Rawatan Do-It-Yourself Menggunakan Bismillah 5 Sebagai Pendinding Diri - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Tuesday, 30 January 2018

Rawatan Do-It-Yourself Menggunakan Bismillah 5 Sebagai Pendinding Diri




Beberapa hari ini kesihatan kurang mengizinkan saya bergerak aktif. Tapi saya masih mahu berkongsi sesuatu yang saya yakin bermanfaat untuk pembaca setia. Normal manusia biasa ada masanya kita akan jatuh sakit dan tidak bermaya. Sesungguhnya sakit dan ujian itu penghapus dosa-dosa manusia. Jadi sabar dan redha itu yang terbaik. Bercakap mengenai kesihatan diri, selain mendapatkan rawatan doktor moden ada rawatan sendiri (DIY) yang kita boleh lakukan bila-bila masa di rumah. Saya kongsikan satu cara rawatan alternatif perubatan Islam menggunakan Bismillah 5. Bagi yang sudah tahu selain Bismillah 5 memang ada Bismillah 3, Bismillah 4, Bismillah 6, Bismillah 7, Bismillah 9. Mahu tahu lebih lanjut sila baca blog Shafiqolbu atau rujuk mana-mana ustaz yang lebih arif.


Kelebihan ‘Bismillah 5’:
.
1. Menghalang jin dan syaitan.
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh.
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang.
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/ 

Pada mulanya, Bismillah 5 ini saya lihat dari satu artikel blog saudara Dennis Zill baru-baru ini. Alhamdulillah.

Sebagai umat Islam saya rasa ilmu sebegini sangat diperlukan juga bagi ikhtiar sendiri selepas mendapatkan rawatan biasa. Banyak khasiat dari amalan Bismillah ini jika kita jadikan ia sebagai shield dalam kehidupan seharian. Selain kita yang bernama manusia, kita harus sedar (alert) kewujudan makhluk lain yang menghuni alam ini. Jika kita tidak betul-betul kuat dalaman (rohani) maka dengan mudah kita akan terkena gangguan mereka.

Jom kita sama-sama baca dan amalkan. In syaa Allah penyakit dan masalah yang kita tidak ketahui dari mana datangnya (punca) ke dalam hidup kita akan terungkai. Dengan izin Allah. 

Video Cara Bacaan Bismillah 5 Hasil Kongsi Saudara Khawa Rizmee




Selamat Beramal,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews