3 Tip Dari Pengasas Ailani Skincare Sebelum Bertukar Produk Muka - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Sunday, 25 February 2018

3 Tip Dari Pengasas Ailani Skincare Sebelum Bertukar Produk Muka



Pernahkah anda menggunakan produk yang kurang atau tidak sesuai dengan kulit muka? Atau produk yang anda sedang gunakan diragui tahap keselamatannya? Sudah tentu anda ingin bertukar ke produk lain. Ini biasa berlaku di kalangan kita terutamanya kaum Hawa.

Bagi yang ingin tahu, sebenarnya ada cara yang mesti kita lakukan sebelum mula bertukar dari satu produk ke produk yang lain. Mungkin ramai di luar sana menukar secara tiba-tiba tanpa mengetahui kesan sampingan. Apa yang boleh berlaku adalah kesan tindak balas sama ada gabungan atau reaksi antara produk lama dan baru boleh bertukar menjadi racun pada kulit.

Jom saya kongsi sedikit tip yang diberikan oleh pengasas Ailani Skincare (AS) - Danisya Abdullah dalam Facebook Ailani Skincare HQ.




Berhenti
Berhenti daripada terus menggunakan produk skincare yang anda gunakan sekarang dalam tempoh 7-14 hari. Sapukan Serum Ailani secara halus untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering dan breakout. Cuci muka menggunakan air suam atau gunakan air rendaman hampas teh.

 
Biarkan
Biarkan wajah kembali neutral selama sekurang-kurangnya 7 hari – untuk membiarkan wajah anda bebas daripada sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, ini bagi mengelakkan kulit kita 'terkejut' dengan sapuan penggunaan produk baru. Anda boleh bermula dengan serum Ailani sahaja terlebih dahulu baru diikuti dengan pencuci muka, krim siang dan krim malam.






 
Relak
Sesetangah individu mungkin akan mengalami masalah jerawat, rashes (ruam), kulit kering atau kulit berminyak pada peringkat permulaan menggunakan produk skincare yang baru. Ini adalah disebabkan oleh kesan daripada merkuri atau bahan kimia yang terdapat dalam produk skincare yang pernah anda gunakan sebelum ini. Jangan bimbang kerana kesan ini bersifat sementara sahaja.


Bertukar Produk Baru
Jika produk yang anda gunakan sebelum ini adalah produk biasa (yang dibeli dari farmasi kecantikan / counter product / shelf product), tiada merkuri dan wajah anda tiada sebarang masalah, 1 hingga 2 hari sudah cukup untuk meneutralkan kembali kulit wajah anda – anda sudah boleh bertukar kepada produk baru.

Semoga bermanfaat.



Hoping this will help,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews