Amalan Sepanjang Hayat Pada Waktu Malam Sebagai Hamba Allah - Jom Affiliate 24/7

Latest

Friday, 9 February 2018

Amalan Sepanjang Hayat Pada Waktu Malam Sebagai Hamba Allah



Assalamualaikum dan selamat malam.

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan ... dari Ilahi.
 
Malam ini saya rasa terpanggil mahu kongsi sedikit ilmu yang saya jumpa dalam buku nipis kecil Amalan Sepanjang Hayat. Bagi yang tak pernah tahu tentang kandungan buku ini saya tulis sedikit mana yang sempat saya kongsi. Seperti biasa entri saya akan ada lagu. Lagu malam ini oleh Fursan ditujukan khas untuk pembaca istimewa terpilih malam ini yang mungkin kebetulan berhenti rehat di blog ini atau pertama kali bertemu. Sedih dan sayu juga ketika mendengar alunan lagu ini. Menitis juga air mata. Terkenang dosa-dosa lalu. Diharapkan apa yang ada di sini kita sama-sama amalkan dan buat secara istiqamah. Saya bukan ustazah, saya cuma hamba khilaf yang suka kutip inspirasi sana sini yang ada di luar sana untuk perkongsian.

Semoga bermanfaat.



Antara Amalan Setiap Malam Yang Boleh Kita Lakukan Menurut 'Amalan Sepanjang Hayat' Cetakan April 1993.





1.    Yassin (Surah 36) - Hati Quran, pembaca akan mendapat keredhan Allah , keampunan dosa, dan jika dibaca ke atas seseorang yang hampir meninggal dunia akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan; jika dibaca di atas kubur akan diringankan seksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan.
2.      Ad-Dukhan (Surah 44) – Pembaca akan mendapati 7,000 malaikat memohon ampun keatasnya ; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat pula akan diberi sebuah rumah di syurga.
3.      Al-Qiyamah (Surah 75)
4.      Al-Zalzalah (Surah 99) – Pahala membaca separuh Al-Quran.
5.      Al-Ikhlas (Surah 112)
6.      Al-Imran (Ayat 190-200: Surah 3) – Jika dibaca malam akan diberi pahala beribadat separuh malam. 
7.      Al-Baqarah (Ayat 284-286: Surah 1) – Diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana. 
8.      Al-Kahfi (Ayat 107-110: Surah 18)

Alhamdulillah cukup dulu untuk malam ini.  Selamat beramal.

Di kesempatan yang lain saya akan cuba kongsikan sedikit lagi amalan seperti ‘Keutamaan Membaca Al-Quran’ bacaan Al-Quran pada waktu pagi dan petang, amalan sebelum tidur, bacaan pada malam dan hari Jumaat serta bacaan pada setiap malam dan siang. 

Biiznillah.



Ku tidak layak ke syurga-MU namun tak sanggup ke neraka-MU,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!