10 Sebab Kenapa Pelanggan Tidak Beli Produk Kita Jual - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Monday, 19 February 2018

10 Sebab Kenapa Pelanggan Tidak Beli Produk Kita Jual


Hari ini teknologi dan informasi bergabung dengan baik sehinggakan kandungan digital yang terhasil boleh memberi keuntungan pada kita. Bercakap mengenai digital content ia berkait rapat dengan digital product.  Sebelum ini saya pernah beritahu betapa  sudah ramai yang mula membuat dan mencipta produk sendiri. Kalau anda baca di blog lain anda pasti ketemu perkara yang sama.

Seperti yang mereka sering katakan produk digital berbentuk e-book adalah paling popular dan mendapat  permintaan dan perhatian pengguna internet. E-buku atau e-book memang sangat laku dan perlu. Apa sahaja informasi dan maklumat yang kita panggil sebagai kandungan (content) boleh ditukar ke dalam bentuk e-book dan diedarkan kepada umum yang serius mahukan maklumat mengenai sesuatu.

Mudahnya menulis e-book.


Kedengaran mudah sangat nak buat ebook. Hakikatnya memang sangat mudah. Cuma kita sahaja yang tidak tahu cara dan menjadikannya sukar. Kenapa saya cakap mudah. Saya sendiri sudah mengalaminya satu ketika dulu. Permulaan sangat sukar tetapi setelah dikaji dan dirancang teliti segalanya mudah dan boleh siap. Oh ya! Sudah tentu anda mesti kena rajin membaca, buat rujukan dan lihat bagaimana produk lain berjaya dihasilkan. Anda tak perlu tiru satu persatu cukup sahaja anda dapatkan idea dari situ.  

Yes ! Get the ideas.

Tulis dan kongsi sahaja apa yang kita tahu dan mahir.


Kita mempunyai kepakaran, kemahiran, dan idea berbeza dalam sesuatu bidang. Contohnya guru yang mengajar subjek matematik boleh hasilakan panduan cara menulis nota ringkas formula matematik untuk kegunaan pelajar. Seorang ibu yang tidak bekerja di luar rumah boleh hasilkan koleksi resepi makanan anka-anak yang ringkas untuk ibu yang berkerjaya. Manakala anda yang ada pengalaman dalam sesuatu perkara pula boleh berkongsi maklumat tersebut kepada orang lain. Semua ini boleh dihasilkan dengan mudah dalam bentuk artikel, tutorial, atau video.Hasilkan e-book anda dan cuba pasarkan.

Kita tinggalkan seketika kepentingan menghasilkan e-book sendiri.

Ada produk tapi tiada pembeli.

Entri hari ini saya mahu berkongsi tentang kenapa kita ada produk tetapi tiada pembeli. Dalam kata lain, tiada orang yang mahu beli produk kita jual. Pernahkah anda menghadapi situasi sebgini?

10 sebab kenapa orang tidak membeli produk kita dalam buku '25 Tip Bisnes Internet tulisan Raja Kamil'

  • Orang tidak tahu kita jual apa.
  • Orang tidak peduli kita jual apa.
  • Orang menyampah tengok kita.
  • Orang keliru kita jual apa.
  • Orang tak nampak manfaat produk kepada dia,
  • Orang ada kerja lain.
  • Orang tidak berminat dengan benda yang kita jual.
  • Orang tiada wang.
  • Orang rasa produk kita jual itu mahal.
  • Orang takut produk kita tidak berkesan.

Sekarang agak jelas kenapa tiada orang beli produk kita jual. 10 sebab mudah tapi impaknya sangat memberi kesan kepada kita. Kita mesti cari jalan penyelesaiannya.  Dalam entri seterusnya saya akan kongsi bagaimana cara mahu selesaikan masalah ini. In syaa Allah.


PSS: Lazada sedang mengadakan jualan istimewa buat masa ini. Apa kata kita lihat apa yang murah dan berbaloi untuk kita beli. Klik sini.

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews