Print Photo Express RM2 Saiz 4R Kiosk WiFi Internet AEON Kota Bharu - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Monday, 29 January 2018

Print Photo Express RM2 Saiz 4R Kiosk WiFi Internet AEON Kota Bharu



Agak lama juga saya perhatikan kiosk ini. Tertanya-tanya juga. Nampak macam best. Mydin Kubang Kerian juga ada kemudahan ini kalau anda perasan bagi yang pernah ke sana. Oleh sebab teringin sangat nak tahu apa hasilnya maka kali ini saya mendekati mesin kiosk ini dan cuba buat sendiri. Dua hari lalu saya sempat merasai pengalaman mencetak foto dari smartphone di AEON Kota Bharu aras dua. Mudah sangat rupanya. Jom kita lihat kualiti foto yang berjaya dicetak.



Untuk mula cetak foto yang ada dalam smartphone kita perlu ikut arahan yang diberikan.
  • Tekan butang Print Photo.
  • Masukkan duit kertas not RM1 sebanyak 2 keping untuk dapatkan Password dan dapatkan sambungan Internet Wifi Reiki yang sedia ada.
  • Pilih sama ada mahu Scan QR Code yang ada atau Layari URL f.nbnb.cc/201
  • Pilih foto yang mahu dicetak.
  • Tekan Next dan masukkan Password yang diberikan dalam resit sebelumnya.
  • Tunggu sehingga foto berjaya dicetak.


     Connection Steps:
  • Open WiFi setting.
  • Select 'RIEKI WIFI' account.
  • Input password.
  • Join

    Tadaa...sudah siap! Inilah kualiti sekeping foto bersaiz 4R yang berjaya dicetak. Selamat mencuba!
     

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews