform Blogger.Com sebab ianya Percuma! FYI, sewa webhosting selama setahun tidaklah semahal yang disangka. Jadi jom cepat-cepat mendaftar dan mula bina blog boleh klik Blogger tapi pasti kan kena daftar emel Gmail. Ikut setiap arahan yang ditetapkan dan tadaaaaa satu blog percuma dan simpel siap sedia boleh buat duit telah berjaya anda bina. 

Sebaik sahaja menggunakan blogspot, tiba-tiba anda mahu menggunakan dot com juga tidak menjadi masalah.  Anda boleh dapatkan [dot com] dengan harga 'kasih sayang' Sempoi Hosting dengan harga sempoi! Tunggu dulu...jika tak pasti bagaimana nak setup boleh hubungi saya terlebih dahulu.



4. WRITE WHAT YOU HAVE IN MIND


Blog sudah ada. Pastikan tulis post yang pertama. Tulis apa sahaja yang kita mahukan. Seperti ucapan selamat datang atau pendahuluan. Tuliskan mengenai intro produk bisnes anda sendiri. Apa sahaja. Tak perlu terlalu panjang cukup sahaja pembaca tahu anda kini bersedia untuk berkongsi sesuatu yang bermakna dengan mereka. Jangan lupa kemaskini dengan cara berkongsi berita terkini dan informasi mengenai niche blog anda secara kerap. Bagi yang boleh disiplin cuba lakukan tiga kali seminggu. Jika berjaya dilakukan dengan baik dan informasi anda sangat best dan unik anda boleh jadi blogger yang dikenali pembaca dalam beberapa tahun. Cubalah jangan putus asa. 


5. SHARE ANY GREAT THINGS


Dengan menulis sahaja di blog belum tentu dapat buat duit. Tapi dengan berkongsi, bercerita apa yang kita pernah rasai lebih baik dan boleh menjana keuntungan kemudian hari. Tidak hari ini mungkin pada minggu/bulan/tahun hadapan.Pengalaman sentiasa ada nilai. Jika anda pernah baca Rahsia Penulis dan berjaya menulis dengan baik - kongsikan dengan mereka. Ramai yang menanti testimoni ikhlas hasil panduan berguna.

Be My Guest 

Ini sahaja perkongsian dari Mama Anas buat masa ini. Saya harap anda faham apa yang saya kongsikan. Ringkas. Bagi yang berminat mahu bina blog sendiri teruskan usaha anda. Mulakan sekarang jika serius mahu buat duit dengan blog. Kalau anda berminat mahu dapatkan servis bina blog pertama sila hubungi saya. Be my guest!

PS: Blogging mengambil masa. Jangan mudah putus asa bila pada mulanya tak ramai pembaca yang singgah di 'rumah maya' anda. Teruskan menulis dan berkongsi. It's all about time and effort!



Great things take time,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!